Flop Poppy – Rasa (2009)

5
ini music pop.. peduli apa gua nk dgr lagu pop.. music tu tak ada sempadan.. 
lagi Andy (anggota asal Flop Poppy) merupakan antara musician2 yg byk menolong dalam  menaikkan scene underground mahupon “upperground” tempatan..
ok, ini merupakan album ke5 Flop Poppy.. album ini mengandungi 12 buah lagu iaitu :
1 – Dendang Remaja
2 – Kasih Nafas Diri
3 – Impian Di Ibukota
4 – Semua Untukmu
5 – Tawan
6 – Lafaz Cinta
7 – Mungkinkah
8 – Pelangi
9 – Jebak
10 – Dedicated To You
11 – Selamanya
12 – Rasa
Untuk album “Rasa” ini berlaku perubahan line up dan hanya Megat (start join Flop Poppy masa album ke2) masih bersama sehingga kini. kali ini peranan gtar akaustik/elektrik masih digalas oleh Andy yg merupakan tunjang utama dan vokalis dan dibantu oleh Megat dan Cha’a. Ejam di posisi bass dan anggota baru Hasmi di posisi drum.
Jika dilihat album ini sebuah album yang bagus. sama seperti 4 album sebelom ini namun pada pendapat gua album ini sedikit melangkau zaman dan semakin advance. pada awalnya ketika album ke4 iaitu Cendera Jiwa, Flop Poppy sudah mula memasukkan elemen2 yg pelbagai seperti bosanova dan sebagainya dan melalui “Rasa” mereka semakin advance kedepan dan tidak memandang kebelakang hanya untuk menarik pendengaran pendengar2 yg belom sampai tahap pendengaran nya dgn apa yg dilakukan dalam music Flop Poppy.
“Rasa” juga merupakan album yg tidak menggunakan lagu dr komposer Fathul. Jika sebelum ini Flop Poppy pasti akan menggunakan khidmat Fathul namun album ini agak berbeza walopon majoriti lagu2 masih didominasi penciptaannya oleh Andy. 
Bercakap mengenai album ini juga gua memilih lagu Pelangi sebagai pilihan terbaek dr halwa telinga gua.. haha.. juga lagu Impian Di Ibukota dan Rasa. Keseluruhan album ini bagus dan anda tidak rugi memilikinya sekarang kerana pada pendapat gua 5 atau 10 tahun akan datang pendengar akan kembali mencari album ini kerana pada gua saat itu mungkin tahap pendengaran orang kita baru nk boleh hadam music Flop Poppy ini. Haha itu pendapat gua lah..
Album ini juga unik dr segi packagingnya. Cover artworknya merupakan lakaran kartun yg unik hasil rekaan Mims@Stoodle (actually ni 1st time gua tau mengenai tuan puanya artwork ini). Kelihatan simple dan menampilkan keberanian dalam menghasilkan artwork sebegini.
ok ini dahulu untuk kali ini, album ini boleh didapati di kedai2 music seluruh malaysia. anda boleh melayari http://www.floppy-records.com untuk berita terkini Flop Poppy!!!
dapatkan yang original!!!

5 thoughts on “Flop Poppy – Rasa (2009)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected