Jord – Måne [Full Length, 2022]

0

Band Atmospheric Black Metal Sweden kini kembali dengan album penuh yang berjudul Måne yang diterbitkan melalui Northern Silence Productions. Berbanding album sebelum ini, ‘Måne’ lebih menumpukan kepada sound Post-Rock dan penggunaan clean vokal berharmoni menjadikannya lebih warm dan soulful. 

Sekalipun ‘Måne’ nyata berubah sedikit daripada Jord, ia masih menyelit harsh vocals dan drum yang pantas, cuma tak seagresif dahulu la. Ini sebenarnya ada kaitan dengan tema album ini yang menceritakan menghargai setiap saat dalam hidup. Jadi anda boleh agaklah feel yang ditampilkan agak personal dan mellow la. Pada saya ia bukanlah terbitan yang nak henyak pendengaran sampai berdengung telinga, sebaliknya ia adalah pengembaraan dalam cerita yang dibahagikan kepada 8 bab. Plenty of clean guitars, hauntingly beautiful background vocals, sekali dengar album ini macam soundtrack untuk filem fantasi, but that is just me.

‘Måne’ adalah terbitan yang sesuai untuk layan perasan dan santai. Macam band-band seangkatan seperti Alcest, Sylvaine, An Autumn for Crippled Children dan banyak lagi, Jord memanfaatkan sound gitar yang clean, feel atmospheric dan occasional loud parts untuk drive sound mereka yang sebenarnya cukup menyinar dalam Måne. Saya pernah berkata album sebelum ini tidak cukup mantap dari segi song crafting, dan pada album terkini apparently mereka dah improved. Dan ini membuat saya agak gembira dengan perubahan ditampilkan. Pretty good.

Måne kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Alcest, Amesoeurs, Les Discrets, An Autumn for Crippled Children

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *