Jocund Forest – Night-time Stories [EP, 2024]
Saya masih dalam fasa menggilakan Dungeon Synth and its micro-genres, terutamanya Comfy Synth. Dalam pencarian menambah pengetahuan ini, saya menemui Jocund Forest. Projek Comfy Synth yang berasal dari USA ini baru saja mengeluarkan EP yang berjudul ‘Night-time Stories’ melalui Fiadh Productions pada 7 Jun 2024.
Melihat anthropomorphized forest critters keluar di waktu malam mengutip beri untuk dijadikan inti pastri membuat saya mengimbau ke zaman kanak-kanak membaca buku yang dibelikan oleh ibu saya.
Let’s talk about Comfy Synth dulu. Berbeza dengan sepupunya Dungeon Synth yang mempunyai pertalian rapat dengan Black Metal, micro-genre ini menjauhi segala elemen seram dan misteri yang kebiasaannya dipakejkan. Comfy Synth adalah the opposite of dark and moody, sebaliknya bermain dengan nostalgia, feel good (like the name implies) dan celebrating the beautiful side of life. EP terkini Jocund Forest ini membuat saya tangkap masyuk melalui cover artworknya yang saya boleh describe sebagai children book-ish approach. Melihat anthropomorphized forest critters keluar di waktu malam mengutip beri untuk dijadikan inti pastri membuat saya mengimbau ke zaman kanak-kanak membaca buku yang dibelikan oleh ibu saya. Fun fact, artwork Night-time Stories adalah daripada Molly Brett, yang juga seorang painter dan penulis buku kanak-kanak. Specifically, artwork ini menghiasi buku beliau yang berjudul A Surprise for Dumpy. Jadi bagaimana muzik dalam Night-time Stories?
Synth yang dimainkan dalam EP ini memainkan melodi-melodi yang indah, playful, magical dan penuh fantasi menjadikan ini adalah release yang feel good.
Pretty much like the album artwork, muzik dalam EP ini memberikan feel membaca buku kanak-kanak and to some extent berimaginasi tentang kartun-kartun haiwan saya tonton sewaktu kecil dahulu. Night-time Stories could be a piece of great music to accompany during evening book reading. Over a hot tea. Talk about being comfy. Huh, I guess that’s where the name comes from. Melodi yang dimainkan dalam Night-time Stories kedengaran familiar dengan muzik yang saya kira berkaitan dengan kartun-kartun saya pernah tonton sewaktu kecil menjadikannya mempunyai kualiti nostalgic dan feel good. Synth yang dimainkan dalam EP ini memainkan melodi-melodi yang indah, playful, magical dan penuh fantasi menjadikan ini adalah release yang feel good. Malah bunyian-bunyian yang terhasil seakan datang daripada dekad-dekad lama, seusia buku-buku cerita kita sewaktu kecil yang somehow masih tersimpan di rak buku, all thanks to the excellent songcrafting.
Personal favourite saya adalah Picking Berries For a Midnight Pastry yang bukan sahaja tajuknya berbunyi playful, tetapi juga kedengaran dalam muziknya yang ceria. I can even imagine forest critters bersama-sama petik buah beri dan buat patri berintikan beri yang lazat, all while dancing and singing.
Saya menyukai tajuk-tajuk dalam Night-time Stories yang memberi pendengar idea untuk interpret the stories. Sebenarnya, it’s up to our imagination lah dengan tajuk seperti Awake Amidst the Lunar Twilight, A Vibrant Nocturnal Woodland, The Dim Light of a Lantern Nearby, dan banyak lagi. Personal favourite saya adalah Picking Berries For a Midnight Pastry yang bukan sahaja tajuknya berbunyi playful, tetapi juga kedengaran dalam muziknya yang ceria. I can even imagine forest critters bersama-sama petik buah beri dan buat pastri berintikan beri yang lazat, all while dancing and singing. Sejujurnya, tiada weak tracks dalam Night-time Stories yang saya boleh point out. Hanya berdurasi 20 minit, EP ini terasa pendek membuatkan saya tak puas mendengarnya. Pada saya, ini adalah indicator of a good release: leaving listeners wanting more. Saya recommend Jocund Forest jika anda mahukan pengalaman audio yang santai dan mengkhayalkan melalui sound yang nostalgic. Definitely filing this under my AotY.
Night-time Stories kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.
FFO: Hermit Knight, Grandma’s Cottage, Tiny Mouse
Jocund Forest tidak mempunyai media sosial, tetapi anda boleh ikuti label Fiadh Productions di sini.