Skuggkonungen – Skördetid [Full Length, 2024]

0
Skuggkonungen Skördetid

Saya suka untuk take a step back bila mendapati hidup ini terlalu overwhelming. Selalunya dengan mengamalkan slow pace in daily life dan mengamati alam sekeliling; seperti berendam di outdoor jacuzzy dan merenung langit malam. Dan Skördetid daripada Skuggkonungen adalah the perfect music to accompany such peaceful night. Skuggkonungen adalah projek Dark Ambient dan Forest Synth (eh, saya pun tak pasti apa jenis genre ini) dari Sweden dan Skördetid telah diterbitkan pada Mac 2024 melalui Fiadh Productions.

Ada masanya Skördetid terasa melambung ke atmosfera, merenung ke angkasa lepas yang gelap dan penuh dengan sense of wonder, sebelum melayang kembali ke permukaan bumi to be among the trees in a lush forest.

Skördetid membawa pendengar hanyut terawang antara angkasa dan menelusuri hutan melalui muziknya yang haunting, desolated dan seakan bergerak perlahan lost in time. Feel album ini detached from realiti membuatkan Skördetid ada masanya berbunyi berbalam-balam dan mengkhayalkan. Ada masanya Skördetid terasa melambung ke atmosfera, merenung ke angkasa lepas yang gelap dan penuh dengan sense of wonder, sebelum melayang kembali ke permukaan bumi to be among the trees in a lush forest. Bayangkan berjalan di hutan yang tebal dengan pokok-pokok dengan sinar mentari menerobos antaranya memberikan feel yang tenang di samping anda melalui tepian anak sungai. 

Tanpa feel yang dramatik, Skuggkonungen sebaliknya memanfaatkan build up yang panjang untuk setiap trek untuk anticipation terhadap unknown; you’re expecting it, yet you don’t know what it is.

Skördetid tidak mempunyai sebarang rentak, jadi muzik Skuggkonungen ini easily becomes a background music to accompany sebarang aktiviti yang slow pace, selain menghanyutkan anda to wherever your mind wants to go. Tanpa feel yang dramatik, Skuggkonungen sebaliknya memanfaatkan build up yang panjang untuk setiap trek untuk anticipation terhadap unknown; you’re expecting it, yet you don’t know what it is. Almost mysterious, almost terrifying yet made you curious. At the end of the album, saya kembali ke realiti dengan perasaan seakan telah menamatkan satu perjalanan yang penuh dengan penemuan yang mengagumkan di angkasa raya dan kembali ke bumi menelusuri hutan yang misteri. I guess that’s the closest feeling yang saya boleh gambarkan tentang Skördetid. It’s slow, it needs time to build the anticipation, it doesn’t have climax, it’s just a journey through space and time to make you lose track of everything. 

Skördetid kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Tangerine Dream, Boards of Canada, Lustmord, Desiderii Marginis

Ikuti Skuggkonungen di media sosial:

Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected