Katavasia – Sacrilegious Testament (2015)

0

Greece merupakan antara salah satu pengeluar produk music besi gelap yang pada gua punya identiti yang tersendiri. Siapa tidak kenal Rotting Christ, Varathron, Thou Art Lord juga Septic Flesh yang sedang mencipta nama ketika ini. Katavasia adalah formasi line up dari beberapa band yang membentuk sebuah mega band yang dibawah terma kegelapan citarasa Greece. Sacrilegious Testament (2015) merupakan album penuh yang agak mengejutkan. Dengan rencah melodic dan atmosfera music acuan Greece, semangat old skool 90’s jelas sekali kedengaran apabila memutarkan CD ini.

 Necroabyssious – Vocals (Varathron)
Astrous – Guitars (Aenaon)
Achilleas c. – Guitars & Bass (Varathron/Aenaon)
Haris – Synths (Hail Spirit Noir/Transcending Bizarre?)
Foivos – Drums (Agnes Vein)
Cover artwork “In-finitium” oleh Agostino Arrivabene
Tracklist:

1 – Cosmic Nightmare
2 – Symphony Des Gravens
3 – Adoration Of Darkness
4 – Eosforou Katavasis
5 – Visions Of The Misty Night
6 – Order Of The Dog Blood
7 – Mater Tenebrarum
8 – Virgin Blood (featuring Sotiris Vayenas – Septic Flesh)
9 – The Chariot Of Emperor (featuring Sakis “Necromayhem” – Rotting Christ / Thou Art Lord)

Sacrilegious Testament (2015) melalui proses rakaman di Crown Studios, Ioannina, Greece (kecuali track drum dirakam di Infinite Loop Studios, Ioannina, Greece) sekitar Ogos sehingga Sepetember 2014. Kesemua lagu dihasilkan oleh Astrous dan Achilleas C, manakala lirik dihasilkan oleh Necroabyssious. Penampilan Sakis dari Rotting Christ sebagai guest vocal agak menarik untuk track terakhir manakala Sotiris Vayenas dari Septic Flesh dijemput untuk menyumbangkan solo gitar untuk track kedua terakhir. Achilleas C bertindak sebagai penerbit, juruadun serta turt bertanggungjawap untuk proses mastering.

Ekspresi pertama apabila Cosmic Nightmare memulakan rentak, ia tidak terlalu memberi keghairahan, namun track kedua Symphony Des Gravens sudah mula membuatkan feel dan atmosfera music Greece menyelubungi jiwa apabila melodi2 mula menyerap kedalam otak. Beberapa riffing yang mudah membuatkan minda teringatkan Rotting Christ jelas boleh dihidu untuk beberapa track. Eosforou Katavasis dan Mater Tenebrarum adalah dua buah track tanpa sentuhan drum namun disertakan sedikit part vocal. Visions of the Misty Night dan Virgin Blood adalah track pilihan gua. Track terakhir The Chariot Of Emperor menampilkan Sakis dari Rotting Christ yang diundang bersama menyumbangkan suara bersama Necroabyssious.

Visions Of The Misty Night


Pada pendengaran gua, Sacrilegious Testament (2015) masih terikat dengan sound old skool Greece Metal yang secara terang terangan punya trademark dalam atmosfera musicnya diantara Melodic dan Black Metal nya. Tidak menonjol tahap teknikalnya, formasi biasa 4X4 dalam komposisi lagu nya, layer keyboard yang diselitkan untuk beberapa part background lagu nya dan ia nya tetap kelam dan gelap.

Dari segi sound produksi, ini produk yang bersih tahap rakamannya dan tiada trigger pada drum pedal malah ianya kedengaran agak organik. Beberapa solo gitar yang menarik juga boleh didengar melalui track Symphony Des Gravens, Blood Virgin (solo gitar oleh Sotiris Vayenas dari Septic Flesh).

Untuk pasaran Malaysia, Katavasia – Sacrilegious Testament (2015) boleh diperolehi melalui Metalzone Distro (gua tak pasti adakah CD ini sudah sold out melalui label ini atau masih boleh didapati, sila hubungi Metalzone Distro untuk pertanyaan). Album ini dikeluarkan dalam kuantiti agak limited worldwide oleh Floga Records iaitu 150 copies untuk 12″ LP haze colour, 350 copies black colour, 500 copies digipak CD, 500 copies jewel case CD serta 100 copies kaset. Sila dapatkan sebelum ianya kehabisan.

Katavasia
Email
Bandcamp
Facebook

Floga Records
Email
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *