Nile – At the Gate of Sethu (2012)

3


1.Enduring the Eternal Molestation of Flame
2.The Fiends Who Come to Steal the Magick of the Deceased
3.The Inevitable Degradation of Flesh
4.When My Wrath Is Done
5.Slaves of Xul
6.The Gods Who Light Up the Sky at the Gate of Sethu
7.Natural Liberation of Fear Through the Ritual Deception of Death
8.Ethno-Musicological Cannibalisms
9.Tribunal of the Dead
10.Supreme Humanism of Megalomania
11.The Chaining of the Iniquitous  


Mengecewakan. Satu perkataan yang gua boleh katakan untuk sum up keseluruhan album terbaru dari gergasi Death Metal South Carolina ni.

Secara peribadi gua memang memuja kehebatan Nile yang lari dari acuan tipikal Death Metal yakni bertemakan sejarah dan mitos Mesir. Beberapa album Nile yang dahulu pun gua memang letak dalam senarai mesti dengar iaitu Amongst the Catacomb of Nephren-Ka, Black Seeds of Vengeance dan In Their Darkened Shrines yang rata-rata menjadi pilihan mat metal yang worship band ni. Tapi album terbaru kali ni kurang mengagumkan dan lack of excitement.



At the Gate of Sethu diterbitkan pada hujung Jun lepas dan gua sememangnya anticipate album ni untuk jadi album of the year. Gua salah. Salah satu radical departure daripada album-album sebelum ni adalah kualiti rakaman yang berbunyi flat dan kurang punchy. Kalau banding dengan album-album gua sebut di atas, AtGoS nampak kurang bermaya. Masih lagi mengekalkan technical death metal bergulung-gulung dengan ala-ala padang pasir, tapi dengan guitar berbunyi nipis dan rata tak macam signature bunyi Nile sebenar yang jenis kalau dengar memang jenis pecah muka. Senang cakap, bunyik tak gemuk! Dallas Toller-Wade jugak dah tukar direction vokal. Kalau lu orang expect deep growl macam album TWtGD, sori lah tak dapat. Sekarang Dallas banyak employ shout yang kadang-kadang borderline jeritan hardcore punk dan pawang tengah jampi. Kahkah. Gua tak fan lah vokal camni dan seriously sangat offputting. Nasib baik Sanders masih setia dengan guttural vokalnya. Oh lupa nak cakap album ni pun ada include clean vocals, which is not really bad. Drumming Kollias..hmm sebenarnya gua dah lemau dengar pattern dan stroke yang sama.

Sekalipun gua macam kecewa dengan kualiti rakaman yang entah apa-apa (terkemut, mendap, macam Black Metal haha), AtGoS takdelah hopeless sangat. Trek- trek macam The Fiends Who Come To Steal The Magick Of The Deceased, The Gods Who Light Up the Sky at the Gate of Sethu, dan Tribunal of the Dead berpotensi untuk jadikan lu orang hooked dengan album ni.


Versi digipak  didatangkan dengan cover artwork alternatif serta trek bonus instrumental Enduring The Eternal Molestation Of Flame dan The Inevitable Degradation Of Flesh. Agak-agak nak karaoke boleh ah kahkah.

Recommended untuk die hard fan Nile. Untuk yang baru nak kenal sound Nile gua cadang dengar album lama-lama.


5/10


Nile boleh dicapai di sini dan sini

3 thoughts on “Nile – At the Gate of Sethu (2012)

  1. ha dengar dah kat you tube. Ulasan aku, depa nak venture/try/experiment skit dgn tech dan new sound. Kadangkala boring dengan style yg sama. Bila byk tour, byk pengaruh dari muzik lain. Inilah jadinya. Sure banyak orang dari mcm2 genre akan suka benda ni. Cthnya, puak gila Devin Townsend pastu gempak dengan clean vox yg melodic tu, nile pun gila D.R.I, jadi depa masuk hardcore style skit.

    Yerp, black metal. Bila dah tepu main brutal death. Skali try sound rapuh, crispy dan tajam pasti teruja bagi nile! Bagi aku, benda ni biasa. Kalau depa kembali ke sound asal pun orang suka. Kalau terus stick dengan cara ni pun akan ada org mula suka jugak.

  2. walaupun aku x dengar lagi, aku rasa review ini jujur sebab frust sangat bunyinya tuh! Dan kita mesti expect suatu hari nile mesti ada album yg kureng.. hehehe!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected