Pentagrammaton – Pentagrammaton (2018)

0

Pentagrammaton adalah satu nama yang tiba2 muncul dengan self-title album dibawah label extreme dari Borneo iaitu Evil Dead Productions. Menyembunyikan identiti line up dan menjadi tanda tanya adakah entiti disebalik nama Pentagrammaton ini pemastautin Borneo atau Semenanjung, ianya masih belum boleh dijawap dengan jawapan yang tepat memandangkan Pentagrammaton rasanya belum pernah merogol pentas2 gig tanahair. Hanya ianya memungkinkan bahawa Pentagrammaton adalah dari kalangan pemuzik keras Sabah hanya melalui clue 666% Pure Evil! Sabahell Black Metal pada sticker yang ada pada CD album ini. Clue seterusnya dinyatakan Pentagrammaton adalah one men project yang dianggotai oleh “H” yang menjadi mastermind dalam penulisan dan rakaman didalam self-title album ini. Berteraskan akar music Black Metal, music Pentagrammaton tidak sekadar Black metal yang straight forward, ianya berada dalam jajahan lebih luas diantara Black Thrash sehingga ke Black Death Metal.

H – Everythings..

Artwork diambil dari Gustave Dore’s Paradise Lost

Tracklist :
1 – The Abyss of Dereliction
2 – The Mountainside
3 – Eternal Sleep
4 – Wield
5 – Still Was the Night
6 – At the Gates of Wisdom
7 – No Time for Peace

Dengan identiti yang agak misteri, tidak dinyatakan proses rakaman dan siapa bertanggungjawap dalam proses rakaman self-title album ini. Hanya dinyatakan track ke 6 bertajuk At the Gates of Wisdom dinyanyikan oleh Fir dari Bestial Hordes.

7 buah tracks untuk durasi 40 minit ternyata berbaloi untuk memiliki sebuah karya yang berkualiti sebegini. Track yang rata2 berdurasi 5 ke 6 minit ini cukup kuat feel Black Metal jika dihayati secara teliti. Idea riffing yang tiada langsung pengaruh Modern Metal dan 666% kenyataannya berada dalam pengaruh Old Skool yang cukup kuat. Jika benar ini adalah projek one men band, thumb ups perlu diberikan kerana kemampuan “H” dalam memainkan instrument terutama stroke2 drum dan permainan yang tepat serta solo2 gitar yang adakalanya cukup mendayu feel nya walaupun didalam rencah music gelap!

Dari segi sound produksi, album ini berada pada tahap profesional dan kesemua instruments dapat didengar dengan jelas dan seimbang sepanjang CD diputar. Overall sound yang cukup kena dengan konsep sebegini.

Untuk membuat perbandingan atau sound band2 yang punya iras2 seakan Pentagrammaton, mungkin boleh gua senaraikan beberapa nama seperti Nefarious Azarakh (untuk track pertama), Succubus dan band2 hebat Borneo seperti Bestial Hordes (Pentagrammaton lebih kelam dan tidak 100% menjurus ke Black Thrash), Akagrish dan Crown Ov Horns. Ini nama2 yang ada sikit mirip2 apa yang dihasilkan oleh Pentagrammaton. Mungkin anda lebih arif dan dapat jawapannya jika CD ini menjadi santapan gegendang telinga anda sendiri.

Pentagrammaton (2018) dikeluarkan dalam format pro CD dan boleh diperolehi dengan harga RM30 by hand. Sila hubungi Evil Dead Productions melalui link yang disediakan dibawah untuk urusan pembelian. Album ini juga boleh diperolehi melalui label2 bawah tanah lain yang mendistrokan album ini memandangkan difahamkan album ini antara released yang agak laris untuk tahun ini. Dapatkan Pentagrammaton (2018) sebelum ianya kehabisan.

Evil Dead Productions
Email
Official Webstore
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *