Steel – Fear IS A Liar (EP2017)
Jika dilihat pada setiap line up, Steel boleh dikatakan antara band yang cukup gah dari segi pengalaman music masing2. Mereka terdiri dari beberapa pemuzik yang pernah dan masih bergiat dalam beberapa band seperti Antacid, Nuclear Strike, Bloodshed, Hotbrains dan Samudera. Asas Rock dan Heavy Metal yang kuat antara line up membuatkan Steel bergerak agak kehadapan dan berani mengharungi permintaan persembahan pentas walaupun hanya baru menghasilkan sebuah material secara fizikal iaitu Fear Is A Liar (EP2017). EP ini diterbitkan oleh Madratts Entertainment Malaysia.
Fear Is A Liar (EP2017) melalui proses rakaman di Metal Force Studio, Kajang dimana Jun Jun merupakan producer dan dibantu oleh Rexx dan Steel sendiri. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Steel.
Track pengenalan bertajuk Fear Is A Liar kental benar semangat Rock/Heavy Metal nya. Hahaha.. Bersesuaian dengan konsep Steel, ianya tidak terlalu ribut dan ada flow nya walaupun berada pada landasan Heavy Metal. Mengingatkan pada Hammerfall pula apabila mendengar sesetengah riffing part untuk track ini. Sesuai sekali menjadi track pembukaan kerana ia menaikkan semangat dan mampu mengimbau nostalgia zaman Rock 80an.
Return of the King adalah sebuah track ballad yang jika anda pembaca pernah melalui zaman Rock Kapak, pasti akan dapat mendengar track perlahan sebegini yang dimuatkan dalam setiap album. Steel membawa kembali kenangan sebegini melalui Return of the King. Melalui track ini, jelas kekuatan dan kemampuan Muzam mengalunkan melodi vocal dengan baik. Ya Muzam bukan sebarang, masakan beliau dipilih menggantikan Rosdan suatu ketika dahulu untuk memacu posisi vocalist untuk band lagenda itu.
Track terakhir bertajuk Aku & Kenangan barangkali akan dinyanyikan dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara. Untuk EP ini, Steel menggunakan bahasa ibunda, mungkin untuk memancing pasaran music tempatan dan airplay melalui corong2 radio. Ya, track ini kedengaran lebih segar dan santai. Sebuah track yang boleh “jual” sebenarnya.
Secara jujurnya, apabila gua pertama kali mengetahui akan kewujudan Steel melalui pacuan google, youtube dan facebook mereka, gua dapati Steel punya perancangan yang agak jauh dan kerjasama label mereka Madratts telah memeterai kontrak rakaman bersama label dari Italy iaitu Defox Records untuk urusan pemasaran fizikal dan digital album. Info yang gua dapat, full length Steel akan muncul dalam tahun ini juga.
Ok, kembali kepada EP ini, secara teknikalnya terma paling sesuai untuk konsep Steel adalah Traditional Heavy Metal (juga disebut oleh Defox Records dalam web mereka). “Jiwa” Heavy Metal memang jelas pada setiap line up dan pemilihan penubuhan Steel dikira 1 pakej lengkap kepada mereka juga label Madratts. Dari segi sound produksi, ianya kedengaran agak “warm” mungkin menggunakan kaedah analog ketika sesi rakaman (mungkin!). Jika didengar secara teliti ini mungkin bukan hasil terbaek dari Steel dan gua rasakan full length mereka nanti pasti akan lebih melalui proses yang penuh ketelitian memandangkan ianya akan dipasarkan ke seluruh dunia.
Ok, kepada penggemar Rock/Heavy Metal lama, jangan lupa dapatkan CD ini dan pakej beserta t-shirt turut boleh diperolehi dengan menghubungi admin facebook Steel. Kenali dan support Steel dengan menjengah ke link2 yang kami sediakan dibawah.
Steel
Facebook
aku ingatkan dorang ni heavy metal yang main laju tu.