Qharinth – The Valley Of Humiliation & Contempt (EP 2010)

0

Ok, sebenarnya dah lama CD ni berada dalam tangan gua dan amat kerap kali berkumandangan menjadi santapan gegendang telinga gua.. rasa nya gua dapat cd ni setelah 2hari ianya rilis.. ok berbalik kepada EP yang bertajuk “The Valley Of Humiliation & Contempt” ini anda akan di sajikan dengan irama Symphomospheric Black Death Metal (Symphomospheric tu merujuk kepada Symphonic + Atmospheric). Jika anda pendengar Hecate Enthroned dan Dimmu Borgir, pasti anda terkejut dgn hasil garapan muzik Qharinth.

Berikut merupakan tracklist untuk EP ini..

1- Unholy Alliance / Thus The Vengeance Upon
2- Darkness Enlighten (The Battlefield of Andalusia)
3- Catastrophic Contempt (Eternal Quantum) – Instrumental
4- The Deathstone’s Heron
5- Grieves To The Grave
EP yang mengandungi 5 lagu ini dimulakan dengan intro bertajuk Unholy Alliance yang berdurasi 20saat lalu dimulakan dengan Thus The Vengeance Upon. sebuah lagu sangat berbau black metal. Ditambah dengan scream dan growl yang sangat menyerlah dari Rator Flames selaku vocalist band ini. Dentuman drum juga terbaek di awal lagu ini. Sebuah lagu yang mempunyai arrangement menarik dan kedengaran tepat sekali dimana part2 tertentu yg di tonjolkan bunyian keyboard yang mampu menghidupkan lagu tersebut. Lagu ini jugak kedengaran seperti berperingkat-peringkatan. Contohnya pada durasi 2:41 lagu ini seakan sudah berakhir namun bermula semula dengan mood baru pada durasi 2:43, begitu juga dengan part sambungan ini yang berakhir pada durasi 4:16 dan disambung dengan melodi atau mood baru pada durasi menghampiri 4:18.
Darkness Enlighten (The Battlefield of Andalusia) merupakan track kedua yang dimulakan dengan mood yang santai namun drum menyerang menyebabkan mood lagu sedikit berubah dan pada durasi 1:07 Fuad Ghastly memulakan peranan dengan mengalunkan melodi gtarnya. Pada lagu ini juga gua dapat mendengar track drum berbunyi sedikit pelik dan pada gua ianya sesuatu agak sukar dimainkan dimana part single pedal dan twin pedal dimainkan secara selang. Vocal dari Rator Flames sekali lagi mendominasi lagu ini dimana growl dan screan nya agak kejam juga bunyi nya. Di akhir lagu ini kedengaran solo gitar dari Fuad Ghastly dan betul2 dihujung solo berkenaan kedengaran sedikit terkucil dan adakah ianya disengajakan atau merupakan satu kesilapan kecil? Namun perkara sebegini kadangkala sengaja dibiarkan dan tidak dibuang untuk menunjukkan keunikan rakaman sesebuah lagu tersebut.
Track ketiga iaitu Catastrophic Contempt (Eternal Quantum) merupakan sebuah instrumental yang meredakan sedikit serangan dari Qharinth.
The Deathstone’s Heron menyerang sebagai track keempat dan lagu ini merupakan single terawal mereka dan dipublish terlebih dahulu dilaman myspace mereka. Sebuah lagu yang mempunyai arrangement yang sangat baik ditambah dengan kekuatan setiap permainan instrument serta vokal yang tidak perlu disangkal lagi. Lagu ini kedengaran agak kejam jika dibandingkan dengan 2 track terawal. Guitar work jugak menonjol dalam lagu ini. malah keyboard juga membawa mood yg baik keatas lagu ini. Solo gitar jugak agak lari dari solo2 tipikal walaupun solo pertama agak kedengaran sedikit sumbang namun ianya berjaya disempurnakan dengan baik sehingga berakhir track yg tamat secara fade out ini.
Track terakhir bertajuk Grieves To The Grave bermula tanpa sebarang isyarat dan kedengaran pengaruh music Black Metal yang cukup kuat pada lagu ini. Keseluruhan lagu ini kedengaran tiada sebarang kecacatan mahupun dari segi permainan instrument atau penyampaian vocal. Pada pendengaran gua lagu ini merupakan lagu yang paling gelap pengaruh Black Metalnya dan susunan lagu juga agak berlainan dari lagu2 sebelum. namun ianya disatukan menjadi sesuatu yang tidak lari dari konsep asal album.
ok, untuk keseluruhan Ep bertajuk “The Valley Of Humiliation & Contempt” ini gua menyatakan ianya adalah sebuah produk tempatan yang boleh dikatogerikan sebagai antara yang terbaik untuk tahun 2010. Kualiti rakaman yang mencapai standard atau kualiti album yang sebenar. Susunan lagu yang menarik dan sedap didengar dan kemunculan yang dilihat bersungguh-sungguh.
Beberapa kelemahan yang boleh dilihat pada album ini mungkin hanya sedikit sahaja dimana terdapat sedikit bunyi yg sedikit sumbang pada certain part solo gitar namun ianya boleh diperbaiki pada masa hadapan apatah lagi ini merupakan rakaman profesional pertama dari Qharinth. pada bahagian drum walaupun beberapa part kedengaran agak sukar dimainkan namun EJ hades berjaya juga membawa lagu tersebut dengan jayanya. Namun jika beliau dapat memberikan permainan yg lebih kental pasti setiap lagu akan lebih berbisa. Bass gitar tidak berapa menonjol didalam album ini mungkin kerana peranan Rator Flames lebih kepada vokalis dan sememangnya beliau berjaya menyampaikan nyanyian secara growl dan scream ke tahap terbaik untuk kali ini.
Satu lagi keistimewaan “The Valley Of Humiliation & Contempt” ialah senireka grafik yang digunakan untuk layout dan juga cover artwork. Pereka grafik untuk EP ini ialah vokalis merangkap pemain bass iaitu Rator Flames. 
rekaan grafik pada cd dan inner layout.
background layout.
Untuk mendapatkan EP ini, anda boleh membaca ini (sila klik -> Qharinth –  The Valley Of Humiliation & Contempt (EP 2010) atau teruskan membaca nota berbahasa inggeris dibawah ini (diambil dari facebook line up Qharinth)
To Buy Via Post / Local Only :

Transfer your money to:
166010182261 MAYBANK ( Mohd Yuhidzir bin Mohamad Yusof ) & Email to us qharinth@yahoo.com.my) the bank in slip copy for references. RM 10.00 (RM 5 postage charges (Pos Malaysia) & subject to change*) RM10 + RM5 (TOTAL:RM15). For overseas market info, its only just 8USD & 7EURO

NOTE : or Please Sms / Call Us : 019-3621102 (Mohd Yuhidzir bin Mohamad Yusof) for *confirmation on cash deposits. * your name, address & no. account bank and we will deliver to your doorsteps once you interested to buy!

* orders or wholesales, trades are also welcome but ask for trade.

DISCLAIMAER: We will only process your mail order purchase request(s) once ALL OF THE REQUIREMENTS above are met. We have the right to not entertain any mail order purchase request(s) if any one of the said requirements are not fulfilled. We will notify you via e-mail once your order(s) is/are being processed. Please allow a maximum of 3 days for your order to arrive starting from the day your order(s) is/are confirmed for process.

For any further inquiries, e-mail us at: qharinth@yahoo.com.my

Rating 8/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected