Jehovah The Satyr – Demo (2015)

0

Jehovah the Satyr merupakan satu produk terbaru dari Faithcraft Productions, sebuah label bawahtanah tempatan yang berpengkalan di utara tanahair. Jehovah the Satyr adalah 2 band yang dibawa masuk produk mereka oleh label ini selain dari Surtur, band dari Bangladesh (baca SINI untuk review Descendant of Time (EP2015). Jehonah The Satyr secara mukadimahnya berasal dari Jawa barat Indonesia. Membawakan muzik Melodic Metalcore yang pada gua punya pelbagai elemen seperti Deathcore sehingga ke Grind Death. Ok, untuk lebih detail sila baca bebelan gua dibawah..

 Nendi Oktavian (Vocal)
Andi Chakra Ramadhan (Lead Guitars)
Muhamad Fikri Nugraha (Rhytm Guitars)
Ridwan Maulana (Drums)

Jehovah The Satyr – Demo (2015)

Tracklist :

1 – Caliph (Intro)
2 – Eeriemonger
3 – Protagonist
4 – Jeremaid
5 – Neglected
6 – Dystopia
7 – Sacrum (Outro)

Demo CD ini melalui proses rakaman di TR Studio, Sukabumi, Jawa Barat Indonesia. Tidak dinyatakan secara terperinci individu2 terlibat dalam hal2 teknikal rakaman. Gua rasa Jehovah The Satyr tidak bernaung dibawah sebarang label tetap kerana beberapa label bertindak menjadi medium distribusi material mereka ini seperti Faithcraft Productions (Malaysia) dan Rotem Records (Portugal) dan Satanica Productions (New Zealand).

CD ini dimulakan dengan instrumental berpiano sebagai intro bertajuk Caliph. Teringat sedikit gua pada intro dari album The Black Dahlia Murder yang gua sendiri sudah terlupa tajuknya albumnya. Haha.. Eeriemonger adalah track pertama yang agak agresif, serangan drum membuta tuli, sergahan duo vocal scream dan growl dan guitarwork yang baek. Sekali dengar boleh gua katakan Jehovah The Satyr membawakan genre Metal yang agak modern. Track2 lain masih dalam konsep yang sama namun ada track yang punya kegilaan ketahap Grind Death dan ada yang dalam lingkungan Metalcore yang tipikal. Outro bertajuk Sacrum adalah kesinambungan kepada intro di awal tadi.

Gua agak tertarik dengan solo2 gitar untuk lagu2 seperti Jeremaid dan Neglected. Gua rasa Jehovah The Satyr punya gitarist yang bukan setakat mampu memainkan riff2 laju sahaja. Mereka punya gitarist yang mampu menghasilkan solo gitar yang bagus.

Track pilihan gua  Jeremaid, Neglected dan Dystopia.



 

Jika di teliti Jehovah The Satyr punya pengaruh seperti The Black Dahlia Murder, juga sedikit At The Gates (alah.. TBDM pun ada main cover At The Gates bila live..) namun kedengaran lebih modern dengan feel Metalcore nya. Menarik juga riffing2 yang dihasilkan ditambah dengan ngauman duo vocal. Cuma agak mencurigakan gua adakah drum nya menggunakan drum programming atau trigger habis-habisan? Apa2 pun Jehovah The Satyr harus diberi ruang untuk mereka mengembangkan lagi bakat mereka. Jika di Indonesia rasanya mereka mudah mencipta nama dengan gig2 yang berselerakkan di hujung2 minggu atau hari2 biasa.

Pakej CD berserta sticker keluaran terhad Faithcraft Productions ini boleh dibeli dengan harga RM16 termasuk kos pos. Sila hubungi Faithcraft Productions untuk sebarang urusan pembelian.
* Gua tak pasti dah sold out atau ada lagi copies nya.. haha.

Jehovah The Satyr
Email
Facebook
Twitter

Faithcraft Productions
Email
Blog
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected