Gig Report – Langsuir ‘Engkar’ Listening Party

0
Langsuir Engkar

Ah, akhirnya ada masa untuk saya menulis tentang listening party album mini terbaru dari unit Death Metal Malaysia yang tak asing lagi, Langsuir. Mendapat jemputan listening party untuk band veteran ni membuatkan saya teruja. Iyalah, selalunya yang membuat listening party selalunya artis mainstream sahaja. Tak sangka band yang dikira legend di Malaysia ni mengambil langkah kreatif untuk mempromosikan mini EP terbaru mereka. Respek.

… selalunya yang membuat listening party selalunya artis mainstream sahaja. Tak sangka band yang dikira legend di Malaysia ni mengambil langkah kreatif untuk mempromosikan mini EP terbaru mereka.

Dianjurkan di Garage Space Ampang pada 14 Julai 2024, majlis pelancaran ini dimulakan dengan dentuman lima lagu baru dari EP bertajuk Engkar, yang diterbitkan oleh Goatlordth Records iaitu Gurindam Jampi Pendinding, Pontianak II, Saka Harimau Jadian dan Serapah Buang Pengaruh Jahat. Media, peminat dan pencinta muzik Death Metal yang hadir pada hari majlis tersebut disajikan kelima-lima lagu dengan diselang-selikan dengan ulasan setiap lagu.

Langsuir line-up

Pendapat saya untuk EP ini ialah ia jelas menunjukkan penguasaan dan DNA Langsuir atas genre ini dengan berfokus kepada element mistik dan budaya Nusantara. Menjawab soalan daripada media, Bentara menyatakan album Engkar ini adalah terhasil dari inspirasi budaya orang Melayu, cerita teladan dan juga sifat orang Melayu sendiri yang khianat atas bangsanya. Berapi juga mendengarnya.

Bentara menyatakan muzik mereka is heavily influenced by the style of Sakis Tolis (of Rotting Christ) terutamanya dalam lagu Gurindam Jampi Pendinding. Tentunya nama yang tidak asing kepada peminat muzik extreme tempatan (zaman awal 90an dulu, Rotting Christ banyak menjadi pengaruh kepada band-band tempatan).

Apa yang buatkan saya meremang bulu roma adalah apabila beliau menyatakan yang lirik yang digunakan didalam lagu seperti Gurindam Jampi Pendinding, Saka Harimau Jadian dan Serapah Buang Pengaruh Jahat adalah diambil daripada jampi serapah yang sebenar melalui catatan Walter William Skeat di dalam bukunya, Malay Magic. Tak tahu adakah suratan atau kebetulan, saya membawa buku tersebut pada hari pelancaran EP ini (meremang kali kedua!).

Engkar Q&A

Dari segi muzik, Bentara menyatakan muzik mereka is heavily influenced by the style of Sakis Tolis (of Rotting Christ) terutamanya dalam lagu Gurindam Jampi Pendinding. Tentunya nama yang tidak asing kepada peminat muzik extreme tempatan (zaman awal 90an dulu, Rotting Christ banyak menjadi pengaruh kepada band-band tempatan). Dalam sesi soal jawab bersama band, Bentara juga menyatakan logo baru band ini telah dimodifikasi tanpa pentagram untuk lebih dekat kepada portfolio mereka iaitu Eastern Death Metal.

Terdapat juga jualan cenderamata seperti t-shirt, tote bag, guitar pick, buttons dan penjualan 100 limited edition first press EP tersebut. Saya sempat menyambar satu daripadanya! Trve brownie point untuk saya!

Batara

Kesimpulannya, saya merasakan album ini adalah apa yang peminat Langsuir boleh jangkakan, dan kesinambungan yang baik dari releases terdahulu. Adunan bunyi mencakar gegendang telinga dengan bertemakan eastern mysticism ini pasti menjadi koleksi yang harus dimiliki oleh peminat muzik ini.

Ikuti Langsuir di media sosial:

Facebook

Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected