Dissectomy – New Tyranny Unsurpassed (2015)

0

Dissectomy merupakan sebuah band yang berpaksikan irama Death Metal ini telah wujud sekitar 2003. Menghasilkan sebuah EP bertajuk Tribulation pada 2006 dan terlibat dalam sebuah kompilasi band2 Pulau Pinang bertajuk Penang Metal Tyrant Vol 1 pada 2008, Dissectomy juga telah melalui beberapa fasa penukaran line up sehingga formasi terbaru ini menggabungkan beberapa musician bawahtanah tempatan disamping Leon yang merupakan line up asal sebagai tunjang kepada nyawa Dissectomy. New Tyranny Unsurpassed adalah buah tangan terbaru dari Dissectomy yang mana gua agak sedikit excited untuk mengetahui bagaimana music terbaru Dissectomy bersama line up terbaru ini.

Adzrin Daharie – Lead/Rhythm Guitar, Fariz Azmi – Drums/Percussions, Leon Low – Bass/Lead Vocals, Jaafar Sadeq – Lead/Rhythm Guitar
Artwork/Layout oleh Mike Priest
Tracklist :
1 – Retribution
2 – Immersed In Cardinal Filth
3 – Prophecy: A Lunatic’s Litania
4 – An Ancient Treachery
5 – As Hatred Devours
6 – Deliverance
7 – Al-Qiyamah: The Arcane And The Inevitable
8 – Of Wrath And Impalement

New Tyranny Unsurpassed melalui proses rakaman di Greenhouse Studio Ampang Selangor oleh Tom Bollocks dan Soundmaker Studio oleh Cole Yew. Manakala proses mix dan mastering dilakukan oleh pemain gitar band ini iaitu Dark-E. New Tyranny Unsurpassed telah dikeluarkan sendiri oleh Dissectomy.

Secara teknikalnya New Tyranny Unsurpassed terdiri dari sebuah intro, sebuah track instrumental dan 6 track berlirik. Prophecy: A Lunatic’s Litania, As Hatred Devours, Delivereance (instrumental) dan Al-Qiyamah: The Arcane And The Inevitable adalah track terbaru. Sebuah track dari EP 2006 bertajuk Of Wrath And Impalement telah melalui proses rakaman semula juga seperti 2 buah track Immersed In Cardinal Filth dan An Ancient Treachery (kalau tak silap gua telah melalui sesi rakaman oleh Azim Herriot di Alor Setar satu masa dahulu) yang pernah gua dengar melalui laman Myspace mereka. Prophecy: A Lunatic’s Litania merupakan antara track pilihan gua selain Al-Qiyamah: The Arcane And The Inevitable yang sememangnya unik (dari segi lirik) dan mood lagu yang benar2 brutal, kejam dan punya pengaruh music arab bersesuaian dengan tema track ini.

Keseluruhan boleh disimpulkan ada penampakkan kematangan dari segi penulisan lagu2 jika dibandingkan dengan rilisan terdahulu. Dari kontek music, jika dahulu Dissectomy lebih menjurus ke arah At The Gates dan sedikit sahaja pengaruh Behemoth, terkini gua boleh katakan pengaruh Morbid Angel sangat kuat dalam penulisan lagu terbaru ini, juga sedikit bau2 Behemoth serta riffing2 yang kearah arabic scale. Dari segi sound produksi, New Tyranny Unsurpassed boleh dikira antara hasil yang bagus dan tidak mengecewakan. Ini rakaman profesional serta pakej pro-printed CD, cover sleeve adalah harus dijadikan rujukan kepada band2 tempatan yang bakal meriliskan material 1 hari nanti.

New Tyranny Unsurpassed (2015) boleh didapati dengan harga RM20 by hand atau RM27 (Semenanjung) dan RM30 (Sabah/Sarawak). Support mereka kerana ini antara hasil terbaek dari band tempatan setakat 2015 ini. Hubungi Dissectomy melalui link2 yang disediakan dibawah promo video ini.

Dissectomy – An Ancient Treachery (Promo)

Email
Facebook
Reverbnation 
Myspace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *