Give & Take Compilation (2012)
Sebuah kompilasi yang penat jugak nak mendengarnya. Bayangkan sebanyak 22 track di gabungkan untuk sebuah album. haha.. Berbagai genre disatukan seperti Punk, Hardcore, Crust yang terdiri dari pelbagai band. Dihasilkan oleh Nervhous Records, Red Ink Entertainment, Pissart Records dan Tenzenmen Records. Give & Take – Malaysian Hardcore Punk Compilation 2012 menjadi tajuk kompilasi ini. Didatangkan melalui 2 versi cover artwork yang berlainan kompilasi ini dilihat seakan memberi peluang kepada band2 baru untuk mencuba sesuatu dalam menghasilkan yang terbaek didalam perjuangan seni music tanahair dan band mereka sendiri.
Sebanyak 22 track dirakam dimerata studio oleh kesemua 22 band yang terlibat. Berbagai genre dan rilis pada 4 Jun 2012. Dari info gua dapat kompilasi ini dikeluarkan dalam kuantiti 1000 copies dan dikala gua menulis ni hanya tinggal 400 copies sahaja lagi dari label yang mengeluarkan kompilasi ini iaitu Nervhous Records. Ok, 22 track so agak gila gua boleh review kesemuanya. Haha..cekidauttt…
Toxictoy menjadi band pembukaan dimana genre punk rock dipersembahkan melalui track bertajuk Nothing More. Sebuah lagu yang agak bersahaja dan selamba. Susunan lagu juga mudah. Vocalist juga dapat menggayakan lenggok vocal yang baek sepanjang lagu. Solo gitar juga simple dan kena dengan mood lagu.
Thy Regiment sebuah band hardcore tegar dan kental kembali menggegarkan dengan sebuah track terbaru berjudul Nothing Fear. Apa yang boleh dikatakan berkenaan track ini ianya sememangnya kental dari segi musical dengan paduan drum dan riffing old skool hardcore nya. Gua rasa lebih power lagi kalau vocalist mereka dapat melakukan growl yang lebih mantap. Ok, ini antara track pilihan gua.
The Mindless Show yang membawa genre punk rock muncul bersama track bertajuk Into The Depths Of The Bottomless Shit. Menarik jugak lagu yang sedikit catchy ini dan sempoi jugak suara vocalistnya. Opsss tarcknya hanya berdurasi 2 minit 22 saat.
Skunkfix membawakan sebuah track bertajuk Camprock For Zionist. Ok, terus terang gua terpikat dengan kemampuan band ini bermain music (refer kepada lagu ini ya..) Skunkfix membawa genre punk rock yang pantas dan untuk track ini susunan lagunya agak memerlukan kesefahaman yang jitu kerana setiap ahli punya permainan yang tersendiri. Ok, mungkin x salah kalau gua katakan punk rock yang dipersembahkan Skunkfix agak progressive. Errr tengah2 lagu tiba2 ada growl sedikit. Ok, gua suka lagu ni. Skunkfix boleh pegi jauh. Serius..
Partimelovers lebih santai dengan gaya punk rock nya dan ada sedikit gaya2 indie and rock pada lagu mereka yang bertajuk If I Was. Keberanian memainkan irama sebegini yang sound clean dari pemain gitar nya.
Dum Dum Tak tampil dengan sebuah track bertajuk Aksi Reaksi. Kental punya punk rock beserta lirik yang radikal. Muzik mereka berada dalam lingkungan Punk Rock dan sedikit menjurus kearah Hardcore jika dilihat pada kerasnya susunan lagu ini.
Carbon 4’Teen dengan track bertajuk Up juga sedikit santai walau sedikit rancak sebelum verse pertama bermula.Sebuah lagu yang ada flow tinggi rendah. Vocalis juga berjaya menggayakan melodi vocalnya dengan baek. Solo gitar juga best walaupun pendek.
Nuisance Drilled, lama x dengar lagu dari band ini. Muncul dengan track berjudul Endless Ending yang permulaannya berbunyi bouncing snare seperti pancaragam. Band ini agak pelik sebenarnya. Tidak menitikberatkan kelajuan pada susunan lagu dan jika anda pernah memiliki cd mereka bertajuk All Is Well, Euphoric Ending anda [pasti akan bersetuju dengan apa yg gua tulis ini.
T.I.M muncul bersama track berjudul I Can Sit On Any Seat! And It Doesn’t Have To Be Yours! Gila pantas nak mampus tempo lagu ini. Hahahaha.. Ketukan drum yang dah masuk grind.. Gila.. Tapi gua pelik pesal bunyi drumnya agak statik? Mungkin drum mesin barangkali. Apa2 pun lagu ni menarik jugak. Dari punk rock, metal (sapa pernah dengar Sleepterror???) dah macam rojakcore pulak lagu ni.
Brayok membawa track bertajuk Muke Taik. Dimulakan dengan intro dialog seorang bapa bersama anaknya. Membawa genre punk rock yang straight forward. Sedikit keras music nya tapi masih boleh hadam lah. Solo gitarnya juga cukup2 makan dan kena dengan mood lagu.
Mikrobotmen ni pada mulanya gua ingatkan Chemical Brother, xpun Silent Descent. Kahkah.. My Circle sebenarnya merupakan sebuah instrumental yang menggunakan loop dan synth. Boleh jugak nak berfengtau dengan pasang lagu ni dalam bilik kalau lu orang gian sangat. Kahkahkah. Layan lah sesekali music electronica ni..
The Needles membawa genre punk rock dan menampilkan track bertajuk Nobody Rules Anybody. sedap jugak melodi lagu ini mengingatkan album2 Subculture dahulu jika didengar pada melodi2 nya. ya x tipu gua teringat band2 dalam kompilasi The Beginning dan Breaking The Wall dulu ni. Kahkah. Teringat Bad Tomato lah pulak.
Always Last jugak sebuah punk rock yang makin mendapat nama. tampil dengan track bertajuk It’s Not Okay, It’s Not Alright. laju jugak tempo punk rock dari track ini. tapi pesal di tengah lagu wa terbayang System of a Down dan Lyme dari Malaysia? Ok, Always last macam mempelbagaikan music mereka. Ada punk rock, hardcore dan sedikit riffing berbau thrash walaupun x berapa kental.
Never Found juga makin banyak menyertai gig2 (dari apa yg gua perasan) membawa sebuah track bertajuk Ambil Pati, Buang Ampas. Errr.. hiphop?????? jap jappp.. sapa2 yang arif mungkin bleh komen sikit. rap atau hiphop atau mengambil pengaruh Projek AK untuk di jadikan penyambung kesinambungan music sebegini?
Perek Kasi Gerek yang telah meriliskan sebuah EP tampil dengan track terbaru bertajuk And So They Judge Us. Music yang laju antara punk rock dan fastcore barangkali. nak kata mood lagu mereka sedih dan marah x juga bila kadangkala major chord jelas kedengaran membawa mood yang happy. Tapi menarik juga lah. Jap gua teringat sebuah lagu Gudang Garam dari band ini. hahaha..
Soul Savior lebih ranggi dengan track berjudul Sifar Rasisma. Riffing seakan ska tapi didistortionkan. Agak catchy pada verse nyanyiannya. Kental sikit lagi mungkin bleh bikin saingan kepada Plague Of Happiness. Lagu ini catchy beb. Band ni boleh pegi jauh kalau ikutkan dari lagu ni.
Rotten Ruckus membawakan track bertajuk Color Blind. Straight forward punya punk rock dengan 3-4 chord sahaja. track paling pendek 1 minit 21 saat. Tak puas gua nak layan. tapi suara vocalist pompuan ni boleh tahan sedap.
He Libra mengingatkan gua pada Damn Dirty Apes dan Furniture. Tampil dengan track bertajuk A Lexicon Word. Music yang melayang2 kalau ada vocal yang power mungkin boleh saingi Seven Collar T-Shirt barangkali. Meleretnya lagu ni mencapai durasi 8 minit 54 saat. kalau gitar ada masuk bunyi efek pelik2 mungkin lagu best.
Swampy Zombie Fever muncul dengan track berjudul A’s and A’s. Boleh kot gua katakan mereka masih didalam kelompok punk rock yang punya pengaruh rock n roll yang kuat. Riffing gitar yang menarik sebenarnya. Mungkin lagu2 lain mereka lebih dasyat. Solo gitar mereka paling best. walaupun macam dok ulang benda sama tapi gua dapat rasa feel agresif music mereka. rancak lagu ini dan gua rasa diorang boleh melangkah jauh.
Madefake membawa music punk rock yang rancak. Track bertajuk Amanahkah Mereka agak politikal sebenarnya dari segi liriknya. Mungkin ada sedikit persamaan dengan Dum Dum Tak dari segi konsep music tapi berbeza dari segi cara penyampaian vocal yang lebih clean.
Geng Gemok Keji membawa track bertajuk Tiada Tajuk. Punk rock yang rancak dengan pengaruh rock jelas kedengaran digabungkan didalam music mereka. Gua tak tau bila gua dengar lagu ni gua rasa macam lagu GGK ni boleh jual di arena mainstream. Mungkin sebab idea penciptaan lagu dan susunan melodi mereka.
Stick No Bill menjadi band terakhir dengan lagu penutup bertajuk Stick No Bill. Nama band dan lagu yang sama. Punk rock yang bertempo pantas. ahah gua suka bila vocalis band menyanyikan penuh emosi dan kena dengan mood lagu sebegini. Agak kecoh dan rancak lagu ini. Layan jugak.
Hah.. gila jugak mereview sebuah kompilasi yang terkandung 22 lagu (macam ni ok lagi asalkan jgn bagi kompilasi grindcore berdurasi x sampai seminit dengan track sebanyak 40-60.. bleh biol jadinya..Haha..) pada gua kompilasi ini satu percubaan berani dari label yang mengeluarkannya dengan hasil yang baek berformat pro-printed CD. band2 yang terlibat juga ada yang boleh pergi jauh dan adajugak yang agak tipikal dalam penyusunan lagu2 mereka. Terus terang gua memilih track dari Thy Regiment bertajuk Nothing Fear kerana kekentalan dan jelas nampak pengalaman dalam susunan lagu terbaru ini. Skunkfix dengan Camprock For Zionist yang pada gua mereka adalah musician yang hebat dengan dapat memainkan music yang struktur penyususnannya agak kompleks dan progresif walaupun masih didalam terma punk rock. Nuisance Drilled pula mungkin untuk yang meminati atau cuba sesuatu yang pelik dan lari dari norma2 kehidupan yang tipikal. T.I.M juga menarik dengan penangan punk rock yang agak rojak dan pelbagai elemen digarapkan didalam track bertajuk panjang lebar mereka iaitu I Can Sit On Any Seat! And It Doesn’t Have To Be Yours!. Always Last dengan track It’s Not Okay, It’s Not Alright juga menarik pada pendengaran gua juga kerana keberanian menggabungkan pelbagai elemen didalam lagu mereka dan ianya menjadi. Mungkin kedengaran sedikit rojak tetapi bagi gua setiap sambungan riffing menjadi dan tiada sumbangnya. Swampy Zombie Fever dengan track berjudul A’s and A’s juga gua pilih antara track terbaek kerana konsep yang agak gerek yang dibawa. Penangan punk rock + rock n roll yang agak kenatl. Ini band boleh pergi jauh.
Give & Take Compilation (2012) boleh didapati dengan pembelian berharga RM15 by hand dan RM20 by post. Tak perlu lah di bisingkan berkenaan harga CD ini kerana bilangan track yang tersedia lebih membuatkan pembelian anda berbaloi. CD ini dikeluarkan dalam kuantiti 1000 copies dan terkini gua ada terlihat hanya berbaki 400 copies sahaja lagi. So tunggu apa lagi? Sila kontek label yang mengeluarkan CD kompilasi ini melalui link yang kami sediakan dibawah ini. Siap ada 24 pages booklet lagi untuk lu orang hadap baca.
thanxx admin…last2 dpt jgak album ni…dpt dri info DTE