Massacre Conspiracy – Kingslayer (EP2015)

3

Setelah menghasilkan album pertama Lost Holocaust (KLIK UNTUK BACA) pada 2013, Massacre Conspiracy bertindak menghasilkan Kingslayer (EP 2015) yang merupakan satu karya berkonsep dimana ia nya mula dipasarkan sekitar penghujung 2015. Masih mengekalkan konsep yang sama Melodic Metalcore, band ini nampaknya semakin menggila menghasilkan material yang pada gua punya peningkatan dari segi kematangan penulisan lagu2 nya. Okey, jom baca..

Ash (Vocals)
Emy Syahmi (Drums)
Sonny (Guitars/Vocals)
Faiz Godoy (Guitars)
Ax (Keys/Synthesizer)
Daniel Eddie (Bass)

Artwork oleh Eddie Edzuan
Tracklist :
1 – Confined Wall
2 – Risen From The Grave
3 – Kingslayer
4 – An Empty Promise
5 – New World Oppression (N.W.O)
6 – Parasite (Bonus Track)

Kingslayer (EP2015) menjalani proses rakaman di MC16 Studio. Nash Muhandes bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering EP ini.

Bermula dengan track berjudul Confined Wall, jelas menampakkan sesuatu yang garang, agresif dan amarah yang meluap2. Itulah ekspresi pertama gua apabila mendengar track ini dan pujian harus diberi kepada band anak muda ini kerana pada gua EP ini jelas nampak kemajuan dari segi komposisi jika dibandingkan dengan album terdahulu. Ok, ini konsep album. Ia bergerak dan punya cerita untuk setiap track.


Risen From The Grave telah dijadikan single kepada EP ini. Pendominasian dari permainan gitar jelas sekali dari track ini. Riffing serta solo gitar yang menarik. Juga sentuhan keyboard/synth yang agak menonjol untuk track ini. Kekuatan vocal Ash ternyata menambah kekuatan single ini. Satu penghayatan yang sangat berjaya dari Ash.

Kingslayer terus sahaja menerjah tanpa sebarang tanda. Riffing dan stroke drum yang punya chemistry untuk track ini. Keras, melodic, penuh amarah dan energetik!

An Empty Promise agak berbeza penyampaiannya untuk permulaan lagu. Satu percubaan berani dan berjaya sebelum tempo permainan dilajukan sedikit. Ini gua rasa antara track yang tidak terlalu ghairah tahap amarahnya (kecuali nyanyian Ash yang penuh beremosi), walaupun flow nya agak tidak terlalu garang namun idea2 berjaya di apply dengan baek terutama beberapa part feel-in untuk gitar. Bila gua baca liriknya tiba2 gua teringat satu ayat “Janji Dicapati”.. kahkah

Jika dilihat pada cover sleeve memang gua tak hairan dengan tajuk track ini yang seakan diadaptasi dari maksud sebenar N.W.O dan MC16 menggunakan New World Oppression (N.W.O) sebagai tajuk track ini. Ini track yang gua rasa punya kuasa amarah yang sama seperti track2 awal.

Parasite adalah bonus track yang kalau dilihat pada lirik masih ada kaitan dengan cerita didalam EP ini. Ia nya telah dijadikan single seawal pertengahan 2014 lagi. Tidak jauh beza dengan apa yang dihasilkan dari lagu2 terbaru dari 5 track terawal.

Ok, secara keseluruhan gua bagi pujian kerana jelas sekali EP ini jauh punya peningkatan jika dibandingkan dengan material2 terdahulu. Gua rasa guitarwork untuk EP ini memang tight dan banyak idea dimasukkan untuk memantapkan lagi lagu. Gua tidak hairan jika penganalisa music bercakap pasal guitarwork untuk album ini. Gua juga difahamkan ini adalah rakaman MC16 bersama bassist baru. Tidak keterlaluan dan berada dalam tahap sedang2 sahaja. Drum ada ketika nya gua suka mendengar triplet yang jadi ramuan Chris Adler untuk music Lamb Of God. Dengar sound meletup hasil kerjatangan Nash Muhandes, ternyata mutu bunyi dari permainan drummer MC16 membanggakan. Ash ternyata memberikan yang terbaek dan bila gua dengar dengan teliti, kredit tertinggi kepada beliau kerana benar2 menghayati lirik dalam nyanyian penuh amarah beliau. Ok, cuma gua sedikit terkilan untuk EP ini bila mana seakan keyboardist kurang menyengat. Gua masih ingat untuk Lost Holocaust beberapa bunyi dihasilkan mengingatkan gua pada Dark Tranquillity (ini serius) namun untuk EP ini sengatnya seakan kurang bisanya kecuali untuk track Risen From The Grave. Selain dari itu ini satu keluaran yang perfect.

Sound produksi sangat membanggakan dan Nash Muhandes gua anggap antara sound engineer alaf baru yang harus diberi perhatian untuk kerja tangan beliau. Band2 diluar sana, ada baek cari info sikit pasal mamat ni jika anda ada niat nak hasilkan sesuatu yang meletup!

Ok, Kingslayer boleh diperolehi dengan harga RM30 by postage dengan menghubungi email yang kami sertakan dibawah atau login ke website Macbeth.

Massacre Conspiracy
Email
Facebook
Twitter

Macbeth
Official Website

3 thoughts on “Massacre Conspiracy – Kingslayer (EP2015)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected