Chelation Intoxication – Dismemberment (XVIII) (EP 2013)
Mungkin sedikit terlewat review ini memandangkan Chelation Intoxication bersama label aktif Grundar Productions telah meriliskan EP bertajuk Dismemberment (XVIII) ini pada penghujung 2013 yang lepas. Tidak terlalu lama dan tidak terlalu baru tarikh rilisnya EP ini, Chelation Intoxication dilihat sebagai satu nama baru dari Kedah Darul Aman yang tampil dengan genre berat sebegini yang mengingatkan gua pada Sardotical Scoundrel (RIP) dari negeri yang sama dan jaguh Goregrind KL iaitu Sick Society. Namun Chelation Intoxication pada gua lebih berat kearah genre Slamming Brutal Death Metal, sebuah genre yang agak gagah untuk band2 yang tumbuh rancak di Indonesia. Berbekalkan sebuah demo pada tahun penubuhan iaitu 2011, Chelation Intoxication sudah mula berani menjelajah pelusuk semenanjung untuk mempromosikan music mereka.
Dismemberment (XVIII) telah melalui proses rakaman di CxIx DIY Studio Jitra, Kedah darul Aman sekitar Mac sehingga Ogos 2013. Proses mixing dilakukan sendiri oleh Fiq, Rxth dan CxIx. Cover song dari Encephalopathy pula telah dirakam sekitar November 2012.
Pengenalan music Chelation Intoxication untuk EP ini dimulakan dengan Intro sample bunyian seakan mencari channel radio sebelum disambung dengan track kedua bertajuk Erotophonophilia Disorder yang mana bermula dengan alunan lagu pop 80an dan…. berakhir di durasi 0:39 dan bermula music berat beserta nyanyian (gua xpasti sesuai ke x disebut nyanyian..hahaha) pig squeal yang sukar sekali nak tangkap sebutannya walaupun gua memegang cover sleeve CD yang punya lirik nya. Haha..
Dismemberment (XVIII) merupakan selftitle track untuk EP ini. Bermula dengan riffing yang agak “mabok” beserta suara babi dialunkan sebelum hentakkan pedal drum seakan menguasai lagu. Menarik dipertengahan track diselit dialog bacaan berita berkisar pembunuhan kejam sebelum music kembali mengerang bersama erangan vocal.
Kemustahilan Dalam Kekejaman merupakan track yang turut diselitkan didalam kompilasi A Blasting Of Malaysian Death & Grind Companion yang dikeluarkan oleh Grundar Productions yang memuatkan 21 buah band tempatan. Masih dengan mood yang sama seperti 2 track awal, tampak Chelation Intoxication sudah punya trademark dan tatacara penciptaan lagu untuk music mereka tersendiri. Juga selingan sample dialog filem Allahyarham P Ramlee di pertengahan track.
Kisah Si Kannibal Penjual Sate merupakan satu2 nya track yang menggunakan Bahasa Melayu untuk keseluuhan lirik. Agak komedi tajuk track ini namun music nya tetap brutal dan tiada belas kasihan.
Track terakhir yang merupakan track saduran dari band Encephalopathy bertajuk The Sad Story About the Rotten Head in My Fridge. Ok, yang gua perasan sound produksi track ini agak sedikit berlainan dari track2 awal. Cara pembawaan lagu cover ini juga masih sama seperti track2 awal.
Pada gua Dismemberment (XVIII) merupakan antara keluaran tempatan yang agak ribut dan jarang sekali genre sebegini dibawa oleh local band. Mungkin gua boleh menyebut Sick Society sebagai antara band yang membawa genre sebegini dan masih kekal dengan Gore Grind nya. Ok, satu lagi band mungkin Butcher Busted dari Pulau Pinang. Gua juga beranggapan Chelation Intoxication berjaya dengan genre sebegini kerana dalam pemerhatian gua, kebanyakkan band2 baru berada dalam kekeliruan diantara Slamming dan Deathcore yang rata2 punya riffing breakdown yang melampau. haha..
Ok, kepada penggemar music yang liriknya sukar dihadam dan berkisar pasal mengisar daging (hahahaha), anda boleh dapatkan Dismemberment (XVIII) dengan harga RM15 melalui label Grundar Productions (link disediakan dibawah video ini). Beberapa link turut kami sertakan untuk anda mengenali band anak muda yang kejam dengan mimpi2 berdarah mereka. Gua rasa anak2 muda ini wajar diberi perhatian!
Chelation Intoxication
Reverbnation
Youtube
Grundar Productions
Official Website