Netherbird – Windwards (Single, 2016)
Saya hanya mengenali Netherbird melalui cover Paradise Lost ‘As I Die’ yang diterbitkan pada sekitar 2007. Cover PL yang diberi treatment ala Melodic Black Metal agak menambat minat saya ketika itu. Kami menerima promo terkini Netherbird iaitu single ‘Windwards’ pada hujung Julai lalu. Ini merupakan teaser kepada album penuh The Grander Voyage yang bakal keluar pada Oktober 2016 melalui Black Lodge Records.
1. Windwards
2. Sculptors and Specters
Buat yang tidak familiar dengan Netherbird, mereka merupakan band Melodic Black Metal berasal dari Sweden yang ditubuhkan sekitar 2004. Pernah menampilkan pemuzik handalan seperti Adrian Erlandsson (ex-Cradle of Filth, ex-Paradise Lost), single Windwards menampilkan beberapa line-up baru. Saya boleh mengatakan single ini menjanjikan sesuatu yang promising untuk album The Grander Voyage.
Windwards adalah trek yang bermelodik mengingatkan saya kepada Illnath, Abyssos dan Naglfar. Durasi yang memakan hampir 7 minit memberi peluang kepada Netherbird untuk bermain dengan dinamik, ada kalanya menderu pantas, ada masanya mid tempo bersahaja. Drummer stand-in, Fredrik Widigs, memberi permainan yang tight. Jika trek ini boleh menggambarkan The Grander Voyage secara keseluruhan, saya kira kita boleh melihat potensi untuk album of the year. Okey, mungkin saya being overconfident dan overboard. Kita tunggu sahaja October ini!
Sculptors and Specters pula berbunyi macam lagu yang ditulis oleh Jon Nodtveidt untuk Dissection. Sebenarnya, macam Naglfar pun ada. Dan comparison ini adalah dalam nada yang positif. Saya menggemari feeling sinister daripada gitar dan keyboard yang menghiasi lagu ini. Sculptors and Specters adalah trek eksklusif hanya untuk single Windwards dan tidak disertakan untuk The Grander Voyage.
Untuk peminat: Naglfar & Dissection
The Grander Voyage akan menemui pasaran pada October 2016 melalui Black Lodge Records.
Pesanan awal boleh dibuat di sini.
Untuk berita terkini tentang Netherbird, kunjungi page Facebook mereka di sini.
Ralat: Dalam tulisan sebelum ini menyatakan drummer yang terlibat dalam rakaman ini sebagai Fredrik Andersson, sedangkan Windwards telah direkod menggunakan khidmat Fredrik Widigs (Marduk). Saya memohon maaf dan telah membetulkan kenyataan tersebut.