Nekrohowl – Epitome of Morbid (EP2017)
Nekrohowl merupakan sebuah band beraliran Death Metal dari Dhaka, Bangladesh. Mereka merupakan antara entiti yang terlibat bersama band2 seperti Abaddon, Homicide, Enmachined dan Dissector. Ditubuhkan sekitar 2016, mereka tangkas muncul dengan sebuah demo pada July 2016 dan setahun kemudian menghasilkan sebuah single bertajuk Mortal Incubation dan pada 30 September 2017, Epitome of Morbid (EP2017) release secara DIY oleh Nekrohowl sendiri. Diberitakan versi kaset bakal dikeluarkan oleh sebuah label dari malaysia dan vinyl oleh Slaughterhouse Records (USA).
Epitome of Morbid (EP2017) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Music Theater. Tidak dinyatakan bersama press-kit ini maklumat berkenaan kerja2 teknikal rakaman selain lokasi proses rakaman.
EP mengandungi 5 buah track ini dimulakan dengan Summoning Darkness iaitu intro berdurasi melebihi 3 minit yang agak mendebarkan. Sukar menjangkakan music Nekrohowl berpandukan intro ini sahaja. Blasphemy Still Unnamed yang merupakan track yang membawa wajah sebenar Nekrohowl benar2 tidak memberi ruang kosong dari mula lagi. Morbid Angel, Suffocation adalah pengaruh utama yang dapat gua hidu untuk suku pertama track ini. Mungkin perlu dinyatakan pengaruh2 seperti Terrorizer, Deicide turut memberi impak kepada penulisan track ini. Selesai 5 minit 2 saat untuk track terdahulu, muncul Worship Thy Malevolence yang masih mengekalkan mood serta tahap keganasan Death Metal yang sama seperti apa yang dilakukan untuk Blasphemy Still Unnamed. Track bervocal kedua ini untuk bahagian drum nya kedengaran lebih agresif. Juga growl dari Obliterator yang semakin huru hara cara penyampaiannya. Track seterusnya yang merupakan self-title kepada EP ini iaitu Epitome of Morbid paling menarik pada suku pertama track dimana ianya benar2 kental, permainan pantas dan cukup keras seakan mendengar produk dari band Eropah. track terakhir dan terpendek berdurasi 2 minit 49 saat bertajuk Mortal Incubation sememangnya antara track paling merbahaya dan tanpa sebarang belas kasihan. Ia merupakan single yang di keluarkan sebelum EP ini mula dipasarkan. Ini track yang patut tersenarai dalam playlist penggemar Death Metal amnya. Kejam!
Dari segi sound produksi, untuk produk yang memerlukan hasil akhir yang bagus, mungkin apa yang dihasilkan ini boleh dikatakan sudah cukup bagus namun jika diberi lebih injection pasti overall sound lebih meletup! Mungkin sound gitar boleh di upgrade disamping tone bass yang kedengaran agak “crunchy” dengan bunyi yang jelas dari setiap petikan pada string nya. Drum jika diperhati pada tahap permainannya memang agak menggila dengan stroke dan blastbeatnya. Overall sound produksi boleh dikatakan terkawal dan boleh improve lagi untuk rakaman akan datang.
Epitome of Morbid (EP2017) boleh diperolehi dengan membuat pembelian melalui laman bandcamp Nekrohowl (KLIK SINI) untuk format digipak CDR atau nantikan release dari Slaughterhouse Records (USA) juga format kaset yang diberitakan akan dikeluarkan oleh sebuah label dari Malaysia sedikit masa lagi.
* Thanks to Zoheb of Qabar – Extreme Music PR for this press-kit.