Hyperdontia – Harvest of Malevolence (Full Length, 2024)

0
Hyperdontia Harvest of Malevolence

Unit Death Metal dengan keahlian pelbagai negara, Hyperdontia telah pun mengeluarkan album ketiganya yang berjudul Harvest of Malevolence pada Mei 2024 melalui Dark Descent Records dan Me Saco Un Ojo Records. Dengan line-up yang bertaburan di Turki dan Denmark, saya mengagak mesti susah nak pull off a final product yang hebat. I guess it wasn’t easy but the output is totally worth it.

Hyperdontia line-up

Dengan playtime 40 minit, pendengar dihidangkan dengan Death Metal yang berkiblatkan stail USDM yang relentless dan penuh dengan groove serta technicality yang mempesona mana-mana pendengar Death Metal di luar sana. Hyperdontia menjiwai pengaruh Incantation, Morbid Angel dan Immolation untuk dijelmakan dalam bentuk Harvest of Malevolence yang berbaloi didengar. Perhatian saya terarah dengan permainan gitar yang berbau USDM yang old school; memorable, back-breaking dan tiada belas kasihan. Ini diperkuatkan dengan drumming jitu on the dot, vokal melaung bagaikan raksasa serta bass yang audible melantun-lantun dalam mix. It’s really simple. Death Metal yang destructive tanpa perlu menjadi ultra fast dan aggressive melampau.

Hyperdontia menjiwai pengaruh Incantation, Morbid Angel dan Immolation untuk dijelmakan dalam bentuk Harvest of Malevolence yang berbaloi didengar.

Harvest of Malevolence adalah album yang berattitude dan bebas gimik murahan. Hanya Death Metal yang hardworking dan creatively made with none of that weird shit yang mencemari Death Metal. Overall feel dan tone album ini screams old school, daripada teknik permainan hinggalah kepada mix yang berbunyi organik, lantas menjadikannya berbaloi dilayan. Saya menyukai Death Metal saya yang dimainkan dan diadun oleh manusia, so this album have pretty much human feel to it, terutamanya riffs yang jahat dan vokal yang berkahak. Pada saya Harvest of Malevolence cukup simple seadanya dengan bermain Death Metal berkiblatkan Death Metal US. Tiada overproduced shit, tetap violent (untuk standard USDM 90an) dan groovy. The album could have been shorter though. Saya mengesyorkan Harvest of Malevolence kepada pendengar Death Metal yang menggemari stail USDM circa 1990s.

Harvest of Malevolence kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Morbid Angel, Incantation, Immolation, Deicide

Ikuti Hyperdontia di media sosial:

Facebook

Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected