Chosen – Pray and Obey (2000)

2

Chosen merupakan sebuah band yang kemungkinan besar lahir penghujung 90an dimana mereka telah melahirkan sebuah album penuh bertajuk Pray and Obey pada tahun 2000 dibawah syarikat bernama Dayini Enterprise. Membawa konsep Progressive Metal, album bertajuk Pray and Obey ini sepatutnya mendapat liputan meluas dan mereka antara band terawal menghasilkan album berkonsep.

 Chosen 2000
Amgreg – Vocals, Rahish – Guitars, Jamm – Bass, Sheq – Keyboards, Mel – Drums

Art director oleh Orliz dan design oleh Muhammad Yani.
Tracklist :
1 – Pray And Obey
i – The Messenger
ii – Quandary
iii – The Inquisitor
iv – Moments to Repent
v – Reprisal
vi – Dying Day (Last Call)
2 – Still Breathing (Instrumental)
3 – Siratulmaut (Angel of Death)
4 – Bad Boys
i – Vehemence of Rules
ii – Domineer With Atrocity
iii – Respite The Olds
iv – New Allegiance
v – Voices of Rebel
5 – Prelude
6 – The Chosen

Pray And Obey melalui proses rakaman di Twin Studio. Engineer yang bertanggungjawap dalam sesi rakaman ini ialah Eij dan dibantu oleh Nizam dan Adam. Proses adunan dilakukan oleh Eij di Twin Studio dan mastering dilakukan oleh Toh di Mastering One. Beberapa individu yang terlibat dalam rakaman album ini ialah Rohani B yang menyumbangkan suara dalam bacaan syair, Asyiqah untuk bahagian Qasidah, permainan kompang oleh Eij, Rahish dan Shazril.

Tidak memadai untuk gua melakukan review untuk satu persatu lagu yang terkandung didalam Pray And Obey kerana durasi dan komposisi lagu adalah bersambung bersesuaian dengan tema konsep bagi penceritaan seluruh album.

Paling mudah dibandingkan ialah apa yang dihasilkan Chosen adalah satu keberanian dalam mevariasikan kelompok music Metal dalam kepelbagaian warna. Amgreg (sebenarnya pelakon Aman Graseka) yang membawa cara nyanyian seakan King Diamond adalah antara vocalist tempatan yang berani tampil dengan gaya sebegini. Itu dari segi penyampaian vocal dan untuk bahagian muzik mungkin para pembaca yang bermain muzik akan faham jika gua katakan Rahish merupakan antara gitarist yang menggunakan Fender sebagai senjata utamanya. Sheq pemain keyboard yang banyak menggunakan set keyboard yang pelbagai dalam persembahan live bersesuaian dengan statusnya sebagai antara pemuzik orkestra tempatan. Jamm selaku pemain bass adalah antara bakat yang masih aktif sehingga kini, pernah bersama beberapa band sebagai sessionist dan permainan drum dari Mel juga konsisten sepanjang rakaman. Sedikit terkilan gua tidak dapat melihat kemampuan Atong selaku drummer selepas Mel keluar meninggalkan Chosen.

Bercerita mengenai Chosen, dikhabarkan album kedua mereka sebenarnya telah pun melalui proses rakaman di studio milik Mus MAY dan sekitar 2012 diberitakan pula Sheq (kalau tak silap gua beliau antara pemuzik orchestra Petronas) iaitu pemain keyboard mereka telah menarik diri dari band ini. Juga gua ada mendapat rumour Amngreg juga menarik diri dan proses rakaman vocal diambil alih oleh vocalist lain (tidak pasti tahap kebenaran rumour ini). Juga seingat gua pemain drum Chosen juga bertukar apabnila Atong yang pernah menganggotai DEFGABC turut menyertai Chosen.

Chosen merupakan antara sejarah Progressive Metal tanahair dimana kewujudan mereka sepatutnya mendapat liputan meluas media tempatan kerana album mereka turut mendapat sambutan baek melalui review2 yang dilakukan pendengar, penulis dan pemilik label2 antarabangsa. Selain Chosen, Malaysia juga punya beberapa band berkonsep sebegini seperti Metalasia (masih aktif), Heart’s On Fire (Pulau Pinang – RIP) dan Time In Change (KL – juga telah RIP). Pengaruh muzik mereka mungkin lahir dari kegilaan pada Dream Theater dan juga band2 lain seperti Blind Guardian dan band2 bertema Power Metal.

Secara terus terang gua rasa kegagalan mengeluarkan album kedua Chosen adalah satu kerugian besar pada scene Progressive Metal tanahair kerana terkini hanya Metalasia yang mungkin masih boleh diharapkan selain Orion yang sudah tampak kemajuan dari segi progressive dalam music mereka.

Diatas merupakan antara video2 yang pernah terakam dan dimuatkan dalam laman youtube. Mungkin ini boleh menjadi sebahagian melepas kerinduan menyaksikan persembahan Chosen. DtE juga gagal mendapatkan sebarang contact terkini Chosen untuk pembaca mengenali band ini secara lebih dekat.

Kredit kepada :

Video :
Rockbag73@Youtube – Chosen Live

Madara Makana@Youtube – Chosen – Prelude, The Chosen

Imej :
Koleksi DtE

2 thoughts on “Chosen – Pray and Obey (2000)

  1. aku tak pernah tahu kewujudan band ne.. 1st time aku dengar n bagi aku mmg power lah band ne.. thanx to dte bab share tentang band ne.. sebuah band underated yg power!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected