Narsilion – Arcadia – Soundtrack untuk filem fantasi?
Jadi lu orang tak pernah dengar nama Narsilion? Pulak tu tak pernah dengar bentuk muzik mereka? Secara kasarnya Narsilion adalah sebuah projek muzik Neoclassical Darkwave. Umm boleh dikatakan Darkwave ni adalah cabang kepada muzik Goth (yang root asal ya adik-adik, bukan Gothic Metal ala Tristania!-ed), New Wave, dan jugak ada Industrial sedikit-sedikit. Tapi pada gua Narsilion ni dia ada reflect influence folk, ethereal wave dan even ada sedikit martial industrial. Gua malas nak explain panjang-panjang, lu orang pergi la Google sendiri kahkah. Band yang awesome ini punya tema banyak tertumpu kepada high-fantasy (elf,unicorn, majestic landscapes), paganism, mimpi, dan tentunya Tolkienism!
Narsilion berasal dari Spain dan muziknya majoriti banyak employ penggunaan keyboard dan efek, selain daripada penggunaan instruments folk yang menghasilkan bunyi yang sangat dreamy dan membawa pendengar ke alam lain (bila gua dengar Narsilion, rasa macam berjalan-jalan di Middle Earth-ed) serta elemen yang terkuat adalah vokal wanita yang breathy dan ethereal, yang reflect influence ethereal wave. Selain menggunakan bahasa Inggeris dalam lagu mereka, Narsilion juga kadang-kadang menggunakan bahasa Catalan. Sila wiki ye.
Narsilion bermula sebagai solo projek oleh Sathorys Elenorth yang kemudiannya disertai oleh beberapa individu yang collaborate untuk menghasilkan projek yang penuh impian dan berfantasi ini. Line up utama Narsilion terkini adalah:
Lady Nott – vokal, violin, flute, perkusi
dan dahulu disertai oleh Dark Wind sebagai pemain flute dan juga beberapa collaborators.
Setakat ini Narsilion telah menerbitkan 7 releases dengan 3 daripadanya adalah album penuh. Kegemaran gua? Kesemua 3 album penuh! Yang lain tu gua tak pernah dengar atau memang dah out of print. Rare kot tsk tsk. Jadi gua nak amik kesempatan review sebuah album diorang ah untuk lu orang untuk memberi preview apa itu Narsilion. Jadi gua pick album Arcadia!
Arcadia diterbitkan pada tahun 2006 melalui Caustics Records dan merupakan album penuh kedua selepas Nerbeleth. Gua kurang pasti kenapa album ni dinamakan Arcadia, sama ada ia adalah reference kepada mitos Arcadia, sebuah kawasan yang serba hijau dan didiami oleh penggembala serta tidak tercemar atau pun Arcadia di Greece. Album ini mempunyai 10 trek iaitu:
2. Montsegur “En Els Pilars Del Vent”
3. Faraway
4. The Dream Of The Unicorns
5. Visions From The Ancient Times
6. Autumnal Equinox
7. Wind Of Eternal Prophecies
8. Beltane
9. Montserrat
10. Lágrimas De Cristal
Montsegur “En Els Pilars Del Vent” : Pengaruh martial industrial begitu kuat sekali dalam lagu ni sebab drum berentak march. Ada bagpipe dalam lagu ni, memberi sedikit emosi seolah-olah menuju ke medan perang. Suara Lady Nott terbaik! Barangkali lagu ini refer kepada Montségur, sebuah fort pengikut Cathars di Perancis dan mempunyai sejarah silam yang menarik.
Faraway : Sekali lagi vokal Lady Nott buat gua terbuai-buai,sungguh dreamlike! Lagu ni atmosferanya seperti menceritakan longing untuk memori silam. Terasa macam berjalan di tepian sungai di sebuah tempat yang cantik.
Autumnal Equinox : Flute dan piano dalam lagu ni superb! Menceritakan tentang season autumn, sedikit pagan ah ada macam ada fascination pada alam semulajadi (macam Empyrium?-ed). Dark Wind menyinar dalam lagu ni.
Beltane: Gua rasa macam travel back ke zaman lampau, sambil menunggang unicorn di meadow yang serba menghijau,berjumpa dengan gadis elf berpakaian serba putih sebelum bersama-sama menyaksikan pesta Beltane. Hahah. Keyboard lagu ni menyinar! Dan sekali lagi Lady Nott menjadi center of attraction dengan vokalnya!
Overall gua sangat puas mendengar album ni dan memberi perspektif yang fresh serta bagus untuk memberi break dari mendengar muzik-muzik keras. Narsilion mungkin sebuah projek muzik yang underrated (barangkali sebab Dark Wave bukan muzik mainstream) tapi berbakat besar! Barangkali Peter Jackson boleh consider hire diorang untuk tulis soundtrack untuk filem the Hobbits? Sesuai untuk fanboys Tolkien, peminat high fantasy dan mereka yang ingin mencuba muzik yang dreamlike.
Pros:
-Muzik yang evocative dan dreamy. Tak rasa stress bila dengar
-Seolah-olah diangkat dari filem fantasy, buat gua rasa tak sabar nak dengar trek-trek seterusnya
-Production cun
Cons:
-Walaupun vokal Lady Nott memang soothing, kadang-kadang gua tak dapat tangkap apa dinyanyikan.
Rating: 9/10
Narsilion boleh dicapai di sini.
Kredit:
-Google
-official website Narsilion
-Youtube
p/s: Lu orang patut tengok video live set diorang. Awesome! Dan juga preview untuk album terbaru Elenna Nore, tetap hebat!