Eldamar – Lost Songs from the Ancient Land [Compilation, 2024]

0
Eldamar Lost Songs from the Ancient Land

Saya mempunyai satu teori berkaitan muzik Atmospheric Black Metal. You can never go wrong mixing it with high fantasy theme. Band-band seperti Summoning, Emyn Muil, Caladan Brood atau Belore adalah contoh yang berjaya membawakan gabungan tema ini. Dan semestinya Elmadar, sebuah projek solo Atmospheric Black Metal dari Norway. Saya berkesempatan mendengar kompilasi demo dan unreleased tracks Eldamar yang berjudul Lost Songs from the Ancient Land diterbitkan melalui Northern Silence Productions.

Eldamar lineup

Kompilasi ini sekadar menyenaraikan 3 lagu sahaja namun memakan durasi lebih 40 minit, memandangkan Eldamar memang cenderung memainkan lagu yang panjang-panjang for the obvious reason; jadi sedramatik yang mungkin. Memandangkan kompilasi ini sekadar bertaraf demo, kualiti rakaman dan adunan adalah sekadar work in progress dan mendemonstrasikan idea sahaja. Trek pertama, ‘Hagalaz’ dipetik daripada split album dengan Dreams of Nature. Hagalaz is just like any other Eldamar tracks, mid tempo Atmospheric Black Metal, dengan gitar menjadi wall of sound, ambient keyboard yang menjadi peranan utama memandu melodi dengan paduan laungan ethereal female vocals (tak pasti sama ada ini vokal sebenar atau dihasilkan dengan software) dan wordless male screaming. Buat yang tak tahu, Eldamar tidak mempunyai lirik dan vokal dimanfaatkan sebagai another instrument dalam komposisinya. Kinda reminding of Unreqvited in some ways. Struktur Hagalaz is again, pretty much like any other Eldamar song; repetitive dan bertujuan membangkitkan feel epik.

Entering Eldamar kedengaran sedikit berbeza dengan stail Eldamar hari ini dengan gaya vocals yang menjurus kepada terlolong ala DSBM, rather than a Nazgul shriek.

Trek kedua adalah versi demo Spirit of the North (yang dimuatkan dalam debut albumnya). Perbezaan trek ini dengan versi akhir adalah ketiadaan vokal wanita dan kualiti mix yang flat. Ketiadaan ethereal vocals sebenarnya made a huge difference jugak memandangkan trek ini terasa agak bare, tambahan pula drum machine kedengaran sangat obvious. Trek terakhir merupakan unreleased track yang didakwa the first Eldamar track ever yang ditulis. Entering Eldamar kedengaran sedikit berbeza dengan stail Eldamar hari ini dengan gaya vocals yang menjurus kepada terlolong ala DSBM, rather than a Nazgul shriek. Dari segi struktur pula, it’s pretty much recognizable dan somehow menjadi template untuk songwriting Eldamar. 

It’s a good to have in collection, but not necessarily make any difference.

Sebagai pendengar Eldamar yang kasual, saya merasakan kompilasi ini tidaklah add anything new kepada portfolio projek solo ini, hanya sekadar add-on kepada terbitan yang telah pernah dikeluarkan. Personally, saya menjangkakan trek-trek demo yang lebih raw, wildly different from the end products atau at least mempunyai tendency untuk bereksperimen, but I guess Eldamar lebih selesa play safe untuk setiap fasa produksinya. It’s a good to have in collection, but not necessarily make any difference.

Lost Songs from the Ancient Land kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Summoning, Belore, Caladan Brood, Emyn Muil

Ikuti Eldamar di media sosial:

Facebook

bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected