Agasthor – Face of Terror (EP2019)
Kepada penggemar Groove Metal, nama Agasthor patut berada dalam pengetahuan anda. Band yang berasal dari Jerantut, Pahang ini wujud sekitar 2015. Penghasilan material rasmi Fear of Terror (EP2019) membuktikan mereka berada tepat dilandasan genre Groove Metal. Pengaruh musical yang cukup kuat dari Sepultura ternyata dapat dihidu melalui EP yang release pada penghujung 2019 ini.
Sesuatu yang menarik berkenaan konsep music Agasthor ialah pembawaan yang 80% menjurus kepada pengaruh utama iaitu Sepultura. Jika sebelum ini dinyatakan music mereka menjurus kearah Old Sepultura, pada pendengaran gua pengaruh dari Beneath the Remains, Arise sehingga Chaos AD paling jelas kedengaran malah sound modern Sepultura lebih menonjol bersesuaian dengan tone guitar dan stroke drum yang dimainkan. Yeahh riffing guitar paling ketara malah solo guitar untuk track terakhir Jiwa Yang Terbunuh pasti mengingatkan pendengar kepada solo lagu Territory dari album Chaos AD. Gua berpendapat konsep music Agasthor untuk EP ini adalah 80% Sepultura dan 20% melodic yang tidak keterlaluan.
EP ini juga menarik pendengaran gua pada tone guitar yang sedap dan cukup “lemak” untuk genre sebegini. Cukup kena tone dan riffing sebegini. Berat dan bikin goyang riff nya. Stroke drum yang turut sesuai dengan riffing dan alangkah baeknya jika diselitkan sedikit bunyian percussion.
Pandangan gua juga, intro sound sample yang dimulakan untuk setiap track mungkin perlu dikurangkan untuk release akan datang kerana keempat-empat track sudah punya kekuatan tersendiri untuk genre sebegini.
Sound produksi yang cukup meyakinkan dan ini satu langkah yang perlu diberi kredit yang tinggi untuk release rasmi pertama dari Agasthor.
Face of Terror (EP2019) boleh diperolehi dengan pembelian secara by hand RM15. Sila berhubung secara terus dengan Agasthor untuk mendapatkan copy anda. Agasthor perlu disenaraikan untuk genre sebegini bagi band2 tempatan selain Koffin Kanser dan Blind Tribe.
Agasthor
Facebook