Show Diary – Herriot LIVE in Bangkok 2025

0

Bengkok & Herot – A Herriot show diary by Chen

When we were invited to do an opening show untuk Dark Tranquillity di Bangkok, honestly, aku skeptikal sama ada we can pull it off or not. Sebab? Herriot dah lama sangat tak main show secara serius. Kami ni band yang mencari keseronokan. Kami mencari kepuasan diri. Kriteria utama band ini adalah “we do what we want, our way”. Jadi, bila mendapat satu peluang yang truly a dream come true, aku memang takut. Sebab aku tahu diri aku, I surely will do something stupid just for fun!

Well, preparation pun tak banyak. Practice sekali dua. Di Ipoh. What a place! Ipoh is super fun. Biasanya kami practice dalam 4 hingga 5 jam. Kami pilih Ipoh sebab lokasi dia tengah-tengah antara Penang dan KL. Aku dan Fariz kena datang dari Penang dan yang lain dari KL. Satu hal yang korang tak tahu, aku kalau jamming kat Ipoh, aku bawa mak aku sekali. Anak mak… Pening orang tua tu dengar Death Metal ahaha.

Kriteria utama band ini adalah “we do what we want, our way”.

Kami juga telah dapatkan khidmat Senndart dari band Daarchlea sebagai sound engineer kami untuk show Bangkok. Awesome and super talented guy. Eroll dapat tajaan gitar dari HILCS untuk guna kat Bangkok. Extremely nice. Check out the “Nemesis” model.

Interestingly, CEO Slamman Booking Asia, Jino yang datang pick-up kami sekali dengan Sunyaluxx dari Sick Chainsaws Productions. Talk about hands-on approach.

Tiba hari yang ditunggu, sehari sebelum show, kami berangkat ke kota Bangkok. Aku, Fariz dan anak aku Tariq took flight from Penang International Airport. Yang lain dari KLIA. Kami jumpa di Don Mueang. Oh ya, team PR kami dari Dissecting The Euphony, Amin and wife, Hidayah met the guys at KLIA. Sama-sama ke Bangkok. These guys are truly outstanding as a PR team. Bila aku sampai di Don Muaeng, yang lain-lain dah sedia menunggu dan van dari pihak organizer pun dah tiba. 2 buah van, satu just untuk equipment dan bags. Rasa macam rockstars ahahahahahahahha. Interestingly, CEO Slamman Booking Asia, Jino yang datang pick-up kami sekali dengan Sunyaluxx dari Sick Chainsaws Productions. Talk about hands-on approach.

Amin dan Hidayah stayed at a different hotel. Aku dan anak aku pun stayed hotel yang lain sebab aku dah booking awal-awal. Mula-mula organizer kata akan bagi 3 bilik jadi aku ingat memang tak cukup la untuk kami datang 7 orang tak masuk team DTE. Bila sampai dapat 4 bilik. Hotel yang kemas dan bersih. 3 stars. Not bad. Dekat saja dengan venue show. Ada bilik yang ada 3 katil. Disebabkan Peth takut Nangnak, he bunked with Fariz dan Eroll. Azim satu bilik dengan Senndart maka kami ada 2 buah bilik yang kosong.

Memandangkan the next day will be the first day of Ramadan, kami pun ronda-ronda cari makan. Sekali beli stok sahur. Thanks Amin for the ayaq nyok. Malam tu aku dan anak aku meronda 7-11 Bangkok. Lain macam beb, padu! The next day kami gerak ke venue dalam pukul 11 pagi. Herriot soundcheck paling last. Tiba di venue, kami rehat-rehat dan prepare apa-apa yang patut. Eric Cheah aka Ah Keong, ex-boss dari Psychic Scream Entertainment datang all the way from KL to meet the band. It was a pleasant surprise sebab dia nyaris tak dapat datang. We catch up on old times. Kami juga jumpa a few friends from Malaysia termasuk Man Kane, Mamoo Nazree dan banyak lagi. Rasanya macam dekat sedozen jugak Malaysians yang datang. Gigih betul time puasa datang tengok Dark Tranquillity dengan kami.

Masa soundcheck kami dah mula gemuruh. Seram sejuk sebab band-band yang main on the day semua tight nak mampus. Herriot saja yang kerdil. Kami buat apa yang terdaya. Bila show bermula tepat pukul 5 pm tak salah aku, memang rasa macam nak lari turun saja. I was pretty nervous. Crowd pun sedikit saja yang ada dalam hall space. Ah! Lantak. We played 5 new songs. 3 darinya tak pernah kami main untuk show. We started strong. Good sound. Baru crowd mula masuk. Not bad! Memang tak padat tapi ramai lah jugak yang tiba-tiba masuk bila kami start saja main. Time tu belum ramai lagi yang datang ke show. Kat luar pun tak banyak orang.

As we progressed through our set, crowd makin enjoy. Teruja. Gelabah. A few mistakes here and there. Macam kayu pun ada. Hahahahahahaha! Imagine performing depan crowd yang datang nak tengok the legendary Dark Tranquillity. Expectation mesti tinggi for a Melodeath band. But we did good, no, we did great. The reaction was energetic. Aku perasan mat mat salleh yang paling enjoy.

Ingat tak aku kata yang aku surely will do something stupid for fun? Well, aku spontaneously changed lirik satu lagu ni ke Bahasa Melayu. And no one noticed! Ahahahahahahahaha Habis keluar segala benda merepek, cuma aku tak mencarut lah sebab bulan puasa. Our DTE PR team sibuk distributing our stickers to the audiences. Aku sebenarnya memang tak sihat but I weathered through. Happy. Enjoyed every moment of the set. The band main macam tak ingat dunia.. salah silap pun tak peduli dah ahahahahahhaha janji enjoy!

After our show, aku terus lepak kat luar tepi pintu stage. Surprisingly ada mat salleh yang datang minta autograph. Siap cakap nak tengok lagi show Herriot. He was from France tak salah aku. A few beli baju Herriot and showed to us. Ada seorang lelaki Thai ni datang dan duduk bersembang ngan aku. Dia cakap dia fan Herriot dari dulu. Dia ada dua-dua release; Celestial Obelisk dengan Transworld Chaos. Dia cakap the show was awesome. Well, we were truly humbled and honoured. What a great vibe. Aku tengok band-band lain, but sebelum Dark Tranquillity took the stage aku dengan anak aku pergi balik hotel untuk berbuka. Last-last sebab aku pening dan letih, dia pergi ngan Amin saja berbuka. The rest of the band members pun merata bertebaran cari juadah berbuka.

After that aku kembali ke venue untuk tengok Dark Tranquillity perform. Bagi aku Dark Tranquillity memang tight abis tapi sound agak mengecewakan kerana sound engineer macam tak dapat balance properly untuk sesuaikan dengan size hall venue. Agak karam. Dulu masa aku tgk Dark Tranquillity di Spain pun sound engineer dia rabak hancus. Same guy tak salah aku. I was standing beside him masa kat Spain. Overall, mmg professional dan padu Dark Tranquillity main. Experience plays a crucial role.

Malam tu aku ke hotel yang band mates stay, kami spend time berborak ramai-ramai kat lobi sampai lewat pagi sambil layan kopi 7-11. Aku decide to check out hotel aku walau aku dah bayar untuk 2 malam dan stay dengan yang lain, sebab senang van nak pick up at 7 am to send us back to airport. CEO Slamman Booking Asia datang sendiri jumpa kami pagi tu dan say goodbye. Aku, Fariz dan Tariq ke airport dulu sebab flight kami pukul 11 am. Yang lain ke KL pukul 4 pm. What a day! Tiba di airport, rasa sayu nak tinggalkan Bangkok tu ada.

But also aku really looking forward to get back dan prepare the next adventure for Herriot. Secara keseluruhannya, pengalaman ni memang tersangat awesome. We really had fun. Thank you Bangkok. Apa yang aku belajar, crew dan tech untuk band sangat penting. Masa di Bangkok nasib baik Slamman Booking Asia sediakan team yg sangat-sangat professional dan berpengalaman. Very helpful. Juga aku belajar, do things because you like it and enjoy. Jangan fikir nak jadi rockstar. Passion kena kuat. Kita orang Melayu, kita orang Islam. Batas kena jaga. Tak perlu nak true tak true ni semua. We are different. Asalkan kita main bagus, sikap professional, we should be ok. Hope to see you guys soon. Assalamualaikum.

Chen

Follow Herriot on socials:

Facebook

Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected