Dragonia Pegaso – Split CD Vociferation Eternity & Nekrad (2011)

1

Sebuah split album yang membariskan 2 buah band yang berasal dari gugusan Ipoh Metal Militia. Vociferation Eternity yang tanpa sebarang rilisan rasmi sejak For Thee (2002) serta Nekrad yang muncul dengan sebuah demo pada 1999 bertajuk The Realm Of Darkness kembali membawa sinar dengan bersama menghasilkan sebuah split CD bertajuk Dragonia Pegaso. Kedua2 band menyediakan 4 buah lagu terbaru mereka sebagai penghilang rindu disamping memaklumkan kepada pendengar akan mereka masih wujud dipersada arus music bawah tanah tanahair.

 Dragonia Pegaso

Tracklist
Vociferation Eternity
1 – Regret
2 – Grace of Mothers
3 – Anxiety of The Unknown
4 – Within Me
Nekrad
5 – Lycanthropy Massive Invades
6 – Darken Of Nekrad
7 – Tranquility Beyond Disharmony
8 – Ov Flaw My Prey

Dragonia Pegaso adalah dihasilkan dari gabungan 2 buah label iaitu Metamorphic Record dan Khakan Production (gua rasa dua2 label berasal dari Ipoh). Melalui proses rakaman distudio berlainan mengikut band dimana Vociferation Eternity menggunakan Fingerwork Soul Studio untuk proses rakaman, mix dan master. Dark-E yang merupakan mastermind Vociferation Eternity bertindak sepenuhnya dalam rakaman album ini juga merangkap sound engineer untuk proses mix dan mastering. Nekrad pula hanya menyatakan Baron sebagai studio rakaman untuk semua instruments dan Jadam bertindak selaku jurutera bunyi manakala untuk track vocal menggunakan B-Sync Studio dan turut dinyatakan juru bunyi ialah Cat. Proses mix dan mastering diselenggara oleh Jadam.

 

Vociferation Eternity memulakan split ini dengan track bertajuk Regret. Seakan hilang kerinduan mendengar material terbaru Voci apabila track ini dimainkan. Apa yang pasti walaupun permulaan lagu kedengaran sedikit kelainan namun perubahan paling ketara dimana cara nyanyian Dark-E yang agak berlainan dari yang telah dilakukannya dalam material2 yang terdahulu. Riffing guitar? masih menyengat dan penuh unsur melodic!

Grace of Mother paling menonjol trademark nyanyian Dark-E melalui laungan high pitch nya diawal lagu. Musicwise masih didalam lingkungan music Voci seperti terdahulu. apa yang dapat gua hidu, 1st verse drum nya mengingatkan pada dua album awal Voci iaitu Ocean Myth dan Meadows Yearn. Tidak lupa juga track ini punya sedikit pengaruh doom dan meleret2.

Anxiety Of The Unknown pula menjadi track ketiga dimana track ini yang agak trashy apabila riffing yang disusuli vocal bermula. Hentakan drum yang padu dan double pedal yang sekata serta riffing yang bermood sedih membuatkan track ini agak mendayu namun solo gitar adalah sesuatu yang paling menonjol untuk track ini.

Within Me bermula dengan suasana yang agak depressive dan suram. Permulaan yang agak panjang dan track ini menyaksikan Dark-E menggunakan kepelbagaian cara bawaan vocal.

Nekrad memulakan sesi pengenalan mereka dengan track bertajuk Lycanthropy Massive Invades. Permulaan dengan penggunaan elemen loops sebelum verse pertama menyerang. Pengaruh Gothik Black metal ala2 Cradle of Filth jelas kedengaran untuk pendengaran pertama gua. Suatu yang menarik ialah bunyi2an strings yang muncul sekali sekala menyelinap diantara verse.

Darken Of Nekrad menjadi track kedua garapan dari Nekrad. Masih memulakan intro dengan elemen loops sebelum riffing menarik disulami alunan keyboard dan synth. Sekali lagi pengaruh COF yang kuat jelas kedengaran seakan mendengar album2 lama mereka seperti Dust and Her Embrace dan Midian. Ok track ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Tranquility Beyond Disharmony menjadi track ke3 bermula seakan remix track seperti yang dilakukan band2 black metal dunia namun music sebenar muncul meninggalkan elemen awal tadi. Sebuah track yang agak perlahan sehingga minit ke3 dimana riffing bersama hentakan twin pedal menambahberatkan track ini. Tidak lupa juga arrangement menarik pada bahagian strings.

Track penutup dari Nekrad dan juga penutup split album ini bertajuk Ov Flaw My Prey. Sebuah track yang bermula sahaja sudah membuatkan anda akan berasa resah. Permulaan yang benar2 mengagumkan. Ok track ini antara hasil garapan nekrad paling menarik jika dibandingkan dari keempat2 track yang disediakan mereka.

Keseluruhan split album ini boleh dibanggakan terutama dari segi sound produksi kerana kesemua instrument kedengaran seimbang. Kemunculan semula kedua2 band seakan dinantikan penggemar2 irama berat dan ianya adalah berbaloi untuk dimiliki.

Vociferation Eternity secara ringkasnya masih kuat pegangan konsep musicnya walaupun terasa seakan beberapa elemen baru (termasuk cara nyanyian yang pelbagai dari dark-E) namun secara jujur gua mengatakan material2 terbaru ini menunjukkan kematangan. Tidak mementingkan kelajuan seperti Meadow Yearn tetapi arrangement terbaru ini lebih solid dan menampakkan kemajuan.

Nekrad yang meninggalkan sebuah demo sebelum muncul era millennium muncul semula dan arah music Gothik Black Metal bawaan mereka kedengran baik. Namun masih terdapat beberapa kekosongan yang pada pendapat gua perlu di mantapkan walaupun selingan2 strings menghiasi dan mengenakkan lagi pendengaran untuk genre sebegini. Track terakhir Nekrad tetap menjadi perhatian gua selepas mendengar untuk pertama kali. yeahhh!

Dragonia Pegaso boleh didapati dengan harga RM20 by hand dan melalui pos dengan harga RM25. Beberapa distro telah mengedarkan album ini atau anda boleh menghubungi Khakan Production (link disediakan dibawah) atau berurusan sendiri dengan Vociferation Eternity atau Nekrad.

Promo Dragonia Pegaso – Split CD Vociferation Eternity / Nekrad (2011)

1 thought on “Dragonia Pegaso – Split CD Vociferation Eternity & Nekrad (2011)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected