Gladium Regis – Quest [Full Length, 2026]

0
Gladium Regis - Quest

Gladium Regis merupakan projek Symphonic Black Metal/Dungeon Synth yang bertapak di United Kingdom. Album terkininya berjudul ‘Quest’ yang merupakan keluaran kedua selepas ‘Kingdom’ pada 2020.

Quest membawakan pengembaraan audio berpaksikan medieval fantasy yang menyentuh tentang kesetiaan, pengembaraan, pengorbanan dan maruah pahlawan. Jenis tema macam ni memang staple lah kalau anda menemui material yang bercerita pasal medieval ni. Saya pulak terus terpesona bila dengar je trek pertamanya yang betul-betul membawakan mood medieval. 

Quest membawakan pengembaraan audio berpaksikan medieval fantasy yang menyentuh tentang kesetiaan, pengembaraan, pengorbanan dan maruah pahlawan.

Soundwise, Gladium Regis membawakan paduan sound Symphonic Black Metal 90an seperti early Dimmu Borgir, Nazgul, Falkenbach, Emperor, Old Man’s Child selain mengingatkan saya kepada epicness ala Dissection, Ulver dan Borknagar serta sentuhan Dungeon Synth yang brooding. Stail permainan dan kualiti adunan yang seakan tersangkut di era 90an menjadikan Quest sebuah terbitan yang charming dan nostalgic. Saya juga menyukai vokalnya yang berbunyi Black Metal klasik, tambah pulak clean vocals yang mengingatkan saya kepada Garm (Ulver) dan ICS Vortex (Artcurus) menjadikan Quest ini selayaknya berada sebaris dengan band-band saya sebut tadi.

Gladium Regis melalui Quest seakan tidak peduli dengan trend masa kini yang gilakan sound super clean, malah cekal membawakan stail klasik Symphonic/Epic Black Metal 90an yang glorious. Tema medieval yang dibawakan pulak cukup menarik, saya boleh membayangkan kehidupan seharian di zaman medieval; perang, penyakit, keinginan mencipta nama, demi raja, kasta, magis, naga, penjara dan segala benda yang tipikal kita selalu bayangkan tentang medieval age. The only complaint yang saya ada untuk Quest adalah durasinya yang terasa sedikit panjang, atau mungkin saja saya takde kesabaran but either way, it’s an enjoyable medieval themed release.

Quest terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: early Dimmu Borgir, Nazgul, Falkenbach, Summoning, Emperor

Ikuti Gladium Regis di media sosial:

Facebook

Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected