Anathema – Falling Deeper (2011)

4
O hai amacam lu orang punya akhir tahun? Ada berita baik? Bonus confirm 4 bulan? Dapat trip pergi London? Naik pangkat? Tukar kerja baru? Bini pregnant? Cool. Jangan tanya gua. Hidup gua serabut. Kalau Contramen takpa, dia dah naik pangkat jadi laki orang kahkah!
Okay lah memandangkan gua dah lama sangat tak menulis (disebabkan komitmen terhadap majalah lain, itu kisah lain), Contramen dah banyak ambil alih isi kandungan DtE. Sepemergian gua jugak gua dapati rating pembaca ada naik sikit lah, mungkin jumlah haters Abu pun ramai datang visit semata-mata nak baca dan gelak (juga kutuk). Suka hati lu oranglah.
Ini kali gua nak review release terbaru band dari Liverpool, dulunya main death/doom sekarang bermain atmospheric rock, ANATHEMA! Tahun 2011 menyaksikan mereka menerbitkan album kompilasi Falling Deeper yang menampilkan koleksi lagu-lagu lama dari zaman mereka jadi mat metal depressive sampailah ke zaman atmospheric rock sekarang. Isitimewanya lagu-lagu ni dirakam semula dengan nafas baru yang lebih moden dan beremosi. Sebenarnya ini adalah reinterpretation lagu-lagu lama dalam bentuk orkestra, jadi lu orang akan dapati sesetengah lagu hanya retain sikit je dari versi asal dan diberi nafas baru.
Sebanyak 9 trek ditawarkan dalam album ini dengan penampilan khas bekas vokalis The Gathering iaitu Anneke van Giersbergen untuk beberapa lagu. Peh, solid okay.
  1. Crestfallen (dari EP Crestfallen)
  2. Sleep in Sanity (dari album Serenades)
  3. Kingdom (dari EP Pentecost III)
  4. They Die (dari EP Crestfallen)
  5. Everwake (dari EP Crestfallen)
  6. J’ai Fait Une Promesse (I Made a Promise) (dari album Serenades)
  7. Alone (dari album The Silent Enigma)
  8. We, The Gods (dari EP Pentecost III)
  9. Sunset of Age (dari album The Silen Enigma)
Untuk pengetahuan lu orang, Falling Deeper merupakan sambungan daripada album kompilasi Hindsight yang juga menampilkan konsep yang sama. Kedua-dua album menonjolkan elemen orkestra serta feedback lead guitar untuk membawa suasana atmospheric dan uplifting, jadi lepas dengar ni lu orang ada rasa macam terawang-awang sikit, rasa emo sikit camtulah kahkah.
Crestfallen menjadi pembuka untuk album ni dengan permainan piano yang melankolik. Mm, bayangkan macam lagu cinta. Tiada vokal utama melainkan vokal latar yang sekadar menyanyikan ‘Falling Deeper’ berulang-ulang kali sampai habis. Mainan orkestra (tak pasti live atau programmed) serta ‘feedback’ lead guitar memberi perisa tambahan atmospheric kepada lagu ni. Ah sedihnya. Damn. Sesuai didengar lepas bergaduh dengan awek.
Sleep in Sanity terus bersambung daripada Crestfallen. Macam lagu sebelum ni, ia hanya menampilkan struktur lagu yang minimal daripada yang asal. Lirik pun hanya berulang-ulang. Oklah tu kan, nak lagu full kalu, pergi dengar original version! Orkestra banyak mendominasi beserta dengan piano. Vokalis wanita Anathema iaitu Lee Douglas bersama vokalis utama Vincent hanya sekadar menyanyikan baris ‘Sleep, I sleep’ sehingga habis. Sekadar cukup rasa sahaja tapi pada gua memang syiok!
Lagu dari EP Pentecost III iaitu Kingdom menyusul sejurus Sleep in Sanity tamat. Lagu ni pun menerima treatment orkestra jadi ia wujud dalam arrangement baru. Aduh, depressive. Tak perlu nak bawak elemen doom, iringan orkestra je dah cukup buat mana-mana telinga yang mendengar berkata ‘oi apa sedih lagu ni?’. Nantikan build up moment sehingga ke hujung lagu, wah memang epic.
They Die merupakan trek dari album Serenades. Versi Falling Deeper hanya menampilkan bahagian terakhir lagu ini yang epik dan fantastik (yang original). Yang baru punya ni diberi twist yang berlainan dengan piano serta strings, lantas memberi feeling yang sedih dan depressive. Ai depressive lagi.
Everwake! Lagu faveret gua dari mereka sepanjang zaman! Anneke van Giersbergen menyanyikan lagu ini ( versi asal dinyanyikan oleh Ruth Wilson). God damn it sedih siyal. Lagu ini pada versi asal memang dah cukup perisa kecewa, melankolik dan emosi, jadi versi baru ni takde apa penambahan sangat kecuali dengan piano, orkestra serta feedback lead guitar. Sebenarnya structure lagu ni pun dikekalkan 100% macam asal, jadi gua memang vouch ini lagu memang lu orang suka ah.
Lepas tu, tetiba keadaan jadi sunyi. J’ai Fait Une Promesse merupakan lagu jiwang jugak sebenarnya macam Everwake yang cerita pasal kekasih yang memberi jaminan akan setia sampai mati, ewah. Versi baru juga mengekalkan hampir sama macam struktur lagu asal kecuali vokal. Entah kenapa vokal takde pulak tapi masih boleh layan la. Lu orang nak propose awek pakai ini lagu pastu lu orang kasi nyanyi macam karaoke.Setel.
Alone adalah lagu yang disturbing dan creepy dalam album ni. Macam dengar suara awek lu orang yang dah mati berbisik-bisik kat telinga lu orang time tido. Amacam, kecut? Alone pun mengekalkan struktur asal lagu, tetapi dinyanyikan oleh Anneke. Suara Anneke dalam trek ni macam berhantu sikit dengan efek vokal echo dan reverse, tu yang gua rasa macam creepy sikit. Eh apa banyak sangat sikit sikit ni kahkah.
Dua lagu terakhir gua tak layan sangat tapi masih bagus jugakla. Contohnya We the Gods tu susunannya sangat beautiful dan layak dijadikan background music untuk filem atau drama terutama scene jiwang-jiwang musim sejuk kahkah!
Bagi gua album kompilasi ni memang syok ah. Sebab boleh nampak la kreativiti mereka mengolah semula lagu-lagu zaman doom metal mereka ke dalam bentuk baru. Hasilnya memang superb dan tak awkward untuk didengar. Anathema adalah contoh band yang musical direction mereka telah berubah tetapi masih relevan di kalangan peminat mereka (macam gua). Oleh itu kalau nampak CD ni kat kedai, lu orang angkat, gua jamin lu mesti rasa berbaloi punya,
Anathema boleh dicapai di sini dan sini .
Ooo by the way, gua duk menulis kat McDonald’s ni. Peh rasa cam golongan urban siyol. K bye.

4 thoughts on “Anathema – Falling Deeper (2011)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected