Gig Report: Rockaway Fest 2012

0

Rockaway siri 2012 telah kembali! Majoriti metalhead menggelinjang gembira bila tahu band berpengaruh dunia Soulfly adalah main act untuk Rockaway tahun ni bersama dengan Unearth, Set Your Goals, MXPX dan berbelas-belas supporting act yang lain. Venue tahun ni dah bertukar ke Helipad Sepang International Circuit (satu venue yang personally gua rasa kurang convenient untuk yang takde transport) sesuai dengan jumlah audience yang dijangka bertambah dari tahun lepas.


Tahun ni gua dapat free pass lagi (sama macam tahun lepas yay!) dan syok sikit sebab beberapa rakan gua turut bersama melayan band yang ada. Gua mula-mula jangka macam hujan je bila waktu melangkau tengahari tapi haremmmmm meleset, terik bedengut ada ah. Malang ah gua terlambat sampai jadinya tak dapat menonton The Padangs. I, Revival dan Massacre Conspiracy

For some reason gua memang skip The Wknd Stage, malas pulak rasanya. Okey Kamil akan amik alih review untuk part Soulfly sebab gua tak familiar sangat dengan karier Max Cavalera post-Sepultura. Enjoy!

20 Oktober 2012, Helipad SIC.


Kalau ada komplen yang timbul untuk edisi Rockaway kali ni selain dari harga air yang tak masuk akal, ia adalah berkenaan parking. Punyalah jauh dan susah, akibatnya gua dan rakan-rakan terlepas 3 band terawal. Bunkface pun hanya 2 lagu terakhir. Pfttt suwei ah.


MXPX mengambil alih stage lepas tu dengan Punk Rock attitude yang cool. Band 3 piece yang tight permainannya walaupun nampak terkesan bahang cuaca panas Sabtu. Lagu-lagu yang depa main pun kira boleh layan ah (sorry gua tak familiar ngan diorang punya lagu) walaupun attendance tak berapa nak mantap lagi,sempat jugak la crowd main moshing berskala mini.


Gua jadi bosan lepas tu dan amik peluang berjalan sekeliling venue, usha booth merchandise dan gerai makan/minum. Kemain macam-macam ada (dengan harga mengempiskan poket). Gua skip Pee Wee Gaskin yang dari jauh bunyi macam electro pop punk easycore. Malas, tak minat. Sebaliknya gua masuk Wknd Stage. Sesak dalam venue Wknd Stage ni, tapi kemungkinan sebab orang ramai sebab dalam ni ada aircond kahkah. Wknd Stage menampilkan band/artis yang light-light je macam OAG, Muck dll.

Okayyyyyyy Gerhana Ska Cinta pulak amik alih stage. Gua tak pernah tengok GSC live jadi review gua mungkin bias sikit la. Best sial kahkah. Maksud gua, vibe diorang memang bikin chill la. Lagi-lagi bila lagu top diorang My Boy Lolipop dengan Senyuman Ragamu dimainkan. Ada jugak lagu baru dimainkan amenda tah tajuk dia Baju Kebaya kot. Top notch, boleh nampak la crowd siap berjoget dan sing along. 


International act kedua pulak mengambil alih iaitu Set Your Goals. Ini adalah kali kedua diorang datang Malaysia selepas konsert.. amenda tah gua tak ingat. Krash Out kot yang sekali dengan Alesana dan Crossfaith. Teringat band pop punk All Time Low yang main untuk edisi tahun lepas, kalau banding dengan SYG, rasanya ATL lagi menang dari segi stage presence. Tapi SYG okay lah, siap ada satu part tu vokalis tukar peranan dengan gitaris dan si gitaris duk masyuk screaming. Not bad bro. Not bad.


Love Me Butch mengambil alih selepas show direhatkan untuk Maghrib. Band Shah Alam yang masih bekerja keras ni tak banyak buang masa terus handle set diorang dengan baik. Pada mata gua, diorang ni memang banyak terkesan dengan Glassjaw dengan Deftones. Love Me Butch pada malam tu banyak main lagu baru berbanding lagu lama. Oh well.


Unearth memang ditunggu-tunggu selain Soulfly. Buktinya venue jadi sangat padat sebelum set mereka bermula. Dengan brand muzik yang relentless dan brutal, mosh was had dan bahagian tengah sesak dengan circle pit yang berpusar laju. Bahagian depan? Bertimpa-timpa pulak jasad terbang. Memang gila. Gua tak familiar dengan Unearth (siap gua ingat Unearth ni Earth Crisis kahkah,bangang.) tapi musicwise, they fucking killed it. Memang takde ruang nak bernafas la, and it was a breakdown fest haha. Sesak sampai ke belakang gua cakap lu. Sound yang terhasil memang berapi dan rata-rata komen cakap memang sebijik macam dalam album. Cuma gua komplen ah trigger drum terlalu loud sampai kadang-kadang menenggelamkan bunyi gitar. Mungkin sebab gua memang tak gemar trigger kot. Unearth, excellent!


Lepas Unearth tamat, giliran Hujan pulak mengambil alih. Band yang recently changed their musical direction sebenarnya not bad tapi crowd tak seramai tadi ah. Gua pun macam bosan gua pergi merayau lagi. Siap borak-borak sana-sini. Funny thing was, ada sebahagian crowd yang macam pissed off dengan Hujan sekarang bertukar direction acah-acah post-HC kadang-kadang macam flirt ke Metalcore. Tak kisah ah, Hujan memang gua tak minat pun. But they did put a good show anyway.

Koffin Kanser broooooooooooooo! Pak Aru dan geng memang tak buang masa. Memang cun ah letak Koffin Kanser sebelum Soulfly (yang sememangnya memuja Max Cavalera post Sepultura). Pada gua set Koffin Kanser pada kali ni adalah lebih baik daripada Metalcamp tempoh hari yang macam lemau. Memang nice dan enjoy lagi-lagi bila main Get Up Stand Up, cover dari Bob Marley. Bagi gua, highlight bagi set diorang adalah lagu Gott dan Positive. Kemunculan Tam Blind Tribe dan Joe PV menjadikan lagu separa Reggae + Metal ni mindblowing habis.

 

Okay gua serahkan review kepada Kamil.

Soulfly.  Nama yang cukup hebat dalam scene Metal . Dan Mereka telah datang ke Negara kita. What an honour! Dari hujung tahun 80an lagi, ramai kepala besi Malaysia tertunggu-tunggu Max Cavalera datang Malaysia . Aku tau Sepultura dah establish dari tahun 1984, dan aku tau most metalhead Malaysia at that time dapat tau pasal Sepultura pun dah hujung tahun 80an camtu (estimate je haha). Biasa lah. Masa tu Negara kita lambat sikit, semua tak maju lagi, mana ada internet time tu. Dengar pun dari mulut orang aje. Itu dulu la. Sekarang senang.
Tibanya detik 11.40pm 20th Oct 2012, Soulfly started their first ever performance in our country. Rasa honoured gila ah bila Max sendiri kata “ We have been waiting for a veeery long time to play here”. Dengan line up yang cukup berprofile dan experienced:


Max Cavalera ( Ex Sepultura, Nailbomb, Cavalera Conspiracy): Vocal/Rhythm guitar
Tony Campos (ex Static-X):Bass
Dave Kinkade (Ex Borknagar):Drums
Marc Rizzo (ex Ill Nino, Cavalera Conspiracy): Lead guitar

Apa yang aku boleh kata adalah, Sound system memang terbaik. Memang best lah Rockaway. Walaupun dah seharian stage digunakan, sound quality langsung tak turun. Trigger dari bass drum balance dan tak kacau bunyi gitar dan bass langsung, vocal dengar clear gila. Siap time Max buang kahak atas stage tu pun dengar lah senang cerita. Heh JK. Kalau macam tu melampau sangat la pulak HD dia haha. Ok Serius serius. Selalunya bila aku pegi gig kalau aku duduk depan stage memang tak dengar apa, tapi this time semuanya clear. Tahniah Rockaway Sound Crew, kau orang memang best.

Show dimulakan dengan latest hit mereka, World Scum. Bila Dave start drumming, tanpa gitar lagi crowd semua dah dapat agak dah lagu apa yang bakal dimainkan. Kedengaran crowd melaungkan “WORLD SCUM! WORLD SCUM!” . Cukup memorable. Crowd pun bukan setakat terdiri dari orang-orang muda aje, yang dah season pun aku tengok ramai. Yelah, mengidam nak tengok diorang main ni bukan senang. Lama kot dah tunggu. Ada uncle sebelah aku siap headbang lagi, walaupun jambang dah tumbuh uban. Kau orang bayangkan lah dah berapa lama dia orang dah tunggu. Yang naik wheelchair, bertongkat pun ada. Respek lah sama lu orang. Crowd semua tak melepaskan peluang untuk sing-along. Circle pit yang besar gila, memang ramai yang moshing. Setiap lagu ada part yang best gila untuk berpogo ramai-ramai. Depan stage memang panas. Adrenaline Rush beb. Woohoo!. Talk about enjoying the music, pada aku ni lah show International act yang paling best pernah ada dekat Malaysia

Soulfly’s setlist for Rockaway 2012:

1.World Scum
2.Blood Fire War Hate
3.Refuse/Resist
4.Execution Style
5.Frontlines
6.Arise / Dead Embryonic Cell
7.Prophecy
8. Troops of Doom
9.Primitive
10..Intervention
11.Plata O Plomo
12.Roots bloody roots
13.(Napalm Death Cover: You Suffer!)
14.Jump da fuck up
15.Eye for an Eye

The funny part was when Max announced that they will play a cover song from Napalm Death , special for our Malaysian fan. And the song was 3 seconds long .hah. Buat lawak pulak Soulfly ni. Ketika mereka sedang kenalkan line up kepada  crowd, kebetulan masa nak introduce Tony Campos,  ada pulak soundman Soulfly lalu depan dia and Tony said: “hey guys, Im right here. The fat guy is our crew. “ Berdekah jugak la crowd dengar.Marc Rizzo pula lebih banyak senyum dan Dave Kinkade focus gila pada drum semasa show. There’s this one point where Max’s guitar string putus ketika sedang perform. But the band members kept on playing. Very professional indeed. Mereka tak senang hilang focus dan lagu tetap berkualiti. And Marc Rizzo’s guitar works is just CRAZY good. Exactly macam dalam album. Sempat juga Marc Rizzo pakai BC Rich Stealth 7 string signature dia untuk 2 lagu.
Overall, mereka punya showmanship memang patut kena puji. Max Cavalera pun siap belajar cakap melayu lagi. He is very good in gaining the crowd’s attention.  In the last two song Max Cavalera siap ada pakai Jersey Malaysia lagi. Pandai sial dia ambik hati orang kita. Memang best ah m/. Tak rugi aku datang, walaupun parking jauh tepi semak, berbaloi. Crowd yang mencecah 8000 orang cukup happening. Dengan setlist lagu yang killer , aku cukup puas hati dengan show ini. Thanks Soulfly!


Kredit:

Youtube
Rockaway Fest Facebook page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected