John Moods – So Nice [EP, 2021]
Mendengar terbitan yang tenang dan tak bingit merupakan satu self-reward bagi saya selepas bergelut seminggu dengar pelbagai jenis muzik memekakkan telinga. Sesuai sekali saya dengar John Moods, artis yang berasal dari Jerman yang telah mengeluarkan EP terkininya berjudul So Nice. Fun fact, So Nice sebenarnya adalah companion EP kepada keluaran sebelum ini, yang juga EP berjudul So Sweet. Kedua-dua EP ini adalah stand alone dan juga dikeluarkan secara kompilasi berjudul So Sweet, So Nice melalui Arbutus Records.
So Nice sebenarnya adalah so nice to listen to. Ia diberi treatment nostalgik seakan di era 80an; dari segi kualiti adunan dan jugak feel yang ditonjolkan. Ia bagaikan muzik yang didengari apabila menonton filem cinta/romantik AS di dekad 80an. Malah boleh terbayang dalam kepala saya tentang blazer putih Don Johnson, chinese takeout, mullet dan Florida for some reason, I don’t know but that’s what I imagined bila dengar So Nice. Saya fikir So Nice mungkin (ni tekaan saya) berorientasikan Soft Rock, Pop, New Wave dan Indie berdasarkan synth, gitar dan drums yang immediately mengingatkan saya kepada era ini. EP ini catchy pada saya kerana faktor-faktor ini yang membezakan material yang saya dapat kebelakangan ini. Terus pulak saya rasa nak layan filem-filem 80an jadinya!
Tapi kalau ikutkan lirik, So Nice sebenarnya membicarakan topik yang berat iaitu kematian dan mendekatinya dengan feel yang ceria dan selamba. Huh, so nice. Untuk mereka yang mahukan pengalaman audio yang nostalgik dan santai, So Nice mungkin jawapannya.
So Nice kini terdapat dalam format piring hitam dan muat turun digital.
FFO: Tops, Discovery Zone, Fenster