Sylvaine – Eg Er Framand [EP, 2024]
Sylvaine, sebuah projek solo Atmospheric Metal yang melangkaui genre dari Perancis/Norway kini telah kembali dengan EP 6 lagu. Berjudul Eg Er Framand, ia merupakan EP kedua dalam diskografi Sylvaine dikeluarkan melalui Season of Mist.
Eg Er Framand (yang bermaksud I Am A Stranger) merupakan stripped down release yang devoid of Metal or loud noises. Saya menyedari trend daripada Sylvaine ini semenjak EP Time Without End yang explore sound yang lebih calm dan ethereal. Eg Er Framand pula menyelusuri sisi Folk/Ambient/Ethereal music Sylvaine yang pernah ditampilkan dalam keluaran-keluaran sebelum ini seperti Nova dan Everything Must Come to an End dalam Nova, No More Solitude dalam Time Without End, dan Wistful dalam Wistful. In fact, Eg Er Framand (dan Sylvaine sendiri) seakan berinspirasikan yang diambil oleh Myrkur dan Suldusk yang melencong daripada permulaan muziknya yang berkiblatkan Black Metal (actually, hardly Black Metal pun) kepada direction yang di luar daripada ruang Metal, specifically Ambient/Folk.
Secara generalnya, ia berdiri antara realiti dan fantasi yang saya kira sebagai escapism daripada real life yang penuh cabaran.
Eg Er Framand dihasilkan dalam Bahasa Norway, semestinya sepatah haram pun saya nak faham. Namun daripada terjemahannya it’s rather emotional, hopeful dan juga a tinge of being unsure. Secara generalnya, ia berdiri antara realiti dan fantasi yang saya kira sebagai escapism daripada real life yang penuh cabaran. Eg Er Framand juga cenderung ke arah introspective dan complexity of human emotion. Sejujurnya saya mengharapkan ini sebagai sambungan daripada Nova; terbitan Post-Black Metal yang blistering, sebaliknya ia adalah at the opposite of Nova. Walaubagaimanapun, saya tetap menganggap Eg Er Framand satu effort yang hardworking dan berani keluar daripada zon yang selesa. Dengan pendekatan minimalis (kurang instruments dan recording tricks digunakan) dalam EP ini, ia memberi peluang untuk keupayaan crafting Sylvaine/Kathrine menyinar dan takes the highlight.
Dengan pendekatan minimalis (kurang instruments dan recording tricks digunakan) dalam EP ini, ia memberi peluang untuk keupayaan crafting Sylvaine/Kathrine menyinar dan takes the highlight.
Cuma ada beberapa tempat saya fikirkan terasa terlalu bare, lantas menjadikan Eg Er Framand terasa sedikit incomplete. Anyway, Eg Er Framand adalah terbitan in-between full length albums yang saya anggap satu peluang untuk pendengar (dan Kathrine) sendiri untuk bersantai sedikit daripada sound yang bingit.
Eg Er Framand kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.
FFO: Suldusk, Myrkur, Eivør, Alcest, Heretoir, Heilung
Ikuti Sylvaine di: