Gig Report: Rockaway Fest 2012
Rockaway siri 2012 telah kembali! Majoriti metalhead menggelinjang gembira bila tahu band berpengaruh dunia Soulfly adalah main act untuk Rockaway tahun ni bersama dengan Unearth, Set Your Goals, MXPX dan berbelas-belas supporting act yang lain. Venue tahun ni dah bertukar ke Helipad Sepang International Circuit (satu venue yang personally gua rasa kurang convenient untuk yang takde transport) sesuai dengan jumlah audience yang dijangka bertambah dari tahun lepas.
Tahun ni gua dapat free pass lagi (sama macam tahun lepas yay!) dan syok sikit sebab beberapa rakan gua turut bersama melayan band yang ada. Gua mula-mula jangka macam hujan je bila waktu melangkau tengahari tapi haremmmmm meleset, terik bedengut ada ah. Malang ah gua terlambat sampai jadinya tak dapat menonton The Padangs. I, Revival dan Massacre Conspiracy.
For some reason gua memang skip The Wknd Stage, malas pulak rasanya. Okey Kamil akan amik alih review untuk part Soulfly sebab gua tak familiar sangat dengan karier Max Cavalera post-Sepultura. Enjoy!
20 Oktober 2012, Helipad SIC.
Kalau ada komplen yang timbul untuk edisi Rockaway kali ni selain dari harga air yang tak masuk akal, ia adalah berkenaan parking. Punyalah jauh dan susah, akibatnya gua dan rakan-rakan terlepas 3 band terawal. Bunkface pun hanya 2 lagu terakhir. Pfttt suwei ah.
MXPX mengambil alih stage lepas tu dengan Punk Rock attitude yang cool. Band 3 piece yang tight permainannya walaupun nampak terkesan bahang cuaca panas Sabtu. Lagu-lagu yang depa main pun kira boleh layan ah (sorry gua tak familiar ngan diorang punya lagu) walaupun attendance tak berapa nak mantap lagi,sempat jugak la crowd main moshing berskala mini.
Gua jadi bosan lepas tu dan amik peluang berjalan sekeliling venue, usha booth merchandise dan gerai makan/minum. Kemain macam-macam ada (dengan harga mengempiskan poket). Gua skip Pee Wee Gaskin yang dari jauh bunyi macam electro pop punk easycore. Malas, tak minat. Sebaliknya gua masuk Wknd Stage. Sesak dalam venue Wknd Stage ni, tapi kemungkinan sebab orang ramai sebab dalam ni ada aircond kahkah. Wknd Stage menampilkan band/artis yang light-light je macam OAG, Muck dll.
Okayyyyyyy Gerhana Ska Cinta pulak amik alih stage. Gua tak pernah tengok GSC live jadi review gua mungkin bias sikit la. Best sial kahkah. Maksud gua, vibe diorang memang bikin chill la. Lagi-lagi bila lagu top diorang My Boy Lolipop dengan Senyuman Ragamu dimainkan. Ada jugak lagu baru dimainkan amenda tah tajuk dia Baju Kebaya kot. Top notch, boleh nampak la crowd siap berjoget dan sing along.
International act kedua pulak mengambil alih iaitu Set Your Goals. Ini adalah kali kedua diorang datang Malaysia selepas konsert.. amenda tah gua tak ingat. Krash Out kot yang sekali dengan Alesana dan Crossfaith. Teringat band pop punk All Time Low yang main untuk edisi tahun lepas, kalau banding dengan SYG, rasanya ATL lagi menang dari segi stage presence. Tapi SYG okay lah, siap ada satu part tu vokalis tukar peranan dengan gitaris dan si gitaris duk masyuk screaming. Not bad bro. Not bad.
Love Me Butch mengambil alih selepas show direhatkan untuk Maghrib. Band Shah Alam yang masih bekerja keras ni tak banyak buang masa terus handle set diorang dengan baik. Pada mata gua, diorang ni memang banyak terkesan dengan Glassjaw dengan Deftones. Love Me Butch pada malam tu banyak main lagu baru berbanding lagu lama. Oh well.
Unearth memang ditunggu-tunggu selain Soulfly. Buktinya venue jadi sangat padat sebelum set mereka bermula. Dengan brand muzik yang relentless dan brutal, mosh was had dan bahagian tengah sesak dengan circle pit yang berpusar laju. Bahagian depan? Bertimpa-timpa pulak jasad terbang. Memang gila. Gua tak familiar dengan Unearth (siap gua ingat Unearth ni Earth Crisis kahkah,bangang.) tapi musicwise, they fucking killed it. Memang takde ruang nak bernafas la, and it was a breakdown fest haha. Sesak sampai ke belakang gua cakap lu. Sound yang terhasil memang berapi dan rata-rata komen cakap memang sebijik macam dalam album. Cuma gua komplen ah trigger drum terlalu loud sampai kadang-kadang menenggelamkan bunyi gitar. Mungkin sebab gua memang tak gemar trigger kot. Unearth, excellent!
Lepas Unearth tamat, giliran Hujan pulak mengambil alih. Band yang recently changed their musical direction sebenarnya not bad tapi crowd tak seramai tadi ah. Gua pun macam bosan gua pergi merayau lagi. Siap borak-borak sana-sini. Funny thing was, ada sebahagian crowd yang macam pissed off dengan Hujan sekarang bertukar direction acah-acah post-HC kadang-kadang macam flirt ke Metalcore. Tak kisah ah, Hujan memang gua tak minat pun. But they did put a good show anyway.
Koffin Kanser broooooooooooooo! Pak Aru dan geng memang tak buang masa. Memang cun ah letak Koffin Kanser sebelum Soulfly (yang sememangnya memuja Max Cavalera post Sepultura). Pada gua set Koffin Kanser pada kali ni adalah lebih baik daripada Metalcamp tempoh hari yang macam lemau. Memang nice dan enjoy lagi-lagi bila main Get Up Stand Up, cover dari Bob Marley. Bagi gua, highlight bagi set diorang adalah lagu Gott dan Positive. Kemunculan Tam Blind Tribe dan Joe PV menjadikan lagu separa Reggae + Metal ni mindblowing habis.
Okay gua serahkan review kepada Kamil.
Soulfly’s setlist for Rockaway 2012: