Humiliation – Under the Siege of Invasion (2015)
Album penuh ke 6 dari Humiliation bertajuk Under the Siege of Invasion masih boleh dikira baru dipasarkan di Malaysia. Muncul dengan line up terbaru setelah Afe (Bass) dan Matt (Gitar) mengundur diri, Humiliation dilihat masih kuat dengan penghasilan album untuk setiap tahun. Under the Seige of Invasion dikeluarkan dalam 2 format iaitu jewel case CD dibawah Deepsend Records dan 12″ vinyl oleh Dark Side of Punk Records. AAA
Layout oleh Randy Askardia
Under the Siege of Invasion (2015) melalui proses rakaman di Hotsound Studio, Wangsa Maju KL sekitar Januari sehingga February 2015. Seperti biasa Zahid bertindak sebagai sound engineer dan bertanggungjawap dalam proses mixing. Manakala proses mastering di lakukan oleh Dennis di Clintworks Audio Productions, Hamburg Germany sekitar April ke May 2015.
Setelah mentelaah album ini, gua berpendapat Under the Siege of Invasion (2015) merupakan antara album Humiliation yang punya sound agak berat jika dibandingkan dengan album2 terdahulu. Tone gitar yang keras adalah apa yang paling utama perlu gua katakan berkenaan album ini. Mungkin aspek mastering menjadikan album ini kedengaran berat dan keras terutama dari segi tone gitarnya. Selain itu overall sound production masih berada dalam tahap profesional terbaek sama seperti apa yang dihasilkan Humiliation sebelum ini.
Gua masih memilih beberapa track yang punya elemen Death Metal yang agak meleret yang sudah hampir2 ke arah Doom (ok gua akui album Turbulence From The Deep 2013, adalah album pilihan gua) sebagai track pilihan. Antara nya Lost of K-XVI dan Grave Error manakala untuk track2 pantas Death Order, Lintang Barracks dan Liberation menjadi kemestian.
Humiliation
Official Website
Facebook