Aberration & Diabolic Oath – Divinations [EP, 2024]

0
Aberration Diabolic Oath Divinations

Dua kolektif Black/Death Metal dari AS, Aberration dan Diabolic Oath berganding bahu mengeluarkan split EP yang berjudul Divinations dikeluarkan melalui Sentient Ruin Laboratories pada awal Januari 2024. Split EP ini juga bertindak sebagai pemanas badan untuk kedua-dua band ini sebelum mengeluarkan album penuh terkini mereka pada tahun ini (telah pun keluar saat ulasan ini ditulis).

Aberration

Sekadar memakan durasi 12 minit, Divinations adalah execution gaya Black/Death Metal yang straightfoward tanpa gimik. Aberration membuka gelanggang dengan Divinations of Flesh, sebuah trek yang uncompromising dengan blastbeats menguasai majoriti bahagian dalam lagu ini dan guitar tone yang muddy serta bergaung. Trek Aberration kedengaran unhinged dan feral yang pekat dengan reverb, selain little to no melodies thrown in. Saya menyukai feel yang terrifying didemonstrasikan oleh Aberration. Takde belok-belok, start strong and finish strong.

Diabolic Oath

Diabolic Oath mempersembahkan Divinations of Wrath dengan slightly structured song, albeit still with backbreaking speed. Trek ini menampilkan vokal berkembar yang memberi contrast menarik; low, rumbling grunt dengan Black Metal scream. Kualiti adunan sekalipun kering, ia kedengaran lebih jelas berbanding trek Aberration. Divinations of Wrath adalah nasty dan bestial dengan permainan gitar yang bonecrunching, vokal yang maniacal dan permainan dram yang tak hold back langsung.

Pada saya Divinations oleh Aberration dan Diabolic Oath adalah terbitan yang simple. It screams destruction. Semudah itu aje. This is Black/Death Metal done right. Not necessarily game-changing, but enough to kick you in the head.

Divinations kini terdapat dalam format piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Altarage, Immolation, Teitanblood, Archgoat

Ikuti mereka di media sosial:

Aberration

Diabolic Oath

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected