Silent Death – Silent Kiss Of Death (2012)

1

Silent Kiss Of Death merupakan tajuk album old timer Death Metal tempatan iaitu Silent Death. Sebuah album yang telah stuck sekian lama setelah selesai proses rakaman (sudah hampir seakan album Bullet dari Langsuyr). Kini segala rasa ketagih untuk mendengar material terbaru Silent Death telah menjadi mimpi nyata apabila Life Record bertindak mengedarkan album ini. Pengurus Silent Death juga bertindak dalam pengedaran album ini.

Silent Kiss Of Death melalui proses rakaman Sutra Studio, Damansara. Edrie Hashim bertindak sebagai Executive Producer manakala Affi Ibrahim merupakan producer nya. Stone Silent Death dan Zizie Hashim bertindak sebagai Assistant Producer. Recording engineer ialah Yus. Proses mixing dilakukan oleh Zairi (Sutra Studio) manakala proses mastering dilakukan oleh CL Toh (Mastering One). Penerbit untuk album ini ialah Neomagik Sdn Bhd.

 Silent Death – Silent Kiss Of Death (2012)

Artwork oleh NTOMB

Tracklist
1 – Whispering Kiss (Intro)
2 – Silent Kiss of Death
3 – Lipas Terbang
4 – Hell-Popotamus
5 – Mati Senyap
6 – Slaughtered Six Six Six
7 – Budak Botak
8 – The Curse of Latjuna
9 – Diam Mati

Stone (Vocal/Bass), Joe Slaughter (Guitars), E-jal (Guitars), Ian Han (Drum – Sessionist)

Track pertama untuk album Silent Kiss Of Death ini bertajuk Whispering Kiss. Merupakan sebuah track instrumental dari petikan akustik gitar oleh Joe Slaughter.

Silent Kiss of Death menjadi track pertama bervocal. Permulaan yang menjawap segala tanda tanya bagaimana arah terkini music garapan Silent Death. Ya.. ngauman pertama dari Stone ternyata begitu berbisa. Music untuk track pertama ini agak ribut pada verse dan chorus yang menarik. Err gua terbau seakan satu riffing seakan sama dengan sebuah lagu dari Silkhannaz bertajuk Kiss of the Whisper tetapi tidak sama 100%. Mungkin sedikit persamaan secara tidak sengaja. Solo gitar? menarik kerana serangan solo dari left right side tanpa memberi sebarang ruang kosong. Persepsi pertama gua = vocal yang mantap dan music yang rancak!

Lipas Terbang menjadi track kedua dihidangkan menerusi album ini. Track pertama ciptaan Silent Death dalam bahasa ibunda (Silent Death pernah membawa lagu Satria Bangsa dalam kompilasi Tribute to Rusty Blade). Masih mengekalkan struktur lagu yang bermood rancak. Solo gitar untuk kedua2 part juga sedap didengar. Juga kredit kepada Stone kerana berjaya membawa lagu ini dengan baik dari segi penyampaian vocal.

Hell-Popotamus sebuah track yang agak berbau Death Metal tegar jika dilihat pada riffing2 yang menjadi asas penciptaan lagu ini. Kental dan padat!

Diam Mati merupakan versi terbaru untuk track asal Devouring Judas yang terdapat didalam kompilasi kvlt Dark Live Collections (1993). Masih mengekalkan struktur penciptaan asal kecuali solo gitar yang lebih berbisa. Walaupun bertukar lirik ke Bahasa Melayu namun pembawaan vocal Stone ternyata tidak memberi kesan sumbang malah masih ke brutal rakaman asal 1993 dahulu.

Tidak salah rasanya jika gua akui Slaughtered Six Six Six merupakan track pilihan gua untuk album ini. Riffing2 yang pelbagai dan elemen2 Death Metal tegar dipersembahkan dari drumstroke dan riffing seperti pada durasi 1:26 sehingga 1:43. Mungkin track ini kedengaran agak berlainan dari apa yang pernah dihasilkan Silent Death sebelum ini tetapi pada gua track ini punya keistimewaannya tersendiri. Tipulah jika anda tidak berasa untuk menghentak kaki ketika track ini berkumandang. Haha.

Budak Botak membawa mood album pertama Before The Sunrise. Mengingatkan kepada Dying Moment pada beberapa ketika. Juga merupakan sebuah track yang rancak. Solo gitar tidak memberi sebarang belas kasihan.

The Curse of Latjuna bermula rancak namun verse pertama bermood perlahan (rancak sedikit dari Preacher Of The Dark). Feel in dari gitar agak menambah keyakinan untuk track ini. Solo gitar masih menyengat dan menambah mood agar lagu ini lebih hidup.

Mati Senyap merupakan track penutup untuk album ini. Juga merupakan sebuah lagu lama yang bertajuk Spell Bound yang turut diselitkan bersama didalam kompilasi Dark Live. Mungkin track ini merupakan sebuah track paling berlainan dari lagu2 ciptaan Silent Death kerana punya sedikit penangan Black Metal (lebih terserlah jika anda mengamati track asal dari Dark Live Collection). Untuk versi terbaru ini perubahan ketara pada pre-chorus dan juga solo gitar (walaupun masih menggunakan akustik).

Keseluruhan album ini masih boleh dibanggakan terutama dari segi sound produksinya. Mungkin sedikit kelainan dari segi overall sound jika anda membandingkan album ini dengan Before The Sunrise. Perubahan dan kemajuan teknologi mungkin menjadi penyebab sedikit perubahan rakaman dahulu dan kini. Juga perubahan line up serta usia yang meningkat memberi sedikit kelainan dalam penciptaan lagu2 terbaru Silent Death. Namun apa yang pasti growl bertenaga dari Stone ternyata masih berbisa walaupun beliau menghilang dalam tempoh yang agak lama.

Kenali Silent Death melalui link yang disertakan dibawah video di bawah ini.


Silent Death – Silent Kiss Of Death (2012)

1 thought on “Silent Death – Silent Kiss Of Death (2012)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected