Vilthrone – The End Ov Nasrani (EP 2013)
Vilthrone, sebuah nama baru dari Sandakan Sabah merupakan antara band baru yang pada gua agak menyerlah dalam kancah music gelap tempatan. Bersandarkan pada terma Black Metal, sebuah EP bertajuk The End Ov Nasrani telah terhasil dimana hanya 3 buah lagu dipertaruhkan sebagai pengenalan kepada pendengar bahawa Vilthrone antara band Black Metal tempatan yang perlu diberi perhatian. The End Ov Nasrani di keluarkan oleh Earblast Records sebuah label yang berpengkalan di Sabah.
The End Ov Nasrani melalui proses rakaman di Chromatic Studio Sandakan Sabah . Proses rakaman, adunan dan mastering dilakukan oleh K.Helvete (Crown Ov Horns)
Christ Will Die merupakan track pertama yang juga menjadi pengenalan bagaimana konsep dan direction music Vilthrone. Bermula dengan intro sound sample dan terjahan riffing yang sangat tipikal berbau Black Metal nya. Boleh dikatakan track pertama ini agak laju tempo nya ditambah dengan deruan paluan drum tanpa belas. Dapat dihidu sedikit pengaruh Dark Funeral dan Marduk untuk lagu ini.
The Armies Ov Satan boleh dikatakan punya mood tidak selaju track pertama. Agak moderate dan mendatar flow kali ini. Boleh juga dikesan pengulangan beberapa riffing namun pada gua ianya masih terkawal dan tidak mudah mendatangkan kebosanan.
It’s Time To Rule menjadi track terakhir dan bermula dengan sound sample sebelum paluan drum menjengah. Ok, sekali lagi track ini kembali seperti mood di track pertama. Kelajuan tahap maksima untuk permainan setiap instrument. Untuk track ini gua dapat simpulkan Vilthrone agak menggunakan formula riffing yang menggunakan running chord yang agak melodic namun tidak keterlaluan dan mendayu seperti kebanyakan hasil Melodic Death Metal dan pada gua melodic acuan Vilthrone lebih kepada sound yang menyeksa dan memberi tekanan kepada pendengar.
Secara keseluruhan The End Ov Nasrani boleh dibanggakan dengan hasil akhir sound produksi yang baek dan punya tahap keseimbangan yang bersesuaian dengan konsep sebegini. Jika kebanyakan band beraliran Black Metal yang gua selalu hidu banyak berselindung disebalik sound raw tetapi satu pujian harus diberikan kepada Vilthrone kerana tampil dengan sound clean dan bersih untuk dijadikan produk pembukaan dan pengenalan kepada music mereka.
Perlu juga gua nyatakan walaupun di akhir2 penulisan bahawa band ini adalah terdiri dari individu2 yang pernah terlibat dengan beberapa band seperti WAR666, Barbalans, Kilatus, Demonyu, Huraisy dan Perpetual.
Dapatkan The End Ov Nasrani dengan harga RM15 postpaid dengan menghubungi Earblast Records untuk urusan pembelian CD ini.
Kenali Vilthrone melalui beberapa laman sesawang yang diwujudkan dibawah sample lagu mereka yang kami sediakan dibawah ini