Atilia – Indah (2010)

0

Lama jugak kami bergelumang dalam review2 music berdistortion, dan lama jugak kami x tampil dan mencabar diri dengan review2 dari genre bertempo perlahan dan music mesra pendengar iaitu Pop!!! Ya, kali ini gua saja nak kupas pasal sebuah album tahun 2010 yang gua rasa rata2 pembaca mengenali penyanyi kecik molek bernama Atilia ini setelah beliau berduet bersama Monoloque untuk lagu bertajuk Kekanda Adinda. Gua cuba selongkar sikit pasal Atilia ini dan Atilia ni sebenarnya sudah punya 2 buah album iaitu yang pertama nya bertajuk “Sangkar” pada 2007 dan pada 2010 pula dengan album kedua bertajuk “Indah”. Album kedua ini juga sebenarnya telah sampai di pasaran Indonesia.

Art director dan layout design oleh Muid Latif
Design assistant oleh Rizal Effendie
Tracklist :
1 – Indah
2 – Harus Bagaimana
3 – Terindah Pilihanku
4 – Gelombang
5 – Selain NYA
6 – Old Love
7 – Leka
8 – Change
9 – Angel
10 – Silly Little Things

Indah boleh gua katakan melalui proses rakaman, editing, adunan dan mastering di pelbagai studio dari Malaysia sehingga Indonesia (banyak kalau gua nak list kan..hahaha) Juga album ini menggunakan tenaga kerja teknikal yang hebat2 dan yang gua nampak CL Toh berada di penghujung kerja2 teknikal iaitu sebagai mastering engineer. Musician2 yang terlibat juga merupakan antara nama2 profesional seperti Ujang, Steve Thornton, Lewis Pragasam, Jamie Wilson dan beberapa musician Indonesia yang gua x berapa fimiliar dengan nama2 mereka. Ok, ayuh berbicara pasal album ini..

Ok, gua cuma nak review secara menyeluruh untuk album ni setelah beberapa kali CD ini diputarkan. Ada beberapa buah track yang menyaksikan Atilia berduet bersama vocalist undangan seperti track kedua Harus Bagaimana dimana menampilkan Maliq and D’Essentials, iaitu sebuah band dari Jakarta yang membawa aliran Jazz dan Soul. Juga Noh Salleh iaitu vocalist band Hujan turut berduet didalam track bertajuk Old Love. Noh turut terlibat daalm memperkenalkan band Sore yang juga dari Indonesia yang turut tampil dalam track terakhir bertajuk Silly Little Things.

Gua juga beranggapan Atilia bukan calang2 penyanyi (malah masa album pertama Atilia siap jadi composer cipta 6-7 lagu sendiri lagi..) dimana gua perasan beliau ada cuba berbagai rentak hingga ada lagu yg berbau cha-cha, basanova..

Atilia – Angel (Petikan dari filem Talentime)


Gua dengar lagu pop selambe jugak si Atilia ni bedal. Cuma untuk track2 akustik dan guna piano memang nampak aura Atilia ni. Contoh soundtrack filem Talentime yang dimuatkan di sini iaitu Angel memang menampakkan bagaimana Atilia berjaya mengalunkan melodi vocal dan lengguk nyanyian nya pada tahap yang cukup bagus dan beremosi. Memang nampak ada soul bila beliau nyanyi lagu tu.

Untuk kualiti rakaman, gua malas nak komen lebih2 sebab ini bukan album cikai atau pre-rekoding. Dengan tenaga kerja, sessionist yang power2 dan studio2 rakaman terlibat yang hebat2, gua boleh cakap sound jangan lah cuba2 nak kondem. Hahaha.. 

Atilia – Indah (Official Video)


Indah yang berformat profesional poket CD (3 fold) boleh dibeli dengan harga RM30 jika melakukan pembelian secara pos melalui email ini (klik untuk email) atau mungkin lebih murah jika beli by hand di toko2 music. Apa yang gua pasti album ini berbaloi untuk dibeli kerana packaging yang cantik dan profesional. Disertakan juga cover sleeve berserta lirik dan penerangan berkenaan album ini. Untuk ringan2 kepala boleh dapatkan album ini. Gua rasa Atilia memang ada bakat dan bukan tergolong dalam rangkaian penyanyi2 tangkap muat. Terima Kasih.

Official Website
Facebook
Twitter
Soundcloud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected