Pure Wrath – Sempiternal Wisdom (2018)
Sempiternal Wisdom (2018) adalah full length kedua setelah Ascetic Eventide (2016) menjadi pengenalan kepada projek one-men-band Pure Wrath. Impak dari Ascetic Eventide diteruskan dengan album kedua yang mendapat perhatian Pest Productions (China) dimana ianya dikeluarkan dalam format digipak cd beserta limited 100 copies tape. Album ini juga released dalam format jewel case CD dibawah label Hitam Kelam Records (Indonesia). Pure Wrath adalah antara nama yang agak menyinar dari Indonesia selain Vallendusk, Fromhell yang membawa panji2 Atmospheric Black Metal.
Sempiternal Wisdom (2018) melalui proses rakaman sekitar May sehingga August 2018 di Insidious Soundlab. Januaryo Hardy sendiri bertindak sebagai sound engineer untuk sesi rakaman instruments manakala proses rakaman vocal dilakukan di Apache Studio pada August 2018 oleh Je Aljufri. Januaryo Hardy sekali lagi bertindak sendirian dalam proses mix dan mastering album ini.
Sempiternal Wisdom boleh gua katakan seakan susulan kepada Ascetic Eventide (2016). Januaryo Hardy mungkin antara manusia yang dianugerahkan keupayaan, imaginasi dan bakat yang jarang2 ditemui dalam jurusan seumpama ini. Album kedua ini jika diamati kedengaran lebih pada idea komposisi yang lebih berani. Flow yang cukup baek untuk keseluruhan lagu.
Jika diminta gua untuk membuat perbandingan antara album pertama dan kedua ini, secara terus gua mengatakan Sempiternal Wisdom perlu diberi perhatian lebih kerana ianya jelas kedengaran lebih matang. Berani dengan penambahan elemen melodic yang sangat “segar” dari permainan piano membuatkan beberapa bahagian lagu catchy dan mudah untuk “melekat” di minda. Akar kepada Atmospheric Metal tetap kukuh dan utuh walaupun kepelbagaian idea dimasukkan didalam album ini menjadikan ianya sarat dengan kepelbagaian persepsi apabila mendengarnya. Hey!!! sebelum terlupa, sebuah track berbahasa ibunda Pure Wrath dihasilkan untuk album ini dimana ianya dinamakan “Lautan Darah”.. satu2 nya track yang dihasilkan setakat ini dalam bahasa Indonesia dari Pure Wrath.
Ok, gua tidak mahu komen negatif berkenaan sound produksi kerana Januaryo Hardy sememangnya sudah mula membina karier dalam “jurusan bunyian” untuk genre berat. Untuk album ini, ianya bersifat profesional dan tidak hairan ianya membuka mata label luar negara untuk memasarkan untuk pasaran antarabangsa. Ohh ya, Januaryo Hardy juga sebenarnya terlibat dalam proses akhir album Necrotic Chaos – Chaos Legion (2018).
Setakat entry ini ditulis, Sempiternal Wisdom (2018) hanya dikeluarkan dalam format CD iaitu digipak oleh Pest Productions (China) dan Kelam Hitam Records (Indonesia) untuk versi jewel case. 100 copies limited edition cassette/tape dikeluarkan oleh Pest Productions. Jika dilihat pada perkembangan terdahulu, material2 dari Pure Wrath akan dikeluarkan juga dalam format vinyl/priring hitam. Sila ikuti perkembangan da update terkini dari Pure Wrath untuk versi2 yang akan datang.
Pest Productions (China)
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Bandcamp
Kelam Hitam Records (Indonesia)
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
* Pembeli versi fizikal akan memperolehi bonus iaitu cover song dari Saor iaitu “Farewell”. Track ini tidak terdapat didalam laman bandcamp label dan band.