IEON – Across The Sphere of IEON (2018)
IEON adalah satu unit besi gelap terbaru yang tiba2 muncul dan nampak begitu serius dengan langkah pertama iaitu debut album dan juga persembahan pentas. Didatangkan dengan imej misteri dan bertopeng, IEON adalah antara pendatang baru dalam genre Black Metal tempatan dengan pengaruh Black Metal yang agak gloomy dan atmospheric. Across The Sphere of IEON (2018) dikeluarkan secara rasmi dalam format cakera padat pada September 2018 dibawah Varmt Stal Records (Malaysia).
Across The Sphere of IEON (2018) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Helios Studio, Petaling Jaya Selangor dari 20 sehingga 24 July 2018. Auks Nekrademus bertindak sebagai sound engineer untuk rakaman ini.
Sepanjang mentelaah debut album ini, gua dapat simpulkan IEON adalah antara pendatang baru besi hitam yang agak serius dalam menggerakkan genre sebegini. Across The Sphere of IEON (2018) adalah antara masterpiece awal mereka yang boleh dikira hebat dari segi konsep, permainan instrument yang penuh “feel” dan mereka faham apa yang perlu ada didalam konsep sebegini. Music mereka adakala agresif dan adakala mendatar, bermelodi dan cukup beremosi. Mereka agak bijak dalam komposisi dan susunan melodi terutama part2 yang sesuai dimasukkan solo serta bawaan vocal yang sangat kena dalam susunan didalam track2 yang dihasilkan.
Jika ditanya pengaruh, dengan imej bertopeng seperti MGLA, gua sendiri tidak menolak pengaruh Black Metal dari Poland agak menguasai konsep dan trademark music IEON. Namun beberapa band dari negara luar kuasa berat Black Metal seperti Spain, Italy turut membawa konsep sebegini. Instrumental bertajuk Eulogy mengingatkan gua kepada Batushka. Hahaha..
Dari segi sound produksi, ini adalah proses yang bersih dan bersifat profesional. Album ini patut diketengahkan sehingga ke pasaran barat dan IEON berhak untuk diketahui umum akan music mereka. Dengan kualiti dan mutu akhir bunyi album ini, tidak salah jika ianya di push untuk pasaran antarabangsa.
Across The Sphere of IEON (2018) boleh dibeli dengan harga RM25 by hand. Atau anda boleh berhubung secara terus dengan label Varmt Stal Records melalui laman sesawang yang disediakan dibawah. Pengumuman oleh pihak label 400 unit CD sudah habis dijual serata dunia. Bertindak pantas sebelum ia nya sold out!
Varmt Stal Records
Email
Official Website
Facebook
Youtube