The Mount Fuji Doomjazz Corporation- Doomjazz Future Corpses (2007): Penderaan bunyian sonik dan drone!

2
Hello semua!Kali ni gua bawakan review album The Mount Fuji Doomjazz Corporation yang berjudul “Doomjazz Future Corpses!“. Gua pernah bercerita pasal TMFDC sebelum ni, jadi rasanya tak payah la gua nak ulang balik kan.

Jadinya Doomjazz Future Corpses ni diterbitkan pada tahun 2007 oleh Ad Noiseam. Merupakan hasil pertama di bawah moniker TMFDC (alter ego The Kilimanjaro Darkjazz Ensemble). Jangan expect ia berbunyi macam jazz standard yang lu orang dengar sebab ianya penuh eksperimental,aneh dan sludgy! Secara generalnya gua klasifikasikan album ni sebagai eksperimental jazz yang tak macam jazz yang dijangkiti unsur drone, noise dan spontaneous yang bikin pendengar masuk ke jurang yang tak diketahui kedalamannya (depthless abyss, err gitu la).Hahah, amacam? Pening? Album ni direkod secara live, maknanya tiada struktur yang khusus dan diimprovise serta meleret-leret (boleh dengar ada tepukan crowd masa trek ketujuh).


9 trek yang tidak bertajuk telah dirakam dengan line up berikut:

Hilary Jeffrey – Trombon, Oscillators
Nina Hitz – Cello
Eelco Bosman – Gitar
Jason Kohnen – Bass, Efek bunyi
Ron Goris – Efek

Untuk mendengar Doomjazz Future Corpses!, adalah dicadangkan untuk mendengarnya dari trek 1 hingga 9. Maksudnya seluruh album, sebab ianya adalah bersambung-sambung jadinya kalau skip-skip mood akan terganggu. Pada gua ini bukan album untuk lu dengar macam dengar lagu-lagu As I Lay Dying takpun Dream Theater atau letak la nama-nama apa band pun. Ini adalah total mindfuck experience. Lu orang akan drown dalam muntahan bunyian drone. Cemana lagi gua nak cakap?Boleh rujuk graph di bawah hahah.

Amikkkk kasi lemas!

Bermula dengan suara pengenalan yang berdistort di trek Untitled 1, semuanya berbunyi tenang, tanpa ada struktur yang jelas. Pada yang kurang familiar dengan music drone pasti akan fed up menjelang minit ke 3 sebab rasa macam tak berbaloi dengar noise. Hahah. Kemudian menjelang trek Untitled 2 semua instrument dah mula steady dengan sound droning. Part paling gua suka adalah trek Untitled 5 hingga trek terakhir iaitu Untitled 9 bila mana semua sound effects/oscillators mula menyerlah dan menjadikan suasana sangat kacau bilau. Bunyi yang terhasil sangat aneh bagi gua. Sekejap macam bunyi space music, karang bunyi yang menderam dan macam-macam lagi. Mulai part ni juga karekteristik elektrik gitar mula muncul dan buzzing yang sangat heavy dan deep melengkapkan sonic attack TMFDC. Dan di trek 9 semuanya kembali kendur sesudah klimaks noise di trek-trek sebelumnya. Gua susah nak explain sebenarnya, lu orang kena dengar sendiri dan experience macam mana jazz/drone bawaan diorang. Kalau ikutkan gua, memang gua dengar dan gua akan lost dan rasa cam drown dalam timbunan noise dan drone. It’s not a bad thing sebab ia macam hipnotik. Rather than bagi gua stay focus ia macam relaxing dan ala- ala santai macam tu. Recommended kepada sesiapa yang nak mencari alternatif dan nak tahu macam mana music drone berbunyi.

Pros:
-Entah ah, nak cakap cemana eh. It’s a musical abuse,man!Noise noise noise droneeeeeeeeeeeee!

Cons:
-Again, it’s noiseeeeeeeeeeeee and drone!

Rating:Off the scale. Fuck rating man! This is pure sheer madness!

TMFDC boleh dicapai di sini

2 thoughts on “The Mount Fuji Doomjazz Corporation- Doomjazz Future Corpses (2007): Penderaan bunyian sonik dan drone!

  1. DRONE=CRAP.

    Everyone without obvious music/instrument knowledge background can even throw 30 releases of sick drone,for fuck sake.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected