Kazanna – Will Of Heroes (EP2011)

0

Berpaksikan irama Symphonic Metal, band yang menggunakan nama Kazanna ini telah melahirkan sebuah EP bertajuk Will of Heroes yang memuatkan 7 buah lagu termasuk 2 lagu bonus. Band yang berasal dari Kota Anggerik, Shah Alam Selangor ini telah wujud sekitar 4-5 tahun lepas menggunakan nama Pasca Tragedy (untuk Kazanna terdapat perubahan line up). Pernah juga menggegarkan beberapa pentas gig juga ROTTW Soundstage.

 Kazanna dianggotai oleh Feeza (Vocal), Amar (Guitar/Keyboards), Zaki (Bass) dan Rezal (Drum).

 Artwork dan layout oleh Taufiq Yusof

Tracklist :
1 – Farewell For The Warrior
2 – Will Of Heroes
3 – Love Sophistry
4 – Funeral Of Heart
5 – Never Ending Story
6 – The Tales Of Epic Marching Symphony (Bonus Track) – Orchestral Arrangement
7 – 2 Minutes To Escape (Bonus Track) – Orchestral Arrangement

Will Of Heroes melalui proses rakaman di 4 buah studio iaitu P.T Studio, Kamar Seni, Big A Production dan Mandala Records. Proses mixing dan mastering dilakukan oleh Sham Stalin dan Amar bertindak sebagai penerbit EP ini.

Farewell For The Warrior merupakan track pertama yang bersifat instrumental. Pertama kali mendengar terasa seolah2 track ini menjadi pembuka cerita apakah yang bakal diceritakan didalam track seterusnya.

Will Of Heroes muncul dengan susunan yang banyak dipengaruhi oleh mood dari keyboard. Sekali vocalist mula menyanyi hanya satu perkataan di minda iaitu Tarja Turunen. Music yang dicipta berbau Nightwish ditambah pula nyanyian ala2 saprano oleh vocalist wanita band ini mengiyakan lagi bahawa Nightwish menjadi pengaruh utama mereka.

Love Sophistry bermula dengan dendangan piano serta alunan suara oleh Feeza. Sebelum verse pertama nyanyian instrument keyboard banyak memainkan peranan menghidupkan suasana lagu. Ada sedikit bau2 arabic scale. Sebuah lagu yang agak mendatar temponya.

Track ketiga bertajuk Funeral Of Heart bermula dengan mood perlahan sebelum riffing berbau Nightwish kedengaran jelas. Okey kali ini gua terasa melodi2 yang dihasilkan agak catchy dan menangkap kepala gua. Ya chorusnya juga kedengaran agak segar. Pertengahan lagu juga kedengaran sedikit elemen offbeat dimasukkan seperti biasa dilakukan progresive metal band seperti Dream Theater, Lemur Voices dan seangkatannya.

Masih bermula dengan bunyian piano, Never Ending Story menjadi track keempat. Melodi vocal pada ketika permulaan lagu agak menarik diolah. Ok gua rasa track ni vocalist dapat membawa gaya saprano dengan alunan yang baik jika dibandingkan dengan track2 awal. dan penantian gua untuk mendengar solo dari Amar berbaloi apabila beliau turut menyelitkan solo gitarnya walaupun hanya untuk durasi yang pendek.

2 buah bonus track yang menggunakan susunan orkestra ini adalah lagu yang menggunakan loop drum serta suara2 orkestra (gua rasa guna software hehe..) dan susunan key2 menarik dari pemain keyboard Kazanna.

Secara keseluruhan EP ini menarik dan ianya suatu produk yang berani dihasilkan oleh Kazanna. Walaupun bakal berdepan dengan kritikan (yang paling besar pasti diklon sebagai Nightwish) namun secara pro nya Kazanna mampu mencapai tahap apa yang Nightwish hasilkan (maksud gua penciptaan dan feel lagu2 mereka). Untuk membezakan antara Kazanna dengan Epica mungkin agak jauh sedikit perbezaannya kerana Kazanna tiada growl vocal dan vocal Simone Simons juga agak lebih tinggi (mungkin dah lama berada dalam lingkungan teknik penyampaian vocal sebegini).

Sound produksi EP ini memuaskan dan bersih. Penelitian yang baik dilakukan oleh jururakam dan penerbit. Cuma pada pendengaran gua, bunyi drum untuk EP ini tidak organik dimana ianya kemungkinan besar adalah dari drum machine (ada sesiapa boleh buktikan?). Mungkin untuk keluaran album penuh kelak (Kazanna dalam rakaman album penuh sekarang ini), mereka akan menggunakan drumset sebenar untuk kepuasan pendengaran peminat.

Ok EP pertama Kazanna boleh diperolehi dengan harga RM12 by hand dan RM15 by post. Sila rujuk dan klik SINI untuk info pembelian secara pos.

Kenali Kazanna melalui link yang disertakan dibawah video persembahan live mereka.

Kazanna – Funeral Of Heart (Live Metalcamp 2011)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected