Catagaxian – Painless (EP 2014)

0

Catagaxian merupakan sebuah band yang telah tertubuh sekitar 1999 dibawah nama Rasian. Walaupun telah menghasilkan rakaman pada 2005 namun masalah pertukaran line up telah menyebabkan hasil rakaman tersebut terperap sekian lama dan tidak dapat dikeluarkan. Pada 2013, Catagaxian telah memulakan reformasi terbaru dengan kemasukan 2 orang line up untuk kembali menghangatkan scene bawah tanah tempatan. Satu fakta berkenaan band ini ialah mereka masih tidak punya pemain drum tetap. (drummer diluar sana jika berminat sila kontek band ini..haha). Painless (EP 2014) merupakan buah tangan terbaru dari Catagaxian dimana ia memuatkan 4 buah lagu yang menandakan mereka kini bersedia untuk perjuangan yang tertunggak sebelum ini.

 Besar (Bass), Yas Ilyassa (Gitar), Chipan (Vocal)

Design oleh Orange Munkee
Tracklist :
1 – Overtune 666
2 – D.I.E (Dust In Earth)
3 – Enemy
4 – Painless

Painless (EP 2014) dihasilkan melalui rakaman home studio manakala 2 buah track bertajuk Overtune 666 track drum nya dirakam di Retrax Studio, dimainkan oleh Azim (Herriot) dan Painless dimainkan oleh Azzrien Warmbeat. Rakaman vocal dilakukan di Josh Cafe. Proses adunan dilakukan oleh Yas Ilyassa manakala Dark-E bertanggungjawap untuk proses mastering.

Overtune 666 sebagai track pengenalan music Catagaxian pada gua didominasi oleh riffing gitar pelbagai dan hentakan drum yang padu. Ok, nampak unsur guitar-hero jelas kedengaran dari solo2 gitar yang boleh dibanggakan dari track ini. Elemen Thrash, Death Metal dan Technical diserapkan didalam track ini.

D.I.E (Dust In Earth) bermula dengan riffing menarik sebelum kesemua instrument menyerbu. Ok, ada percubaan bermain off-beat didalam susunan lagu. Sebuah track yang agak payah rasanya untuk dimainkan secara live kecuali dengan latihan yang kerap dan memerlukan penelitian yang penuh. Solo gitar ada jiwa dan kena dengan mood lagu.

Enemy punya starting ni macam agak familiar sikit riffingnya (pada telinga gua tapi gua lupa lagu apa yg gua dengan similiar dengan riffing ni) dan ada bau2 At The Gates untuk verse pertama. Memasukkan feel-in serta solo dalam certain part didalam track ini nampak agak “selamat” kerana pengulangan riffing (walaupun progression nya mencabar) turut boleh membosankan. Solo gitar masih dalam kadar terbaek dan pada gua Yas Ilyassa berjaya menjiwai setiap solo gitarnya dengan mood lagu dengan baek sekali. Ok, gua andaikan beliau mastermind dalam penghasilan lagu2 Catagaxian. Haha..

Painless ni gua boleh kata track ini agak “radio friendly” (haha gua rasa xsesuai kot istilah radio friendly untuk music sebegini) dan paling x kejam seperti track2 terdahulu.Walau bagaimana pun teknikal part dalam riffing masih menjadi intipati dalam penciptaan track ini. Mungkin ini track yang agak “ringan” kerana kedengaran ada pengaruh Speed dan Thrash Metal.

Untuk sound produksi mungkin belum mencapai tahap profesional album tambahan dengan beberapa track yang agak berlainan atmosfera bunyian rakamannya. Gua harap untuk next material Catagaxian akan cuba menghasilkan sound produksi yang paling berkualiti kerana music sebegini memerlukan penonjolan dalam sound produksi nya.

Keseluruhan gua boleh simpulkan Catagaxian adalah unit baru yang perlu diberi perhatian. Yas Ilyassa harus diberi kredit untuk permainan gitar yang padat dengan idea riffing dan solo gitar yang berjaya menjiwai mood keseluruhan lagu dan rhytm gtar nya. Vocal mungkin perlu lebih usaha untuk menonjol dengan cara nyanyian yang gua rasa boleh dipertingkatkan lagi. Bassist walaupun cuba menandingi progression chord dari gitarist namun perlu lebih usaha dalam penghasilan tone yang lebih baek untuk next rekoding. (ok, gua suka tone bass Putrefied Remains dan Morggorm untuk product tempatan.memang keluar tone bass 2 band ni..haha)

Painless (EP 2014) didatangkan dalam format pocket CD yang agak profesional, namun untuk album akan datang mungkin Catagaxian perlu menitikberatkan hal ehwal pressing CD kerana sebaiknya untuk lagu2 komposisi begini yang agak bagus bersesuaian sekali pakej yang disertakan adalah 100% profesional. Ok, Painless (EP 2014) boleh didapati dengan harga RM10. Hubungi Catagaxian melalui laman sesawang mereka yang kami sediakan dibawah ini.

Catagaxian – Painless (EP 2014)


Facebook
Reverbnation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected