Catarrh – Wine of Inamria (1994)
Sebuah band yang kembali memeriahkan pentas2 gig tempatan. Mereka bermula awal dan aktif menghasilkan demo serta EP pada awal hingga pertengahan 90an.Sehingga rilisnya demo Night Flight pada 1996, Catarrh tidak menghasilkan sebarang material sebelum kembali memeriahkan pentas2 gig pada pertengahan 2000. Ok, kali ini DtE ingin membuat review ringkas berkenaan Mini LP yang dikeluarkan oleh Sonic Asylum Records pada 1994 yang diberi tajuk Wine of Inamria.
Wine of Inamria melalui proses rakaman di Womensfart Studio dan sebuah track berjudul Emptiness Laughter dirakam ketika gig An Epidemic of Darkness pada 5/12/1993 di Seremban. Producer untuk mini album ini adalah Ajak dan Moon merangkap sound engineer dan juruadun.
Track pertama bertajuk Journey To The Center Of The Earth. Bermula dengan riffing yang agak bermood seakan komedi tetapi berubah menjadi serius apabila vocal memulakan ngauman. Agak old skool susunan lagu ini. Terdapat solo yang tidak perlu bergulung2 arpegio nya kerana solo sebegitu sudah cukup untuk mood lagu sebegini.
Pandemic Aggression Of Kpala Kothyr sebuah track yang agak sedikit vulgar tajuknya.hahaha. Masih seperti track pertama mood lagu nya. Kekuatan lagu ini mungkin pada ngauman vocalist mereka.
Crematarium Upon The Hill Side menjadi track ketiga. Menggunakan shout dalam penyampaian nyanyian dan diselangi sedikit ngauman Journ untuk bahagian growl.
Jailhouse Rot merupakan sebuah lagu saduran dari Elvis Presley. haha apa boleh cakap???? versi ni bleh bikin mayat Elvis bangun dari kubur woo.. haha. Lagu ini ada sedikit persamaan seperti lagu sebelum dalam cara penyampaian vocal. Riffing yang sedikit memberi tekanan serta solo gitar yang lebih berani untuk track ke tiga ini.
Destrventive Creation pada gua mungkin ada sedikit typo dalam ejaan. Merupakan lagu yang turut terdapat didalam kompilasi dark Live Collection terbitan Dark Journey Records. Tapi mungkin versi ini lebih raw berbanding versi Dark Live. kalau ikut tajuk dalam Dark Live pun lain iaitu Sense Of Stimulation.
Emptiness Laughter (Live) yang juga merupakan track yang terdapat dalam kompilasi Dark Live diambil dari rakaman persembahan live gig An Epidemic of Darkness pada 5/12/1993 di Seremban. Jika diteliti track ini berllainan sama sekali seperti apa yang terakam di dalam Dark Live. Cuma seakan sama pada bahagian solo gitarnya. Keistimewaan lagu ini ialah pada permulaan dan penutup lagu apabila riffing berbunyi anthem sebuah negeri di Semenanjung Malaysia (Negeri Sembilan atau Johor wa pun x brapa pasti..)
Keseluruhan mini album ini masih boleh dibanggakan pertama kerana ianya merupakan rakaman pertama Catarrh. Melabelkan music bawaan mereka sebagai Non-Technical Metal struktur susunan lagu2 mereka agak ringkas dan masih teguh dengan formasi 4X4 seperti yang dilakukan band2 terawal underground tempatan dan juga luar negara. Mungkin ada sedikit pengaruh dari band2 lama seperti Sepultura, Slayer namun ianya tidak keterlaluan. Catarrh punya ramuan music mereka sendiri. Mutu rakaman tidak boleh dikategorikan sebagai terbaek kerana pada zaman ini mutu penghasilan album2 indiependent yang tidak berpayung dibawah label2 besar hanya punya sound produksi sebegini. namun ianya sudah mencukupi untuk pendengar menjadikan mini album ini antara rilisan yang sudah di anggap RARE masa kini.
Ok, terkini Catarrh dalam penghasilan album baru dan mereka masih lagi aktif dalam persembahan pentas. Untuk menghubungi atau mengenali catarrh anda boleh menghubungi mereka melalui beberapa url yang disediakan dibawah video live mereka ini.
bestest. aku berpeluang untuk mengenali jorn dan juga menjadi sesionist untuk Catarrh/Torch suatu masa dulu.
aku mis album Night Flight.. kaset tu susah dapat.. sekarang lagi payah.. aku suka Wine of Inamria & Night Flight. apa2 pun kena tunggu album baru diorang seperti yang diwar2 dalam Karisma.
Cant wait for their new album! Harap masih mengekalkan konsep lama…