Carburetor Dung – Inginku Rejam Raksasa Kejam (2012)

1

Carburetor Dung, band penuh sensasi apabila pertunjukkan pentas mereka pernah menjadi penghias dada2 tabloid. Setelah sekian lama tidak menghasilkan album atau EP rasmi, pada tahun ini Carburetor Dung muncul dengan sebuah album terbaru dalam bentuk CD bertajuk Inginku Rejam Raksasa Kejam dan pada penghujung 2011 iaitu sekitar November, album ini telah pun berada dipasaran sebenarnya dalam bentuk piring hitam.

Line up Carburetor Dung

Alak – Vocal
Joe Kidd – Guitar
Tom Bollock – Guitar
Fendi – Bass
Bullet – Drums

Artwork diadaptasi dari “Kerbau” oleh Yee I-Leen

Tracklist :
 1 – Mata Buta
2 – Potong Nama, Tutup Buku
3 – Semua Sama, Semua Bosan
4 – The Fine Line Of Numb
5 – Hanturaya Putrajaya
6 – Punk Gampang
7 – Aku, Buku & AUKU
8 – Macam Celaka
9 – Aku Mahu Jadi Anjing Mu

Inginku Rejam Raksasa Kejam pada asalnya telah melalui proses rakaman secara live pada 3 dan 4 Jun 2007 lagi (dah lama jugak sebenarnya..) bertempat di Dreamwalk Studio. Mohd Nazri Yusof (Lab) merupakan sound engineer dalam rakaman ini. Proses adunan dilakukan oleh Bullet dan Carburetor Dung sendiri di Ricecooker Shop sekitar Januari 2009. Proses mastering dilakukan oleh Dan Randall dari Mammoth Sound Mastering, California pada Ogos 2011. Kesemua lagu kecuali Aku Mahu Jadi Anjing Mu di cipta oleh Joe Kidd dan Carburetor Dung. Kesemua lirik dihasilkan oleh Joe Kidd. Inginku Rejam Raksasa Kejam versi CD diriliskan oleh Alternative Garage Entertainment pada Februari 2012. * versi LP 10″ dirilis oleh F.A.M.E.D Records, Berlin German.

Mata Buta sebuah track penuh kemarahan berdurasi 48 saat memulakan pengenalan untuk album ini. Sebuah lagu yang berunsur politikal yang kental.. Errr..album ni memang politikal abisss!!!

Potong Nama, Tutup Buku juga sebuah track yang rebel. Lirik yang seakan ditujukan kepada pemimpin2 yg punya kuasa menutup kes2 tertentu. Juga sebuah lagu yang laju.

Semua Sama, Semua Bosan bermula dengan sample bercakap dari seorang pemimpin dihadapan rakyatnya. Mood dan tempo lagu masih seperti dua lagu terawal. Sekali lagi sample dialog digunakan untuk tengah2 lagu.

Satu2 nya track berbahasa inggeris untuk album ini bertajuk The Fine Line Of Numb. Ok apabila mendengar sahaja lagu ini mengingatkan pada album pertama Songs For Friend. Mood dan feel yang sama masih dikekalkan dan mungkin juga ini merupakan lagu lama yang dicipta ketika zaman album pertama dahulu. Cuma pada pertengahan lagu agak sedikit berlainan mood nya namun pengakhiran lagu masih didalam mood seperti verse awal tadi.

Hanturaya Putrajaya merupakan antara track yang bertempo perlahan. Alak seakan bersajak di dalam lagu ini.

Punk Gambang merupakan track paling pendek iaitu berdurasi 33 saat. Haha sebuah fast song yang selambek!

Aku, Buku & AUKU jika diperhatikan pada liriknya agak sinikal tetapi mesej yang cuba disampaikan agak berat kearah politikal dan sistem pendidikan tanahair.

Macam Celaka antara track pilihan gua dari album ini. Melodi yang catchy serta penyampaian vocal yang bersesuaian dengan lirik yang disampaikan melalui nyanyian Alak. paling menarik bassline oleh Fendi yang berbunga2 di setiap perubahan note.

Aku Mahu Jadi Anjing Mu merupakan track tambahan yang terdapat dalam versi CD. Track ini tidak terdapat didalam versi vinyl 10″ yang dikeluarkan oleh sebuah label dari German.

Keseluruhan album ini boleh dibanggakan dan kesemua instrument berada dalam tahap terbaek dan sound punk masih jelas kedengaran secara keseluruhannya. Tidak salah kiranya konsep musical Carburetor Dung masih tidak berubah seperti album sulung mereka Song For Friends pada awal 90an dahulu. Cuma perubahan ketara pada lirik dimana hanya track ke 4 iaitu The Fine Line Of Numb menggunakan bahasa inggeris. Lirik yang 100% dihasilkan Joe Kidd agak berbeza dari apa yang pernah mereka hasilkan dalam rilisan2 sebelum ini. Untuk Inginku Rejam Raksasa Kejam, lirik2 berbau politikal dihasilkan dengan radikal sekali bersesuaian dengan situasi politik tanahair.

Seperkara lagi yang wajib dinyatakan berkenaan packaging CD ini. Kreativiti dan pakej yang disertakan untuk pembeli CD ini adalah sangat berbaloi kerana ianya dikeluarkan dalam bentuk box (macam kotak ubat nyamok tu..) dan didalamnya disertakan sebuah giant poster, patches, sticker dan pakej CD berbonus track yang tiada dalam versi LP iaitu track bertajuk Aku Mahu Jadi Anjing Mu. Cover sleeve juga simple tetapi punya isi yang menarik. Setiap lirik disertakan terjemahan dalam bahsa inggeris juga untuk track berbahasa inggeris iaitu The Fine Line Of Numb juga diterjemahkan ke bahasa Melayu.

Kotak CD
CD
Sticker + CD + Packaging Box
Giant Poster saiz A2 (42cm X 56cm)
Ok Inginku Rejam Raksasa Kejam boleh didapati dengan harga RM25 dengan pembelian diatas tangan atau RM30 secara pos. Procedur pembelian secara pos boleh di baca di sini (KLIK SINI). Untuk pembelian format LP atau piring hitam (10″) mungkin anda perlu berhubung terus dengan Ricecooker atau (gua terjumpa sebenarnya) Basement Rekordz yang menjual LP ini di malaysia dengan harga RM50. Tidak perlu diperkatakan apa2 lagi berkenaan pakej ini. Tidak rugi memilikinya. Haha..
Untuk pembelian atau sebarang urusan, anda boleh menghubungi Carburetor Dung melalui laman sesawang mereka di bawah preview song ini.

1 thought on “Carburetor Dung – Inginku Rejam Raksasa Kejam (2012)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected