Trophy Knives – Turmoil (EP2018)
Gua agak lewat mengenali band ini iaitu sekitar penghujung 2017 dimana ketika itu gua baru sahaja mendapatkan official release pertama mereka yang menggunakan self-titled sebagai tajuk release yang mengandungi 4 buah track. Sepanjang mengikuti band yang menggunakan nama Trophy Knives ini, gua dapati mereka antara band yang agak aktif dalam menyertai gig2 kecil sekitar dalam negara. Membawa genre Punk Rock, gua dapati Trophy Knives adalah antara band yang patut diberi perhatian tidak kira dari scene bawah tanah atau mainstream. Terkini Trophy Knives muncul dengan sebuah material terbaru bertajuk Turmoil (EP2018). 5 buah tracks disertakan untuk material kali ini.
6 – Amputated (Acoustic Bonus Track)
7 – We Can’t Be Saved (Acoustic Bonus Track)
8 – Don’t You Dare (Acoustic Bonus Track)
Tidak dinyatakan studio terlibat dalam proses rakaman namun Sani Khalid (Guitars/Vocals) adalah nama yang tertulis untuk bahagian rakaman. manakala proses mixing dilakukan oleh Gareth Hargreaves. Kesemua lirik adalah hasil penulisan Vinesh Muniandy kecuali track “Last Known Residence” dimana Khairi Iskander (Drums) turut terlibat dalam penulisan lirik.
Pada gua Turmoil (EP2018) tidak jauh banyak beza nya dengan material self-titled mereka pada 2017. Tetap rancak dan mereka punya trademark mereka tersendiri. Acuan music Punk Rock mereka adakala nya kedengaran catchy, penuh emosi kemarahan dan menampakkan keberanian. Dari segi teknikalnya, gua beranggapan selain komposisi lagu yang sedap, catchy dan rancak, pengaruh gaya bawaan vocal Vinesh Muniandy adalah sesuatu yang membezakan band ini dari band2 Punk Rock yang banyak lahir terutamanya di negara kita. Music Trophy Knives juga tidak 100% Punk Rock. Jika dihayati ianya walaupun ditunjangi oleh Punk Rock, namun pengaruh Hardcore dan Pop Punk boleh didengar. Ya Pop Punk dan Hardcore. Satu kombinasi yang paling menjadi dari Trophy Knives. Pada gua apa yang dihasilkan Trophy Knives jika tidak mendapat perhatian tahap tertinggi untuk local market, Trophy Knives sudah boleh mencuba pasaran luar kerana music sebegini punya pasaran meluas diluar sana. Ok, mungkin ada yang kata music Punk Rock adalah mudah hanya dengan 3,4,5 chord tetapi apa yang dilakukan Trophy Knives adalah satu chemistry diantara 3 tunjang utama asas music Punk Rock, Pop Punk dan Hardcore… dan mereka berjaya membawanya dengan penuh gaya.
Bagaimana dengan preview songs yang boleh didengar melalui laman bandcamp mereka? Energetic, rancak dan segar!
Dari segi sound produksi, gua rasa seakan ada sedikit upgrade dari end produksi EP terbaru ini jika dibandingkan dengan material self-titled mereka terdahulu. Profesional sound dan penelitian yang bersungguh untuk produk ini. Ok, gua harap Trophy Knives akan terus kekal dan boleh melangkah lebih jauh dengan material2 akan datang. Gua anggap mereka sudah boleh untuk berkira-kira untuk full length selepas ini. Mereka sudah bersedia!
Turmoil (EP2018) boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand untuk CD dan RM15 untuk tape/cassette. Sila hubungi Trophy Knives melalui email dan laman sesawang mereka yang kami sertakan dibawah. Beri mereka peluang untuk pergi lebih jauh.