Family Day (2000) – Tapak band2 baru bercampur gergasi2 lama.

4

Lagi berkenaan sebuah kompilasi yang muncul pada tahun 2000. Dikeluarkan oleh Posse Record dan di distribute oleh NSR. Kompilasi yang dibarisi band2 yang telah maju dan mengeluarkan beberapa album (antara lagu2 awal mereka ada dalam kompilasi ini) seperti Seven Collar T-Shirt, Love Me Butch, Lyme (R.I.P), Prana serta terjahan dari band2 lama seperti Infectious Maggots (sebenarnya hanya menampilkan Fathul dan CD Khanzab/CD Naz), Seasonal Abyss (Otai Kodai Sopan), Mental Phobia serta alunan pop dari Flop Poppy. Okey kompilasi ini diberi judul “Family Day”.

Kompilasi Family Day (2000)
Tracklist :
01 – Infectious Maggots – Call My Name
02 – F1 Raskal – Insane
03 – Flop Poppy – No Fun
04 – Mental Phobia – TBC
05 – Prana – Copore
06 – M131X – Trip 999
07 – Seven Collar T-Shirt – Thank Quake
08 – Love Me Butch – Freefall
09 – Nukeparty – 19th Floor
10 – Seasonal Abyss – True Suicide
11 – Lyme – Things That Go Bump In The Night (Halloween Night)
Jika diteliti beberapa nama baru (ketika itu @ tahun 2000) seperti Seven Collar T-Shirt, Love Me Butch, Prana merupakan antara band2 yang telah berjaya meriliskan beberapa buah album setakat ini. Istimewanya album ini kerana track2 yang terdapat didalam kompilasi ini tidak terdapat didalam mana2 album mereka. Boleh juga dikatakan atau mungkin juga track2 tersebut merupakan rakaman profesional pertama mereka, mungkin juga zaman mencari identiti muzik..haha. 
Begitu juga dengan Flop Poppy yang melahirkan album penuh pertama berbahasa Inggeris berjudul “A Decade Ago” tidak lama selepas kompilasi ini menerjah pasaran. Untul track bertajuk “No Fun” ini hanya menampilkan Andy secara solo memainkan kesemua instrument (drum programming).
Infectious Maggots tampil dengan track berjudul Call My Name yang mana teknik nyanyian growl dari Fathul mengingatkan zaman album pertama Infectious Maggots dahulu. Namun lagu tersebut kedengaran agak ganjil kerana penggunaan drum mesin. Tidak lama selepas itu Infectious Maggots (sebenarnya projek fathul tanpa ahli2 asal) juga meriliskan sebuah album bertajuk “Karat Besi Simfoni”.
F1 Rascal.. merupakan individu yang pernah mempopularkan irama rap sekitar 80an hingga 90an dulu. Beliau ialah Joe 4U2C. Membawa konsep rapcore memang bersesuaian kerana ketika itu demam rapcore, nu metal sedang melanda Malaysia. Walaupon membawa konsep rapcore namun track bertajuk “Insane” ini mempunyai kekuatan tersendiri. Ditambah pula dengan sedikit growl ber efek dr Bob KU2 ditengah lagu. Menambah perisa lagu ini kedengaran menarik. Rap dari F1 Rascal masih menyengat!
Mental Phobia yang berpaksikan irama death metal/grindcore dengan track yg agak straight forward. Sebuah lagu tanpa belas kasihan.mempertaruhkan lagu bertajuk “TBC”.
M131X merupakan sebuah projek dari beberapa individu (gua x pernah dengar diorg main gig, mungkin band projek) yang juga terlibat didalam kompilasi ini. dan vocal Syahrul Love Me Butch berada ditahap maksima untuk track bertajuk “Trip 999” ini.
Nukeparty merupakan duo yang membawa music eksperimen. mengingatkan gua pada Mesmerise (band projek jaei Silkhannaz) namun Mesmerise punya susunan music yang lebih tersusun dan juga punya melodi yang indah. 
Seasonal Abyss muncul dengan sebuah lagu bertajuk “True Suicide”. pada gua ini merupakan rakaman profesional pertama mereka kerana hasil rakaman demo serta kompilasi dari label2 kecil yang mereka sertai sebelum kompilasi ini hanya boleh dikatogerikan sebagai rakaman demo. Track bertajuk “True Suicide” ini punya pengaruh Sepultura yang cukup kuat. Namun konsep lagu ini boleh dikira sezaman dengan album Chaos AD. Namun riffing mereka agak sedikit bermelodi (bukan melodic metal) serta penggunaan wah2 pada instrument gitar mengiringi setiap durasi yg agak kosong. Sebuah track yang chorus nya boleh headbang!

Seasonal Abyss – Arbitrage featuring Tabazko

Lyme, sebuah band yg mana line upnya bukan terdiri dari warganegara Malaysia (1 lg band mat saleh disini ialah The Fallen) namun mereka antara perhatian organizer gigs kerana mereka punya kekuatan ketika beraksi secara live! Track bertajuk “Things That Go Bump In The Night (Halloween Night)” menjadi taruhan mereka. Pada gua, sebelum malaysia dilanda demam System Of A Down, band bernama Lyme ini telah awal lagi membawa konsep yg hampir serupa dengan System Of A Down. terus terang gua rasa kekuatan Lyme tidak hanya pada penulisan lagu yang genuise namun pembawaan vocal dari Javier yang boleh mengalunan pelbagai jenis suara adalah tarikan utama Lyme. Mungkin juga terinspirasi dari Jonathon Davis (Korn) atau Serj Tajkian (System Of A Down) yang mampu menghasilkan pelbagai jenis suara dari satu peti suara yang sama. Selepas kompilasi ini, Lyme juga melahirkan sebuah album bertajuk “Oveourothearth” pada 2001.
LyMe – Size Does Matter

Kompilasi ini mungkin agak sukar didapati sekarang namun ianya didatangkan dalam 2 versi iaitu kaset dan cakera padat (CD). Jika anda terjumpa, silalah rembat untuk simpanan peribadi. Sekurang2nya anda bleh dengar bagaimana lagu2 Seven Collar T-Shirt dan Love Me Butch sebelum rilis album penuh masing2.
Selepas Family Day, Posse Record sekali lagi melahirkan sebuah kompilasi iaitu Chaos 2001. Okey nanti gua cerita pasal Chaos 2001 pulak..Dan yang pasti kompilasi2 ini bukanlah diterbitkan kerana penyakit yang berlaku pada label2 besar yang hanya berani meriliskan album kompilasi artis dgn lagu2 hits kerana takut album penuh x laku.. hahaha!!!!

4 thoughts on “Family Day (2000) – Tapak band2 baru bercampur gergasi2 lama.

  1. Gua ada kaset album ni gua beli tahun 2000 pasal lepas gua dengar lagu Flop Poppy – No Fun jadi No 1 dalam carta Malaysia Top 10 English Hitz oleh radio Hitz.FM setiap jam 4 petang hari Ahad and ulang siarannya pada hari yang sama jam 11 malam, gua terus pegi kedai kaset cari album ini.

    Anyway F1 Raskal adalah pseudonym untuk ex-4U2C punya anggota bernama Lan (dalam album ni dia menamakan dirinya Lan Tabazko) dan bukannya Joe kerana Joe lebih dikenali dengan lagu2 solo berentak RnB selepas keluar dari 4U2c..

  2. bro.. album family day 2000 ni ada lg x djual di mana2?? wa mmg layan la lagu2 dlm album tu..dulu beli kaset je.. tp dh barai beb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected