Seranargh! – Manuskrip Kerapuhan [Demo, 2026]

0

Unit Screamo/Mathcore Malaysia bernama Seranargh! ini telah pun mengeluarkan debut demo mereka pada Mei 2026 yang berjudul Manuskrip Kerapuhan. Berdurasi 12 minit, demo ini menampilkan 3 trek yang garang-garang dengan sentuhan Screamo, Mathcore, Hardcore Punk dan interestingly, Midwest Emo.

To be completely honest, saya bukan insan yang sesuai untuk membicarakan tentang muzik Screamo (atau remaja sekarang panggil Skramz nak bezakan Screamo 90s dengan mainstream Post-HC yang selalu disalah anggap sebagai Screamo) tapi terbitan ini menarik perhatian saya untuk mendengarnya sampai habis. Pertama sekali adalah inclusion stail Midwest Emo; plucking guitar yang twinkly muncul di beberapa tempat. Keduanya, dynamic yang chaotic menjadikan demo ini enjoyable, terutamanya untuk pendengar Skramz kali pertama seperti saya.

Satu lagi, lagu-lagunya kedengaran best kalau dimainkan live, so I might catch them live one day.

Saya akan pendekkan ulasan ini memandangkan pengetahuan Skramz saya amatlah terhad. Saya menyukai dinamik demo ini yang ada kalanya melayan asyik dengan permainan gitar ala Midwest Emo, kemudian meletus penuh huru-hara melalui harsh guitars dan bentakan vokal bagai pecah tekak. Kualiti rakamannya gritty namun sesuai dengan status terbitan ini sebagai demo. Satu lagi, lagu-lagunya kedengaran best kalau dimainkan live, so I might catch them live one day.

Manuskrip Kerapuhan kini terdapat dalam format strim digital.

FFO: Sans Visage, Lang, QuiQui, Touché Amoré, Saetia, Toe

Ikuti Seranargh! di laman sosial:

Instagram

Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected