Lucifera – Preludio Del Mal (2017)
Lucifera merupakan unit Thrash Metal dari San Juan de Pasto, Colombia. Paling menarik Lucifera ditunjangi oleh vocalist wanita iaitu Maria Blasfemia atau Maria Alejandra Pacheco. Antara line up asal yang masih kekal dan pernah juga kesemua line up adalah wanita sebelum perubahan line up terkini yang menampakkan keseimbangan dengan David HellRazor dan C.Commander menyertai Lucifera. Preludio Del Mal yang akan dikeluarkan pada 24 February 2017 boleh dikira satu produk yang agak cepat dihasilkan kerana Sed de Venganza & Legiones de Metal (sebenarnya rakaman semula demo dan EP pertama 2010) yang merupakan full length kedua dikeluarkan pada 17 June 2016. Preludio Del Mar berada dibawah seliaan label Morbid Skull Records dari El Savador.
Design oleh HR Design
Sebelum mengulas panjang, dimaklumkan gua mula mendengar Lucifera melalui demo tape Sed de Venganza keluaran War Productions pada 2010. Gua pun dah tak ingat local label yang distro kan tape ini. Hahaha..
Preludio Del Mal (2017) melalui proses rakaman instruments di HR Studios, Pasto Colombia sekitar September 2016. Track vocal melalui proses rakaman di Sound of Evil Studios, Quito Colombia sekitar November 2016.
Preludio Del Mar boleh dianggap sebuah produk yang bagus walaupon rata2 band Thrash Metal dari Colombia memang mengagumkan. 12 tracks menggunakan 100% bahasa ibunda mereka. Dari segi konsep music, Preludio Del Mar jelas bertunjangkan Thrash Metal, namun ianya lebih bersifat Tradisional Thrash Metal dengan formasi biasa 4X4 dan meminimakan unsur2 teknikal dalam music mereka. Mungkin ada yang mengklasifikasikan Lucifera berada dalam lingkungan Black/Thrash Metal. Ya ada kebenarannya juga jika dihadam keseluruhan material dari album ini. Seperkara lagi, gua menyukai beberapa track yang menggunakan riffing yang agak bermelodi dan ianya agak “segar” apabila pertama kali mendengarnya seperti Esclavos de Dios dan Leyendas Mortuorias.
Dari segi sound produksi, untuk konsep sebegini boleh dikatakan ianya punya hasil yang bagus. Sound gitar yang agak crunchy, bass yang jelas kedengaran dan drum yang separa organik tone nya. Permainan instruments yang baik dari setiap line up dan vocal dari Alejandra Blasfemia seakan menidakkan beliau adalah wanita. hahahaha..
Feveret tracks : Esclavos de Dios, Los Demonios de Loudun, Leyendas Mortuorias, El Señor de las Moscas, Blasfemias.
Kenali Lucifera melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah 2 promo songs dibawah. Juga untuk sebarang pembelian boleh menghubungi Morbid Skull Records juga melalui link disediakan dibawah.
Lucifera
Email
Facebook
Myspace
Reverbnation
Morbid Skull Records
Email
Official Website
Facebook
Youtube
Twitter