Central Disposal – Central Disposal (2014)

0

Menurut apa yang dinyatakan menerusi laman facebook band yang membawa konsep Thrash Metal ini, Central Disposal ini telah ditubuhkan sekitar 2004 dahulu. namun mereka hanya menemui pemain drum pada 2007. Central Disposal mula memainkan lagu2 cover dari band2 luar seperti D.R.I, Nuclear Assault, Anthrax namun masalah kembali muncul apabila berlaku pengunduran diposisi drummer. Setelah kemasukkan drummer baru, Central Disposal mula serius mencipta lagu2 sendiri serta giat mempromosikan band mereka menerusi siri2 gig tempatan. Pada 2012, Central Disposal menghasilkan single mengandungi 2 buah lagu sebelum ke studio untuk merakam album penuh menggunakan nama band iaitu Central Disposal sebagai tajuk album yang rilis baru2 ini.

 A. Ihnsahn (Guitars), Roi (Guitars), Jepp (Vocals), Mad SD (Drums)

 Artwork oleh Mazli
Karikatur oleh Radzi

Tracklist :

1 – Wall of Fear
2 – Holocene Extinction
3 – Thrash Or Be Thrashed
4 – Toxic Death
5 – Thrashing Hour
6 – Hostile World
7 – Mindwars
8 – Under Attack
9 – Liege of Inveracity
10 – Deathrow

Album penuh ini melalui rakaman di Hotsound Studio, Kuala Lumpur. Proses rakaman dan adunan di selenggara oleh Zahid sekitar April 2010, Julai 2010 dan April 2011, mana kala proses mastering dilakukan oleh Staff Mastering, USA.

Wall of Fear bermula dengan sedikit sample sebelum track bermula. Persepsi pertama apabila mendengar, gua terhidu bunyian Thrash Metal yang lebih ke arah Crossover seperti mana mendengar Anthrax, D.R.I dan gaya nyanyian Jepp seakan Municipal Waste. Untuk track pertama ini basic riffing gitarnya boleh dikatakan tipikal Thrash Metal seperti mana mendengar Kreator, Violator dan band2 yang disebut tadi. Solo gitar yang memang menggigit!

Holocene Extinction agak ribut pada verse pertama dikala Jepp mula melontar vokal nya. Masih punya mood seperti track pertama. Paling menarik double solo gitar yang menyerang kiri kanan stereo side.

Thrash Or Be Thrashed kena betol music dan tajuk track ini. Terasa seperti mendengar lagu Thrash Metal dari band2 latin pulak. Gua rasa pengaruh Violator agak kuat disini. Tidak terlalu ribut riffing nya tapi kena dengan mood serta lirik. Sekali lagi, solo gitar memang sedap dan x perlu terlalu menonjol2 untuk genre sebegini.

Track ke 4 bertajuk Toxic Death ni dari awal lagi dah ribut dan siap shout menyebut tajuk lagu lagi. Track yang rancak lebih sikit dari track2 terawal tadi. Cuma sesuatu yang gua perasan perulangan riffing yang sangat kerap sepanjang lagu.

Thrashing Hour agak mendatar pada awalannya, cuma apabila verse pertama muncul ia benar2 Thrash tapi belum capai tahap boleh bikin havoc pentas live. Ini track paling berdurasi pendek untuk album ini.

Hostile World bermula dengan riffing serta hentakkan twin pedal dari drummer sebelum kembali ke gaya Thrash Metal yang asli. Sahutan backing vocal untuk chorus lagu ini juga satu tindakan bijak dalam komposisi lagu sebegini.

Mindwars gua rasa paling kacau bilau dan boleh bikin bergegar stage jika dibawa secara live. Ini benar2 Thrash!!!! Bila dengar dengan teliti gua rasa ada sikit2 bau Crossover dalam track ini. Ok, ini track pilihan gua. Solo gitar pun cukup kena dengan kerancakan track ini.

Under Attack seakan menyambung kekacau bilauan track terdahulu. Entah kenapa tetiba track2 suku terakhir ini sengaja disusun untuk lebih tambah tenaga gua untuk menghentak2 kaki mengikut alunan groove dan riffing track ini. Best!!! Track kedua terbaek pilihan gua! Hahahaha

Liege of Inveracity agak mendatar permulaan nya sesuai juga dengan solo yang diselitkan bersama sebelum vokal mengambil bahagiannya dalam verse pertama. Keistimewaan track ini gua rasa ia nya catchy, mudah diingat riffing bersahaja nya dan kalau top sesuai dinyanyikan bersama oleh crowds jika ada yang menghafal liriknya.

Deathrow track terakhir yang juga merupakan track kedua terpanjang durasi yang mencapai 5 minit lebih. Ini track terakhir gua boleh kata ada flow huru hara, bersahaja dan punya komposisi yang bagus walaupon masih pekat Thrash Metal nya.

Album penuh ini pada gua punya kualiti sound produksi yang sangat bagus, profesional dan boleh jual ke pasaran luar negara. Bila berulang-ulang kali gua putar CD ni gua rasa ianya best dan mengingat kembali era Thrash Metal Bay Area.. kemudian gua teringat pula band2 Thrash Metal dari negara2 latin.. Ya, ada pengaruh kuat juga. Kepada yang sukakan Crossover mungkin ada sedikit tempias tapi xde lah sama macam anda dengar Municipal Waste walaupun vocal punya style tu dah ada sikit2. Seperkara yang pasti, gua cukup “feel” bila dengar album ni dengan level bunyi yang tinggi. Kalau slow x berapa “tangkap”.. so sila pulas knob volume anda ke tahap maksimum! Hahaha..

Ok, album pertama yang turut menggunakan nama band iaitu Central Disposal ini boleh dibeli dengan harga RM20 by hand dan RM26 melalui pesanan pos. Ok, support local band dengan membeli CD mereka.

Under Attack – Versi Promo 2012

Central Disposal
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected