Abrasion – Postmanic (EP 2012)

0

Sejak beberapa band grindcore seperti Wormrot, Tools Of The Trade dan Demisor menjelajah eropah gua cuba mengkaji kehebatan music grindcore buatan negara2 Asia dan lebih kurang dua bulan lepas gua ada mengkaji satu lagi band dari Singapore iaitu Abrasion yang pada gua patut diberi perhatian. Walaupun mereka lebih sesuai di label sebagai band yang berpaksikan irama power-violence tetapi berdasarkan apa yang gua dengar dari cd EP mereka bertajuk Postmanic yang dirilis pada 2012, secara mukadimah nya gua berani katakan Abrasion sebenarnya sudah berada dilandasan yang tepat untuk disenaraikan sebagai band grindcore dan power-violence dari Asia Tenggara yang patut diberi perhatian. Ok, kali ni EP bertajuk Postmanic ini akan kami review sebagai pengenalan baru kepada warga penggemar music berdurasi pendek dan semestinya bingit ini. Ok band ini hanya di anggotai oleh 2 orang line up sahaja. Menyenaraikan Spazz, Iron Lung, Hatred Surge dan Dropdead sebagai ikutan, apakata lu orang luangkan sedikit masa mengenali band ini.

Abrasion – Postmanic (EP 2012)

Tracklist :

1 – Against Global Condemnation
2 – Planet Malfunction
3 – Continue This Revolution
4 – Controlled
5 – You Judge It
6 – Untitled (A Threat Again)
7 – Another Dollar Wasted
8 – Shit On You
9 – Blood and Sweat
10 – Dead Interrogation
11 – 2nd Hand Violence
12 – Post Manic Syndrome
13 – The Lizard
14 – Human Habit
15 – Distorted Reality

Abrasion dianggotai oleh Azril (drum/vocal) dan Lee (guitar/vocal)

Postmanic melalui proses rakaman di TNT Studio, Singapura antara 31/2/2011 sehingga 7/1/2012. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam urusan rakaman, mix dan mastering.
Ok macam biasa untuk track2 berdurasi bawah 2 minit dan kurang dari 1 minit ni gua cuma review secara rawak. Walaupun durasi lagu2 adalah antara 1 minit 20 saat kebawah namun setiap lagu yang dirakam punya tenaga tersendiri. Mungkin bakal berlaku kekeliruan kepada pendengar music sebegini kerana pendengar baru mungkin akan mengatakan music Abrasion ialah grindcore berdasarkan track2 berdurasi pendek. Tetapi powerviolence garapan Abrasion rasanya tiada masalah untuk dihentam samarata jika mereka menyertai gig2 bersama band grindcore. Track2 yang kira dapat tangkap halwa telinga gua adalah The Lizard, 2nd Hand Violence, Post Manic Syndrome, Controlled dan Distorted Reality.
Menariknya EP bertajuk Postmanic ini ialah sound yang dihasilkan, struktur lagu dan tahap permainan instrument adalah berada didalam tahap agresif dan kadar adrenalin yang tinggi. Sound produksi yang dihasilkan juga cukup memadai untuk bikin telinga anda berada sedikit lagi nak pekak kalau anda kasi volume speaker anda fullblast! Haha.. Sound gitar yang diantara raw dan tidak terlalu clean dan yang nyata nya kedengaran agak kering. Sound bass (walaupun live band ni xde line up main bass.. dua orang je kot..) sedang2 sahaja untuk rakaman ini. Cuma groove dari drummer yang ternyata power dengan ketukkan menggila dan riffing gitar yang memang punya pengaruh kuat band2 power-violence dan grindcore tersohor. Vocal yang diselang seli antara growl dan scream cukup baek di persembahkan. Memang pecah kepala. haha..

Kepada peminat2 grindcore yang ingin mencuba sesuatu kelainan dari apa yang selalu didengar mungkin Abrasion boleh disenaraikan dalam list CD yang bakal anda grab dalam masa terdekat. Ini produk agak pecah kepala dan gua jamin lu orang yang kaki grindcore akan puas hati dan tersenyum apabila layan EP ini nanti.

Lu orang boleh hubungi Electro Sponge Media untuk mendapatkan CD ini. Kami sertakan link label ini dibawah video di bawah ini. Juga kalau rajin cekidaut kat google ada beberapa label yang distro EP ini..

Abrasion – The Lizard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected