Mortuary Ancestor – Mortuary Ancestor (EP2017)

0

Veteren Death Metal dari Sabah ini antara band yang semakin menggila dengan irama Death Metal nya saban hari. 5 tahun selepas kelahiran Doctrine of Hatred (EP2012), terkini masih dibawah Earblast Records, menggunakan nama band Mortuary Ancestor (EP2017) release pada 10 April 2017. Mempertaruhkan 6 buah tracks, trio ini masih mengekalkan Death Metal yang kental untuk menjahanamkan gegendang telinga pendengar.

Aril Corpsevomit (Drums/Guitars), Magoth (Vocals), Emen Pain (Guitars/Bass)

Artwork oleh Ironworx Grafix

Tracklist :
1 – Ritual
2 – Occult and Mysticism
3 – The Serpent Stone
4 – Flames of Inherit
5 – Meditation
6 – Embrace the Madness

Mortuary Ancestor (EP2017) melalui proses rakaman di dua buah studio berasingan dimana track drum melalui rakaman di B.M.T Studio manakala track2 selebihnya dilakukan di Route 33 Studio sekitar 8 Oktober sehingga 10 December 2017. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Tajul.

Intro bertajuk Ritual kedengaran agak “suspend” dan ianya meberi tanda tanya dan membuatkan sedikit rasa tak sabar untuk mendengar bagaimana distortion, blastbeat dan pekikan untuk track seterusnya.

Occult and Mysticism dari awal lagi sudah mula blasting dan attack menggila disamping riffing yang mencengkam! Death Metal dari Mortuary Ancestor ternyata menggegarkan. Pengaruh Morbid Angel dan Suffocation dapat dihidu dari riffing2 terkandung dalam track ini. Magoth selaku vocalist ternyata memberikan ngauman yang garang sepanjang track!

Track kedua The Serpent Stone nampaknya lebih menggila dan tidak meninggalkan sebarang ruang. Sekali lagi gua mengatakan tempias pengaruh Morbid Angel sangat kuat dalam penulisan track ini. Lebih menarik track ini menampilkan double solo gitar dari kedua2 gitarist.

Flames of Inherit yang bermula dengan sedikit sound sample pada awal track tidak meleret lama. Apabila kuasa distortion menguasai track, ternyata Death Metal kental adalah apa yang bakal membedil gegendang telinga. Sekali lagi duo solo menarik dimainkan sebelum magoth mengakhiri dengan ngauman beliau.

Sebuah track yang agak merehatkan gegendang telinga setelah dibedil 3 buah track bernadi Death Metal. Meditation adalah instrumental yang memperlihatkan permainan solo gitar dari Mortuary Ancestor.

Track terakhir Embrace the Madness masih kekal dengan kekerasan seperti mana 3 track awal. Masih jitu dengan penangan Death Metal.

Sedari awal gua memang sudah melabel Mortuary Ancestor sebagai Morbid Angel Malaysia. EP self-title ini nampak lebih garang dari release terdahulu. Rakaman yang lebih baik dan gua pasti EP ini kedengaran lebih jitu dan keras. Istilah “keras” pada EP ini lebih terserlah melalui tone gitar yang dimainkan kedua2 line up. Mereka benar2 berbakat dan dentuman drum oleh Aril yang turut membanting bersama Necromation (satu band yang gua harap akan ada album terbaru dari mereka yang punya music ala Cannibal Corpse) turut mampu bermain gitar dengan bagus serta berkemampuan memainkan solo-solo yang menggigit. Emen Pain yang sebelum ini bermain bass juga bagus diposisi gitarist dan Margoth selaku peneraju dari awal penubuhan Mortuary Ancestor ternyata tahu apa yang wajib ada dalam rencah Pure Death Metal garapan Mortuary Ancestor.

Self-title EP ini dikeluarkan dalam format CD dan kaset. Ianya dijual dengan harga RM15 by hand bagi kedua2 format. Kenali Mortuary Ancestor dan support mereka dengan membeli EP ini dengan berhubung terus dengan Earblast Records melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah.

Mortuary Ancestor
Facebook

Earblast Records
Email
Facebook
Soundcloud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected