Au Revoir – Ku Bunuh Mu (Single 2012)

0

Gua difahamkan Au Revoir seakan cuba berehat buat sementara dan mastermind band ini iaitu Rammy cuba menumpukan pada band projek nya iaitu Wrecka, tetapi seperti juga selepas lahir mini album Suul Khatima, beliau ada menyatakan akan berehat dari menulis lagu. Perkara ini seakan berlawanan apabila Au Revoir kembali menghasilkan album Engine Of My Heart pada 2011. Suku pertama 2012, Au Revoir kembali lagi namun hanya dalam format single yang memuatkan hanya dua buah lagu. Perubahan line up (setelah Yen meninggalkan Au Revoir sebelum lahirnya Engine Of My Heart) yang menampilkan Zizi Row dari band Kherow menggalas posisi sebagai pemain gitar nyata menampakkan kematangan dalam music Au Revoir setapak lagi. March 2012, Au Revoir kembali bersama sebuah CD single bertajuk Ku Bunuh Mu.

 Au Revoir – Ku Bunuh Mu (Single 2012)

Tracklist

1 – Ku Bunuh Mu
2 – Patah Sayap Bertongkat Paruh

Seperti biasa Au Revoir menjalani rakaman di Faithcraft Studio milik Rammy. Proses penciptaan lagu, lirik, rakaman dan kesemua instrument dimainkan oleh Rammy manakala Zizi Row memulakan tugas pertama bersama Au Revoir dengan menyumbang solo2 yang… ok nanti kita review satu persatu.

Ku Bunuh Mu merupakan lagu pertama berbahasa Melayu ciptaan Au Revoir. Permulaan lagu yang menggunakan drum loops agak kedengaran seakan Dewa dan bunyian piano permulaan membuatkan gua terasa seperti mendengar lagu Audioslave berjudul Like a Stone yang pernah menjadi top suatu ketika dahulu. Ok berbalik kepada track ini, ternyata susunan music untuk kali ini adalah penciptaan paling matang. Solo2 yang ternyata berjiwa dari Zizi Row tersangat bersesuaian dengan mood, durasi dan apa yang dilakukan adalah bersesuaian pada tempatnya. Satu penjiwaan yang sangat baik dari Zizi Row. Solo2 utama sungguh berteknikal dan beliau menggunakan segala kemampuan bermain gitar untuk disumbangkan keatas lagu ini. Mungkin solo selaju malmsteen, alexi laiho, herman lee boleh sahaja disumbat kedalam mana2 lagu tetapi penjiwaan (soul) atau pemahaman adalah sesuatu yang sangat mahal dan bukan semua orang boleh lakukan. Vocal??? ok kali ini ternyata Rammy mampu menyanyi dengan baik, dari segi jeritan dan penyampaian melodi vocal yang baik. Vokal yang sampai pada key lagu dan beliau berjaya sebagai vocalist untuk kali ini. Syabas!

Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan sebuah instrumental yang menyaksikan Zizi Row menampilkan kehebatan sebagai gitar hero yang baik! Kali ini terasa pengaruh Rainbow, Iron Maiden pada solo gitar di permulaan lagu. Apabila solo yang bergulung2 dimainkan apa lagi boleh dikatakan? Mungkin pemain2 gitar perlu mendapatkan single ini untuk tujuan rujukan barangkali. Ok rhytm gitar untuk track ini sedikit progresif. haha sesuatu yang tidak ada dalam kamus music Au Revoir selama gua meneliti lagu2 mereka sebelum ini.

Ok, sound production single ini agak berlainan dari album2 terdahulu. Gua dikhabarkan oleh Rammy bahawa 70% peralatan rakaman kali ini adalah berlainan dari apa yang pernah digunakan sebelum ini. Dari segi keseimbangan bunyian mungkin boleh dikatakan ada sedikit sekitar 5% mungkin ketidakseimbangan bunyi tetapi feel, mood dan pembaharuan yang diberikan melalui 2 track ini dapat menghapuskan perkara tersebut.
Tidak perlu dinyatakan apa lagi berkenaan single ini kerana apa yang gua boleh katakan ia nya adalah sesuatu yang baru dari Au Revoir.

Ku Bunuh Mu boleh dimiliki dengan harga RM10 termasuk kos pos. Hubungi Faithcraft Production melalui link dibawah ini. Kontek terus Au Revoir untuk copy anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *